Showing posts with label Nora Danish. Show all posts
Showing posts with label Nora Danish. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Maharaja Lawak Mega 2014

Lama dah cerita ini. Masa ini Say Who pun tak terkeluar lagi. Kitaorang laki bini malah satu keluarga suka layan program lawak-lawak (yang boleh diterima untuk bergelak). Salah satu program MLM ni lah. Memang tiap-tiap Jumaat tak miss kecuali pergi Bali itu hari tak tengok la. Wala kan terkeluar? Nasib tak Bocey :D. Aku suka Bocey. Hekhekhekhek.


Selama MLM start sampai lah sekarang, aku dan wak ketut Ajim berpeluang tengok live untuk program MLM. Itupun masa mak ada. Kalau masa mak tak ada, kitaorang baring kat depan TV je tengok MLM. Tak sampai hati nak tinggal Faris dengan orang lain (selain keluarga) untuk keluar berpoya-poya. Hukhukhuk Tinggalkan Faris dengan mak pun tak silap tak ada melebihi 4-5 jam lagi.. 


OK bila tengok program live dan dari program astro ini, tahu jelah..songeh dia banyak sikit. Hehehe. Ye la live kan? Kena datang awal tu of course la kan? Budak-budak memang tak boleh nak masuk langsung. Tapi untuk MLM ni ok macam tak ketat sangat macam AF(Kantoi aku layan AF live hahaha). Ok je. Cuma kalau lambat, full house ok. Penuh betul dewan MBSA tu.


Bila dah datang awal, tercanguk lah duduk kat depan pintu untuk cop tempat yang boleh dapatkan view agak menarik. Hehehehe.


Muka tak semena langsung aku dalam gambar ini kan? Laki aku lah.. dia memang suka candid. Gambar aku tengah mencebik lah, gambar tengah ternganga lah. Katanya ni lah gambar berSENI -_-". Oklah dari tak ada kan? Huhuhu.


Program live ini selalunya ada orang lead. Orang itu lah akan buat lawak sikit-sikit dan suruh kita tepuk tangan. Nanti ko dengarlah dia cakap....5 second, 4, 3, 2 , 1...... then kita kena tepuk. Maknanya program start. Gitulah.... 


Ok ni ada sikit gambar sebelum wak ketut Ajim disound oleh orang Astro. Hahaha. Dia sound cakap tak boleh ambil gambar...padahal depan kitaorang berlambak kot ambil gambar masa program disiarkan. Pelik betul. Muka wak ketut Ajim juga dia berkenan nak sound. Hakhakhak.


Bila flashback balik, muka wak ini memang orang suka cari gaduh. Hahaha. Pernah dulu dia parking kat depan 7e, dia kena sound dengan polis jangan nak parking kat situ. Wak pun cakaplah dekat polis itu, ramai parking sini...ok je..lagipun saya kejap je encik. Last-last kena hangkut ke balai. Hahaha. Tak boleh lupa kenangan itu. Nasib la wak.


Ok berbalik pada gambar...inilah gambar tak seberapa yang sempat di-snap :).


Sepahtu. [Abg Jepp pilih hati :D].


Say Who.


Bocey. Suka tengok group ini sebab selalu keluarkan idea baru. Lain-lain suka JAMBUUUU. Hehehehe.








Dan last.....

















































Bagilah chance orang kena sound tadi. Wak ketut Ajim bersama Luna Maya.





Hakhakhakhak.





+ By +

Tuesday, April 30, 2013

2 Kalimah menginsafkan.

Ha lama tak menulis pasal review cerita itu dan ini. Almaklumlah, sekarang dah jarang sangat pergi cinema. Pergi pun kena cari cerita kartun. Kalau cerita sebigini, tengok jemaah kat rumah lebih afdholll. Hehehe.


Cerita mengenai seorang pemuda Aiman [Sam] adalah seorang anak kesayangan orang kampung. Sebab, dia baik dan agama nya baik.


Tapi selepas gagal mengahabiskan belajar di Arab, dia dah berubah. Menjadi teruk...kaki perempuan..amalkan ilmu hitam. Dia juga punya awek yang cantik Salena [Nora Danish] dan mereka juga terlanjur.


Di hari kepulangan ke kampung halaman Aiman, macam-macam mereka dapat lihat kejadian aneh...Dari dosa menzalimi ibu bapa sampaikan ilmu hitam.


Erk cerita pasal menzalimi ibu bapa ni...part ni paling menginsafkan aku. Terus call mak tanya mak buat apa..bla bla bla. Rasa nak nangis masa cakap dengan mak.


Yela kita cakap "ahh" pun berdosa besar kan? Ni kan pula macam-macam. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakiti hati mereka. ;(.


Apa-apa pun korang kena tengok cerita ni. Memang menginsafkan. Kalau tak insaf tu orang ketuk la kepala sendiri bagi insaf. Muahahaha.

Lakonan Yana dan Nora Danish memang tak nafikan. Hebat! 

Sam juga! Time Sam kena macam stroke tu...mak ai...real!



Congrats 2 Kalimah team!






+ By +