Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

2 Kalimah menginsafkan.

Ha lama tak menulis pasal review cerita itu dan ini. Almaklumlah, sekarang dah jarang sangat pergi cinema. Pergi pun kena cari cerita kartun. Kalau cerita sebigini, tengok jemaah kat rumah lebih afdholll. Hehehe.


Cerita mengenai seorang pemuda Aiman [Sam] adalah seorang anak kesayangan orang kampung. Sebab, dia baik dan agama nya baik.


Tapi selepas gagal mengahabiskan belajar di Arab, dia dah berubah. Menjadi teruk...kaki perempuan..amalkan ilmu hitam. Dia juga punya awek yang cantik Salena [Nora Danish] dan mereka juga terlanjur.


Di hari kepulangan ke kampung halaman Aiman, macam-macam mereka dapat lihat kejadian aneh...Dari dosa menzalimi ibu bapa sampaikan ilmu hitam.


Erk cerita pasal menzalimi ibu bapa ni...part ni paling menginsafkan aku. Terus call mak tanya mak buat apa..bla bla bla. Rasa nak nangis masa cakap dengan mak.


Yela kita cakap "ahh" pun berdosa besar kan? Ni kan pula macam-macam. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakiti hati mereka. ;(.


Apa-apa pun korang kena tengok cerita ni. Memang menginsafkan. Kalau tak insaf tu orang ketuk la kepala sendiri bagi insaf. Muahahaha.

Lakonan Yana dan Nora Danish memang tak nafikan. Hebat! 

Sam juga! Time Sam kena macam stroke tu...mak ai...real!



Congrats 2 Kalimah team!






+ By +

Wednesday, March 10, 2010

Alice in wonderland...

Aku layan 3D! First time kot menonton 3D! Terselah jakun :D. Macam robocop je pakai spek tu... Tetiba rasa rugi tak tengok Avatar 3D :(. Tapi sempat lagi ni, aku ada tengok Avatar 3D ada kat sesetengah pawagam je kan?

Cerita Alice ni aku suka layan waktu kecil.

Review?

Nak kata cerita ini terbaik untuk 3D tak de lah sangat. Aku rasa Avatar lagi better.. Filem ini macam banyak membebel.

Tapi aku suka time action. Aku rasa filem ni kena tambah action. Lagi syok tengok 3D!

Jakun gila time raksasa tu jelirkan lidah. Macam betul-betul touch muka kita. Aku siap pejam mata dan sesekali terkeluar ayat "woooooooooooooo" (terkejut la konon :D).

Dah la...nak tahu korang kena tengok :P

*aku lagi suka rambut Alice itu didandan tocang macam dalam kartun :D