Monday, August 16, 2010

Pagi ini adalah pagi yang hebat!

Tengok nak masuk jalan ke office dah sesak. Tu belum korang tengok jalan yang aku hadapi dari Puncak Alam ke Office. Fewwwh~ Aku rasa tobakk. Tau tobak?



Pagi tadi, after sahur.. aku tak tidur. Kalau, tidur sure terbabas. Tak pasal aku kena ambil EL atau MC :D. Tapi, dalam hati ada gak nak buat macam tu tadi. Hahaha!


Layan Syahadah dengan kakak aku. Best Syahadah tahun ni, pergi India. Memang selalu layan Syahadah, sebab suka tengok cara umat Islam lain berpuasa. Tapi, bila picit TV3, rasa mual-mual lak tengok Nur Kasih. Berapa kali nak ulang da~ Mebi aku dah layan banyak kali kat laptop aku dulu. Tu yang mual tu. Hihihi. Salahkan ulangan pulak *lempang laju-laju*.


Pukul 6 pagi dah bersiap-siap. 6.20 pagi aku dah panas enjin. Sampai je dekat Kayangan Height. Damn! Jemmmmm sampai federal, sampailah ke office. Nak tahu aku sampai pukul berapa? Pukul 8.30 pagi brooo...


Itu belum campur masa aku mendaki tangga dari level 5 ke lobi. Daki ya mendaki. Lift lambat. Sampai lobi dah cungap-cungap. Nasib baik ingat puasa. Kalau tak dah lama aku singgah cafe. Oh laksam! *tetiba*


Ha itu masa mendaki. Belum campur masa aku pergi tandas cangkung..


Nak dekat pukul 9 pagi gak la aku baru dapat duduk kat kerusi comel kesayangan ni.



p/s : kejap lagi aku nak buat entry makan-makan. Matilah meleleh airliur korang baca. Bukan korang je termasuk aku sekali.




.:. By .:.

4 comments:

fabulous.farah said...

hoh..tandas cangkung meng glamer selalu masuk list=p

.::WaNiE::. said...

ko duk puncak alam ke

Bai said...

f.f : sudah semestinya :D.

Bai said...

WaNiE : akak aku duk sana.