Showing posts with label bubur nasi ayam cendawan By. Show all posts
Showing posts with label bubur nasi ayam cendawan By. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Resipi : Ikan siakap stim limau.

Ya ampun.. lupa nak kasi resipi ni kat u alls. Almaklumlah, mak sekarang pembawakan budak. Masak pun jarang. Apatah lagi bau ikan. Mak tak boleh. Makan pun tak boleh T___T. Kekadang tu teringin gak, cubit tapi lepas tu... hah BUWEEEKKK! eh sesi ni di lain entry ya! :P


Ok ni resipinya : Ikan siakap stim limau.


Ikan Siakap Stim Limau (yang hiasannya tak berapa cantik tapi makan sedap :D).


Ikan siakap(bersaiz sedang untuk 4 orang makan)

bawang putih jeruk

air limau nipis (dalam 4 biji)

bawang putih di ketuk (10 biji)

asam boi jeruk

tauhu(ni kakak aku letak sebab dia suka. so terpulang ok)

serai dihiris halus (2 batang)

cili api dihiris halus (5-6 biji)

daun ketumbar

garam

gula


1. Panaskan periuk stim sehingga air mendidih.

2. Letakkan air limau, serai, bawang putih, bawang putih jeruk, asam boi jeruk, garam dan gula (sesedap rasa)

3. Biarkan selama 15 minit-20 minit. Agak-agak dah masak baru campakkan cili api then daun ketumbar.


Dah. Siap dihidang. Senang je. Nak lagi masam, letak asam boi jeruk banyak sikit :).





Sampai di sini sahaja ketuk ketuk Ramadhan dapur By! :P









Friday, October 7, 2011

Periuk tanah.

Haritu wakAjim sakit perut. Dia kalau sakit perut sampai sakit kat ulu hati. Risau! -_-. Larat tak larat offerkan diri untuk masak. Isteri mithali la katakan kan kan :P (montah!).


Suruh wak beli ayam, nak masak bubur... Kebetulan ada orang kasi periuk tanah masa kahwin haritu (macam baru je kahwin eceh!), just try masak dalam periuk tu.


Senang rupanya! Cepat plak tu. Dalam 30 minit dah siap bubur nasi ayam cendawan aku! Pastu nasi lembut selembutnya tak payah nak tunggu bagai. Sekali sekali je kacau.


Kalau pakai periuk biasa sure berkerak kat bawah. Ni tak! Tak ye.. ni sesedap rasa je bubur tu. Oh lain kali boleh buat lagi sebab wak tambah sampai 5 pinggan :D. Suka!

Rupa bubur nasi ayam cendawan periuk tanah By :P