Showing posts with label cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

2 Kalimah menginsafkan.

Ha lama tak menulis pasal review cerita itu dan ini. Almaklumlah, sekarang dah jarang sangat pergi cinema. Pergi pun kena cari cerita kartun. Kalau cerita sebigini, tengok jemaah kat rumah lebih afdholll. Hehehe.


Cerita mengenai seorang pemuda Aiman [Sam] adalah seorang anak kesayangan orang kampung. Sebab, dia baik dan agama nya baik.


Tapi selepas gagal mengahabiskan belajar di Arab, dia dah berubah. Menjadi teruk...kaki perempuan..amalkan ilmu hitam. Dia juga punya awek yang cantik Salena [Nora Danish] dan mereka juga terlanjur.


Di hari kepulangan ke kampung halaman Aiman, macam-macam mereka dapat lihat kejadian aneh...Dari dosa menzalimi ibu bapa sampaikan ilmu hitam.


Erk cerita pasal menzalimi ibu bapa ni...part ni paling menginsafkan aku. Terus call mak tanya mak buat apa..bla bla bla. Rasa nak nangis masa cakap dengan mak.


Yela kita cakap "ahh" pun berdosa besar kan? Ni kan pula macam-macam. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakiti hati mereka. ;(.


Apa-apa pun korang kena tengok cerita ni. Memang menginsafkan. Kalau tak insaf tu orang ketuk la kepala sendiri bagi insaf. Muahahaha.

Lakonan Yana dan Nora Danish memang tak nafikan. Hebat! 

Sam juga! Time Sam kena macam stroke tu...mak ai...real!



Congrats 2 Kalimah team!






+ By +

Thursday, April 22, 2010

Nightmare eh Date Night sebenarnya....

OH! Semalam date night kami. Kami? :D. Sudah lama tidak berjumpa. Rindu pula rasanya. Hahahahahahahaktuih!

Fikir punya fikir, pergi tengok wayang. Punyalah lapar tak ingat, kami sapu je apa yang ada dulu untuk alas perut. Hotdog for him and crispy popiah to me. Eh TGV sudah jual popiah, sedappppp! Erk ke aku yang kebulur?? :D.

Kami tengok cerita Date Night. Ingat cerita ini berat, tapi masyarakat~ ringan seringan-ringannya!!!! Puas gelak, kelakau tahu?

Sangat kiut pasangan ni. Aku tak boleh blah sebab Steve Carell sangat lurus bendul! Kalau aku dapat suami macam tu, tak tahulah aku menjerit macam pontianak ke apa. Hihihi.

Bini dia (Tina Fey) pun boleh tahan sengal! Lawak gila pasangan ni.

Tengah-tengah date (mereka sudah berkahwin sebenarnya), ada sesuatu berlaku. Hahaha. Masa ni pun lawak. Tak boleh blah negel pemandu teksi tu. Korang tengoklah sure terbahak-bahak gelak.

Dah korang pergi tengok!! Sesuai untuk pasangan-pasangan suami isteri. Eh aku bukan ada suami lagi tapi boleh je tengok..hihihihi!!! *gatal*

Tapi, sebenarnya pasangan ini romantik~ Weeeeeeee. Korang sangat comel. Saya sukakkkkk!

Shut up!!! Stupid Virgina!! Hahaha!




.:. By .:.