Showing posts with label masakan by. Show all posts
Showing posts with label masakan by. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Nasi tomato cinta. Ecececece.

27 May.

Adalah hari pernikahan aku dan wak 2 tahun lepas. Ya kira hari ulangtahun perkahwinan kitaorang yang kedua :D. Alhamdulillah Tuhan masih bagi peluang untuk bersama.


Semoga bahagia dan bersama dunia akhirat.


Sambut mana? Tak sambut memana actually. Tiba-tiba macam both of us tak terfikir pula nak beli tiket ke nak bercuti ke mana-mana. Hahaha. Terukkan? Maybe next time kot yang? :P. *hins *hins.


Nak kata hadiah pun macam arrr tak. Tapi wak dah kasi aku mesin jahit birthday + ulangtahun hehehe. Ok la tu. Nak minta lebih-lebih pun beragak lah juga. Hehehehe.


Aku? Lagi la tak beragak. Tak bagi apa-apa pun. Hanya ucapan dan.....





Masakan :D. Nasi tomato cinta untuk suami daripada isteri solehahahahah hakhakhak. Ok la kan dari takda. 


Act wak suka makan. So fikir punya fikir baik aku masak sesuatu. Sesuatu? Ya aku tak pernah masak nasi tomato tau. Hahaha. Ni first time. Betul tak tipu. Dulu tak pernah nak try masak sebab nak fikir bahan-bahan dia, malas. Macam menyusahkan. Tapi ya ampun senang je laaaaaaaaaaaaaa! Simple resipi by me ecececece. 


Then, nak lagi nampak istimewa aku buat juga oreo blanded (wak memang suka air ala ala gadis :P) dan nasi tomato tu buat bentuk love.


Makan dengan rasa tak malu cinta. Wak makan sampai 3 pinggan! Puas hati. Lepastu tidur dengan lena :D.



+ By +

Monday, October 10, 2011

Resipi : Ikan siakap stim limau.

Ya ampun.. lupa nak kasi resipi ni kat u alls. Almaklumlah, mak sekarang pembawakan budak. Masak pun jarang. Apatah lagi bau ikan. Mak tak boleh. Makan pun tak boleh T___T. Kekadang tu teringin gak, cubit tapi lepas tu... hah BUWEEEKKK! eh sesi ni di lain entry ya! :P


Ok ni resipinya : Ikan siakap stim limau.


Ikan Siakap Stim Limau (yang hiasannya tak berapa cantik tapi makan sedap :D).


Ikan siakap(bersaiz sedang untuk 4 orang makan)

bawang putih jeruk

air limau nipis (dalam 4 biji)

bawang putih di ketuk (10 biji)

asam boi jeruk

tauhu(ni kakak aku letak sebab dia suka. so terpulang ok)

serai dihiris halus (2 batang)

cili api dihiris halus (5-6 biji)

daun ketumbar

garam

gula


1. Panaskan periuk stim sehingga air mendidih.

2. Letakkan air limau, serai, bawang putih, bawang putih jeruk, asam boi jeruk, garam dan gula (sesedap rasa)

3. Biarkan selama 15 minit-20 minit. Agak-agak dah masak baru campakkan cili api then daun ketumbar.


Dah. Siap dihidang. Senang je. Nak lagi masam, letak asam boi jeruk banyak sikit :).





Sampai di sini sahaja ketuk ketuk Ramadhan dapur By! :P