Monday, October 10, 2011

Resipi : Ikan siakap stim limau.

Ya ampun.. lupa nak kasi resipi ni kat u alls. Almaklumlah, mak sekarang pembawakan budak. Masak pun jarang. Apatah lagi bau ikan. Mak tak boleh. Makan pun tak boleh T___T. Kekadang tu teringin gak, cubit tapi lepas tu... hah BUWEEEKKK! eh sesi ni di lain entry ya! :P


Ok ni resipinya : Ikan siakap stim limau.


Ikan Siakap Stim Limau (yang hiasannya tak berapa cantik tapi makan sedap :D).


Ikan siakap(bersaiz sedang untuk 4 orang makan)

bawang putih jeruk

air limau nipis (dalam 4 biji)

bawang putih di ketuk (10 biji)

asam boi jeruk

tauhu(ni kakak aku letak sebab dia suka. so terpulang ok)

serai dihiris halus (2 batang)

cili api dihiris halus (5-6 biji)

daun ketumbar

garam

gula


1. Panaskan periuk stim sehingga air mendidih.

2. Letakkan air limau, serai, bawang putih, bawang putih jeruk, asam boi jeruk, garam dan gula (sesedap rasa)

3. Biarkan selama 15 minit-20 minit. Agak-agak dah masak baru campakkan cili api then daun ketumbar.


Dah. Siap dihidang. Senang je. Nak lagi masam, letak asam boi jeruk banyak sikit :).





Sampai di sini sahaja ketuk ketuk Ramadhan dapur By! :P









5 comments:

Liyana said...

hehehe comel pulak resepi ketuk2 dapur by ni.

tgk ikan siakap stim ni teringat mil penah masak kan mase kita kena demam ciken pox hr tu, owhh terharu, hehe

arda said...

time kasih by... *telan air liur*

Byzura Mj (By) said...

Liyana : hehehe. boleh naik selera kalau makan. tp la ni T__T tahan je la

Byzura Mj (By) said...

arda: sama2 ;)

Anonymous said...

wah bestnyer..tp bawang jeruk tu ssh nk cari tu..huhuuhu