Showing posts with label swimming. Show all posts
Showing posts with label swimming. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Bila diri ini sudah stress..

Kalau stress, aku balik rumah sepahkan baju dalam almari..pastu kemas balik. Ha itu salah satu rutin stress la. Hahaha. Gila penat-kan dirikan? Dah elok-elok baju dalam almari..habis dikeluarkan. Hati aku ni bengkak je kalau tengok almari kalau stress. Almari dipersalahkan -_-"


Tapi, kali ni kalau stress dah mula nak bersukan. Alang-alang stress boleh kuruskan badan ye dak? :P


Nak main badminton, wak tak ada. Harap maklumlah, kalau wak tak ada atau tak ada patner..memang tak main single. Mak penat nyah. pancit!


Lepas tu fikir ajak kawan pergi swimming! Yes swimming!!

Swimming pun haku semput nyah! Sampai line 3-4 je. Kalau dulu sampai hujung boleh. Ceh. Tak apa nanti pergi lagi!


Best tau swimming. Boleh cantikkan badan, cantikkan kulit? dan boleh mengeluarkan angin hahaha. Serius semalam duk tepi kolam duk arrrk arrrkkkk keluo angin :D.


Sayang wak tak ada. Kalau wak ada lagi keluar angin mamat jawa tu.


Oh tiba cerita pasal wak. Wak tak ada kasi sini. Last dia ym hari Isnin. Last call hari Selasa. Itu pun sebab nak tanya pasal kad kahwin. Pastu elok letak, ok bye , take care -_-.


Rindu pula kat wak. eh. Kalau dia ada duk gaduh. Jarang sekali nak beromantika ke makan suap-suap ke. Semua jarang.


Ni ada sedikit sedutan last ym dengan wak..Dia jumpa Safee Sali dekat airport!

Haku memang macam ni :D





.:. By .:.

Saturday, January 2, 2010

Saat mencuci mata..

Besau juga bontot ko ya Jelo.

Orang lain boleh usha orang bogel aku pun boleh :D. Suka gila tengok orang pakai bikini tapi tak nampak stretch mark. Licin saja. Aku? Aku selalu pakai Islamic Swimsuit. Islamic la sangat, kadang-kadang kedaung gak aku ni :D. Masih banyak setan-setan berlegar dalam badan aku ni.


Aku usha tak pernah kena ketumbit. Kenapa orang selalu kaitkan ketumbit dengan orang bogel, dalam erti kata lain tengok orang tak pakai spender? Boleh ketumbit? Sampai sekarang aku penin duk pikiak.

So, petang tadi aku pergi menjamu selera. Asyik duduk terbaring je kat atas katil macam orang sakit tenat. Katil pon dah malas menampung badan aku ni. Duk henjut-henjut suruh bangun.


Aku pergi swimming!! Lama gila aku tak buat aksi kuak kupu-kupu. Apatah lagi gaya bebas. Sampai tsunami kolam renang tu dibuatnya :D. Nasib baik tak ramai orang sangat. Kalau tak berlaga-laga bontot nak berenang.

Sangat la tak mencabar. 4 kaki je dalam dia. Sampai paras buah dada je. Nak buat aksi duyung pun tak boleh.

Lepas swimming makan ais krim. Huh sangat sedap!

Lepas tu macam orang sakai pergi jalan ke Ikea dan The curve. Muka pucat lesi macam orang tak cukup darah je. Pakai selipar buruk pulak tu. Selamba masuk MNG. Nasib baik aku tak masuk kat Coach, LV ke. Mampos orang tak layan aku. Nak menyambut masuk, apatah lagi.