Tuesday, April 30, 2013

2 Kalimah menginsafkan.

Ha lama tak menulis pasal review cerita itu dan ini. Almaklumlah, sekarang dah jarang sangat pergi cinema. Pergi pun kena cari cerita kartun. Kalau cerita sebigini, tengok jemaah kat rumah lebih afdholll. Hehehe.


Cerita mengenai seorang pemuda Aiman [Sam] adalah seorang anak kesayangan orang kampung. Sebab, dia baik dan agama nya baik.


Tapi selepas gagal mengahabiskan belajar di Arab, dia dah berubah. Menjadi teruk...kaki perempuan..amalkan ilmu hitam. Dia juga punya awek yang cantik Salena [Nora Danish] dan mereka juga terlanjur.


Di hari kepulangan ke kampung halaman Aiman, macam-macam mereka dapat lihat kejadian aneh...Dari dosa menzalimi ibu bapa sampaikan ilmu hitam.


Erk cerita pasal menzalimi ibu bapa ni...part ni paling menginsafkan aku. Terus call mak tanya mak buat apa..bla bla bla. Rasa nak nangis masa cakap dengan mak.


Yela kita cakap "ahh" pun berdosa besar kan? Ni kan pula macam-macam. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakiti hati mereka. ;(.


Apa-apa pun korang kena tengok cerita ni. Memang menginsafkan. Kalau tak insaf tu orang ketuk la kepala sendiri bagi insaf. Muahahaha.

Lakonan Yana dan Nora Danish memang tak nafikan. Hebat! 

Sam juga! Time Sam kena macam stroke tu...mak ai...real!



Congrats 2 Kalimah team!






+ By +

No comments: