Showing posts with label kucing parsi. Show all posts
Showing posts with label kucing parsi. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Si Ommey, si baby baru!

sayang ommey!


comel tak? Umur Ommey baru 1 bulan lebih. Dah pandai berak dalam pasir, makan sendiri. Hugs Ommey kuat-kuat!

Monday, November 15, 2010

Kisah aku dan demok (gemok).

Oh demok. Dah lama tak jumpa. Cait! Padahal baru seminggu. Tak boleh kalau seminggu tak jumpa demok. Rasa rindu dekat bau kentut demok.


Oh demok memang suka kentut depan muka orang. Geram!

Inilah demok...At last panggil demok. Mok. Mok.


Balik kampung mesti bawa demok jumpa putih. Kesian demok dipisahkan dengan putih.


Ini bentuk badan demok sekarang. Siapa pernah tengok demok dekat entry ni dulu? Demok sakit?Sekarang demok membesar bagaikan gajah!



.:. By .:.

Wednesday, October 6, 2010

Gemok berak dalam kereta! Terbaik!

Ok berhenti cerita pasal majlis itu. Kejap lagi aku cerita projek DIY aku yang dah siap. Sungguh seronok dan lega tengok hasilnya. Walaupun biasa-biasa sahaja..tapi, bila pandang boleh senyum sendiri ok? Sebabnya hasil titik peluh sendiri.


Dah lama tak cerita pasal Gemok. Hari itu Raya sampai minggu lepas, Gemok duduk kat kampung. Boleh tak masa nak bawa balik KL dia menyorok taknak balik? Dah merata mencari tak jumpa. Last-last, kitaorang dah sampai Karak (Pahang).. mak call cakap gemok ada...baru keluar bawah katil. Padahal kakak aku dah gegar katil tempat dia tidur tu. Heh nakal sungguh kamo ya!


Then, last week bawa balik ke KL. Sebabnya, kakak sunyi..Gemok tak ada kat rumah. Gemok ni pandai borak.. Cuma bahasa kucing lah. grrrr grrr grrr kalau dia mengadu. Ntah apa maksud pun tak faham.


Ok sambung. Dalam perjalanan dah nak sampai rumah kakak si Gemok ni terberak dalam kereta! Sakit perut sangatlah tu. Jarang kalau duduk dalam kereta, dia berak. Nasib baik dah nak sampai rumah kan? Kalau lagi 1 jam nak sampai rumah, tak ke haru nak bau taik dia? Apa lagi...suruh kakak yang basuh. Hahaha.


Nak marah pun tak jadi kalau tengok muka Gemok macam ni...


Tapi...
Kalau tengok Si Putih ni ada rasa nak pijak-pijak tak perut dia?????


Over ok!
.:. By .:.

Friday, June 11, 2010

Budak ni macam Shrek tak??

Bila tengok kucing gemok kat filem, Shrek 4 Forever After teringat kat Mimie. Kucing bapok aku :D. Jantan tapi nama betina. Hahaha! Kesian~


Mimie dah gemok, senang hati bini tak ada agaknya.

Tengok perut dah gelebehhh. Rileks je.


Perut nak meletop. Nak pijak boleh??



Ala-ala ngadenya bila orang panggil nama dia.


Guling-guling bila orang sebut nama dia.







.:. By .:.

Wednesday, May 5, 2010

Gemok dan putih sudah sihat!!!

Putih dan Mok.

Ha tengok tu!! Berehat-rehat bawah meja study Suci, sambil tengok AF ^__^. Mungkin Shahir akan menang. Eh.

Dah gemuk kan?? Ingat tak Putih pernah kena kurap? Nasib baik tak teruk sangat. Kurap jenis Putih kena ini,adalah penyakit yang selalu kucing parsi kena. Nak tahu tips? Nanti aku bagi tips kat sini, macam mana nak jaga if kena kurap jenis ni.

Kalau dulu, Mimie (bapak mereka dan berada kat kampung sekarang) adalah yang paling teruk kena kurap jenis ini. Sampai tak ada bulu, tinggal kulit je. Lepas, tu perut Mimie buncit dan cirit birit. Semua orang geli nak pegang. Kesian~

Macam-macam ubat mak dan aku dah try. Tapi, ubat untuk Putih kali ini adalah sangat mujarab. Aku akan snap gambar nanti ok?

Dua ekor tu dah manja gila dengan aku. Kalau Putih suka jilat-jilat kaki dan gigit kaki aku, tapi Mok lak suka lompat atas badan aku bila aku baring. Pastu, dia jilat-jilat pipi dan ramas-ramas buah dada tekan-tekan bahagian dada. Heh lain macam pulak kadang-kadang :D.

Aku nak pesan sesiapa nak pelihara kucing. Kalau nak pelihara, pelihara lah betul-betul. Jaga makan dan kesihatan. Ni pelihara sekadar ala kadar je. Janji aku pon ado! Haih.

Kucing ini dia boleh doakan kita supaya kita murah rezeki tahu?

Tapi janganlah, bila stress korang cerita kat kucing dan buat dia tempat luahan perasaan. Nanti mati pulak. Serius!! Ini tips tauuuu.




.:. By .:.

Tuesday, April 27, 2010

Satu aku punya, satu untuk engkau..

Mungkin ada orang bohsan dengan entry si comel ini. Tak apa. Kalau tak suka, jangan jenguk pun la. Tapi di alu-alukan juga.

Sila sayangi binatang.

Dimaafkan, kalau tak sayangpun. Ayah aku dulu pun tak suka . Jijik sangatlah kalau kucing dekat dengan dia. Pelik aku. Kadang-kadang, dia siap sepak tahu? Hangin aku satu badan.

Sekarang, ayah aku pula yang lebih. Agaknya tuhan dah bukakan hati dia terima cintakucing. Tidurpun dengan kucing, duduk celah kangkang pulak tu.

Lepas tu, mak aku senang nak ke hulur ke hilir. Sebab, ayah aku cakap tak takut dah..kucing ada ^__^. Jadi peneman.

Oh si dua ekor ini adalah atas jagaan kakak aku. Tiap minggu, kakak aku paw RM10 untuk beli pasir dengan makanan. Gemok itu aku punya (berwarna oren cokelat). Gemok buat muka kasihan sebab nak keluar bermain.

Dan bila aku say bye-bye, beginilah rupanya. Sedih la konon.




.:. By .:.

Saturday, February 27, 2010

Perbezaan hasil kucing kg kacuk dengan kucing parsi dan kucing parsi kacuk dengan kucing parsi


Aku taknak cerita banyak sebab aku dah post kat FB. Nanti orang cakap aku gila kuasa..hahahaha..larik!!! Kat FB aku nak cerita kat blog pun aku nak cerita..hahahaha!!!! Demam sudah! :D

Friday, February 26, 2010

Si dia balik kampung berjumpa ayah :)

Ye, hari khamis pagi aku dah cabut ke kampung halaman. Lama gila aku tak balik. Ye la nak balik je mak aku tak ada. Dia selalu sangat turun ke KL. Kejap-kejap datang.. Datin la katakan. Datin la sangat! :D.

Dah la panas, kereta akak aku tak ada ekon pulak! Hadoi...semua orang kalau naik kereta, selalunya tidur, jadi tak tidur langsung..Panas macam mau tidur..

Termasuklah Suci. Terpaksa aku layan dia..Nasib baik ada si dia.. Leh layan si Suci tu.. Hahaha!

Korang nak tau siapa?
Ni ha!! Si CT aka Piko ni. Hehehe..Putih tidur kat belakang. Piko pun tak boleh tidur. Bulu lebat, lagi la panaskan?

Tapi dia sungguh baik..kejap kejap datang kat aku.. meow-meow sikit..pastu diam..

Baikkan dia? Duduk je :D.
Ni ha ayah dia. Bawa balik jumpa ayah :D. Mak dia si Putih mata warna sebelah kuning dan biru tu dah bagi balik kat makcik aku. Sebab dia nak kacukkan dengan kucing jenis lain lak :D.
Kesian kucing, cinta nya terpaksa di kongsi..Kalau manusia, tentu patah hati..Haih~

Monday, February 22, 2010

Aku rasa dia "konpius" sekarang

Aku panggil dia Piko. Akak aku pergi bantai panggil Siti. Last-last, aku rasa dia konpius. Adoi. Aku paling tak suka nama binatang, letak nama manusia.

Sekarang aku panggil dia Piko, dia buat deeek je.. Macam orang pekak!

Huhuhuhu..

Ni lah dia binatang yang bernama Siti. Dia dah elok dari penyakit. Yang putih je belum so putih tu dikuarantin kan. Sebab penyakit dialah, aku pun terkena kudis buta. Tak pasal-pasal aku kena kudis buta. Tu penyakit orang kampung ulu kata BIL aku. Ces!

Aku rasa dia akan kekal dengan nama SITI :(

Monday, January 18, 2010

Piko & Me~

Memula, aku nak letak nama dia Alvin. Tapi macam nama salah seorang vendor aku lak :D. Ops!! So aku tukar nama piko. Piko piko piko..mopiko laila~ :D

Hari Ahad, ni lah aktiviti aku. Bawak lari anak kucing masuk bilik. Golek-golek dengan piko lagi best! Siap sembur perfume DKNY lagi :P. Baru stim..hahahaha!


Tengok menjerit dia marah aku ambil gambar dia. Nasib ko la labu :D.


Muka kesian takut kena romen gomol dengan aku.


Mengambil tindakan untuk lari menyelamatkan diri. Nak turun tak boleh. haha!

Hah padan muka ko nyah! Aku sedia untuk cium ko. Mengiyauuuu dia takot :D. Jahat tak aku? Mesti dia seriyau tengok aku nak cium ;B








Wednesday, January 13, 2010

Lebih baik aku layan si dia, dari aku melayan perasaan demam

Ni aktiviti aku masa aku demam hari itu. Dari aku duduk baring, naik lemau badan aku. Aku layan budak ni...



Dia bongkak dan sombong. Tengok tu, taknak langsung pandang kamera. Orang lain sibuk belai anak sendiri. Aku sibuk duk belai anak kucing :D. Nama aku tak letak lagi sebab aku tengah berebut dengan Nina (anak saudara aku). Dia nak. Aku suruh dia ambil yang warna putih, tapi dia degil nak ambil yang warna cokelat ni. Sebab warna putih tu sakit lagi.



(patutnya aku masuk video. Tak boleh upload pulak '-' )

Yang warna putih lak, dah macam biri-biri aku tengok :D. Bulu dia gugur akibat tekanan perasaan kena romen ngan aku ubat penyakit kulit tu. Nanti 3 bulan, 2 ekor ni sihat lah.


Tak sabar nak tunggu bulu tu tumbuh semula. Mesti lagi lebat dan sedap dipeluk ketika tidur :).

Monday, December 28, 2009

Penyakit kulit..

Kesian my comey ni. Kena penyakit kulit. Tak boleh bawa pergi klinik sebab baby lagi. Lagi 3 bulan baru boleh pergi cucuk. Gemuk kan?


Tengok bahagian muka, kaki dan ekor dah tak ada bulu :(. Kesian kesian. Moga-moga sembuh. Boleh mati tau kalau tak jaga.

Tips from my auntie : Just cuci tempat yang terkena dengan air suam je.
My comey akan normal after 3 months. Huh 3 bulan pon kena jaga elok-elok.