Showing posts with label monday blues. Show all posts
Showing posts with label monday blues. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Monday morning.

Hai peeps.

Letih nak mamps hari ni.. semalam balik dari Melaka terus lepak-lepak kat rumah..lipat baju,kemas rumah,menebas rumput..last last dah penat just panggil je bangla tebas. Siap dengan sapu dan bersihkan sekali halaman. Dia charge RM 10. Murah tak?


Lepas tu wak request makan kat rumah, nak aku masak. Sebagai isteri solehahahah,aku masak kan jugak. Aku masak sup daging, kangkung belacan ngan telur jeruk....

Pergh orang tua(read:wak) tu tak sedar diri makan sampai 4 pinggan dia tambah.


Akibatnya kan,kitaorang bangun lambat.hahaha.


Dan aku jatuh terpelot kat lrt tadi. Sekian pagi Isnin yg bluesss.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 16, 2010

Pagi ini adalah pagi yang hebat!

Tengok nak masuk jalan ke office dah sesak. Tu belum korang tengok jalan yang aku hadapi dari Puncak Alam ke Office. Fewwwh~ Aku rasa tobakk. Tau tobak?



Pagi tadi, after sahur.. aku tak tidur. Kalau, tidur sure terbabas. Tak pasal aku kena ambil EL atau MC :D. Tapi, dalam hati ada gak nak buat macam tu tadi. Hahaha!


Layan Syahadah dengan kakak aku. Best Syahadah tahun ni, pergi India. Memang selalu layan Syahadah, sebab suka tengok cara umat Islam lain berpuasa. Tapi, bila picit TV3, rasa mual-mual lak tengok Nur Kasih. Berapa kali nak ulang da~ Mebi aku dah layan banyak kali kat laptop aku dulu. Tu yang mual tu. Hihihi. Salahkan ulangan pulak *lempang laju-laju*.


Pukul 6 pagi dah bersiap-siap. 6.20 pagi aku dah panas enjin. Sampai je dekat Kayangan Height. Damn! Jemmmmm sampai federal, sampailah ke office. Nak tahu aku sampai pukul berapa? Pukul 8.30 pagi brooo...


Itu belum campur masa aku mendaki tangga dari level 5 ke lobi. Daki ya mendaki. Lift lambat. Sampai lobi dah cungap-cungap. Nasib baik ingat puasa. Kalau tak dah lama aku singgah cafe. Oh laksam! *tetiba*


Ha itu masa mendaki. Belum campur masa aku pergi tandas cangkung..


Nak dekat pukul 9 pagi gak la aku baru dapat duduk kat kerusi comel kesayangan ni.



p/s : kejap lagi aku nak buat entry makan-makan. Matilah meleleh airliur korang baca. Bukan korang je termasuk aku sekali.




.:. By .:.