Showing posts with label period. Show all posts
Showing posts with label period. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Day 7 orang berpuasa, aku tak puasa.

Patutlah masa kat Muar, Johor aku pening kepala macam nak pecah. Rupanya nak period. Hoh! Harini, aku period (period pun nak bagitahukan?). Sedih je. Penat nak ganti nanti! Nak-nak mahu 7-9 hari aku kena ganti.



Bukan nak hebah-hebahkan. Sebenarnya tiap kali period mesti aku teringat sesuatu. Masa 1st day aku kena period :D. Aku tanya mak aku, apa benda ni (sambil tunjuk spender rambu ramba..). Malu masa tu, tapi selamba dek aku tunjuk. Sebab, aku takut. Mana tau darah tercucuk jarum ke? Hadoi! *ngilu plak*.



Pastu mak cakap, Uya dah besar lah tu. Dah period. Masa ni muka tercengang-cengang, tanya habis tu macam mana? Mak bagi la tuala wanita tu. Aku tertanya lagi, macam mana nak pakai. Aku masuk bilik, pakai sendiri.



Mak tanya, macam mana uya pakai? Aku cakap kan ada gam kan? Uya tepekkan kat 'bunga' gam tu. Nanti jatuh macam mana?



Mak aku tepuk dahi. Dia ajar cara yang betul..



Kadang-kadang fikir, ape ke bodoh gila aku ni tampal tuala wanita kat 'bunga' hahahaha! Nasib baik tak luka tak apa.



Korang ade tragedi tak?


Sekarang, tengah period pain. Rasa nak hantok-hantok kepala sakit. Nak buat air teh jasmin seganla plak. Mahu pitam ni aku jap lagi. Kaki dah sejuk dah.


Eh eh penutup cerita pasal period....










Macam dah lama tak tepek muka aku kat belog. Nilah muka orang yang gigih masa berpuasa :D.






.:. By .:.

Wednesday, December 30, 2009

Haiyak!!

Nothing to do. So boring..layan internet je la. hihihi...Nak pergi jejalan pun malas. Nak duk umah je jaga kulit biar putih gebu. Eh ke situ pulak! :D.

Nak pergi cuci kereta pun malas. Malu pun ada. Tempat duduk driver tu penuh dengan peta. Bukan aku kencing ya. Period. BOCOR. Syuhh. Tak malu je cerita kan orang! :P.

Tapi itu lah masalah aku, time bendera Jepun je aku mesti bocor tahap dewa. Satu hari kena tukar 4 kali. Hadoi..penat weh..

Kesian Abu tu. Aku selalu je bocor dalam badan dia. Macam mana nak solve selain aku tukar 'pampers'? Heh :D