Showing posts with label kemeja putih. Show all posts
Showing posts with label kemeja putih. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Satu aku punya, satu untuk engkau..

Mungkin ada orang bohsan dengan entry si comel ini. Tak apa. Kalau tak suka, jangan jenguk pun la. Tapi di alu-alukan juga.

Sila sayangi binatang.

Dimaafkan, kalau tak sayangpun. Ayah aku dulu pun tak suka . Jijik sangatlah kalau kucing dekat dengan dia. Pelik aku. Kadang-kadang, dia siap sepak tahu? Hangin aku satu badan.

Sekarang, ayah aku pula yang lebih. Agaknya tuhan dah bukakan hati dia terima cintakucing. Tidurpun dengan kucing, duduk celah kangkang pulak tu.

Lepas tu, mak aku senang nak ke hulur ke hilir. Sebab, ayah aku cakap tak takut dah..kucing ada ^__^. Jadi peneman.

Oh si dua ekor ini adalah atas jagaan kakak aku. Tiap minggu, kakak aku paw RM10 untuk beli pasir dengan makanan. Gemok itu aku punya (berwarna oren cokelat). Gemok buat muka kasihan sebab nak keluar bermain.

Dan bila aku say bye-bye, beginilah rupanya. Sedih la konon.




.:. By .:.

Friday, December 4, 2009

Lelaki berkemeja putih!


Situasi di perkarangan pejabat =D.


Kelmarin kalau tak silap. Aku naik lift bomba. Ni gara-gara lift biasa tu lambat! Nyampah aku menunggu. Ntah apa lift biasa tu lembab nak mampos. Padahal ada 4 buah lift!


Selalunya lift bomba tu, bilangan orang yang naik adalah sedikit. Tengah-tengah boring, tiba-tiba sampai je tingkat 19..Lift terbehenti dan lalu terbuka. OMG! Ada seorang lelaki yang berkemeja putih naik (naik ke?) lift tu. Hensem!


Dup dap dup dap! Padahal takda apa pun yang berlaku. Cuma jantung aku berdegup kencang pabila melihat mana-mana jejaka yang berkemeja putih =D. Boleh pengsan!


Orangnya tinggi, berkulit putih, jari jemari panjang berkuku gelas (sampai jari aku tengok =P), berselipar, rambut cacak-cacak sikit. Dan yang penting, air sembahyang masih kelihatan =D.


*pengsan lagi.


Buat dek je. Maybe dia perasan aku duk memerhati dia..muahahaha!


Gambar hiasan ;) Tak boleh blah imagine 'dia' macam Aron Aziz! =P

Dan berkemeja hitam. Tapi putih lagi memukau hati dan perasan. Silap haribulan boleh cium offerkan diri sendiri nak ambil gambar bersama =D

pict google-ed