Showing posts with label the gardens. Show all posts
Showing posts with label the gardens. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Karoks time.

Dulu kan, punyalah pemalu nak nyanyi. Pernah pergi karok tapi duduk diam je hanya sekadar goyang-goyang perut je. Hahaha.


Tapi, sekarang bila dah start join wak Ajim pergi karoks dulu.. dah mula gian. Gian-tak-gian jugalah. Adalah 2-5 lagu aku sumbangkan lagu. Cewah. Tak peduli dah keluar suara chipmunk ke . Pedulik-pedulik-pedulik.


Last weeks. Just pergi karoks dengan officemate. Wahhh dah lama teringin. Tapi tu la kejap ada hal ni. Kejap ada hal itu.


At last. Menjadi juga!




Dan at last Iz pun sudah menyanyi ya!! Hahaha. Dan aku masih lagi tak berani untuk menyanyi sambil berdiri. Aku tak ada kekuatan lutut :D.


Korang!!!!!! Video aku nyanyi lagu tu kantoi dengan Nina. Mula kena kutuk sebab nyanyi lagu dangdut. Last-last dia cakap cayalah ciksu karoks!! Nanti bawa Nina ya! -_-" Ni yang aku lemah ni.


Kantoi dengan wak?? Oh no!! Aku siap rampas kamera dari dia. Kalau tak berdekah-dekah dia gelakkan aku. U... I noe suara I tak sesedap Siti Nurhaliza tapi u tunggu lah nanti I praktis lagi.. ha time tu mesti u leleh dengar suara I. hehehe.



Friday, September 3, 2010

Apa sedap dekat The Spread, The Gardens?

Haish macam gian update belog. Maklumlah lunch tak pergi makan. Duduk mengadap lappy. Tak layan fb, aku baca belog orang lain. Jadi silent reader. Hahaha. Eh belog aku pun ada silent reader kot?



Oh ni cerita semalam, semalam. Vendor belanja. Boleh tahan sedap juga makanan kat The Spread. Tapi, tak boleh lawan Boulevard la. Boulevard lagi banyak pilihan. Banyak songeh By ni. Besyukur sahaja.



Mood adalah tidak menjurus ke arah nasi pun. Nak makan seefood, western, jepun. Gila kelaasss mak punya mood kan? Tapi semalam cari nasik lemak jugakk!

OK pilihan pertama, 1 osyter je aku tak boleh habiskan. Sebab aku kenyang. Pergi tibai sotong.
Pilihan kedua, pasta cabonara . Memang mabeles. Tak rasa langsung ajinamoto macam preego tu.

Longan memang terbaik sebab aku buat sendiri :D. Waffle ais krim durian aku lupa nak snap. Tapi ais krim dia tak memenuhi nafsu sebab durian dia tak power.



Dan


Dan


Dan


Last....


Of course kambing. Macam aku lak pakai braces ye kambing. Hahaha!



Ni je menu yang best di hati aku. Lain so-so.


.:. By .:.

Sunday, December 27, 2009

I love yoo!!

Hoh. Bukan I LOVE YOO maksudnya aku cinta padamu ya. Ni hah! Aktiviti jalan-jalan Hari Natal. Pergi kedai I LOVE YOO. Dekat The Gardens.

I love Yoo adalah kedai makan. Mula-mula takut nak makan kat sini sebab cina je ramai. I love yoo is HALAL. So ok boleh mencuba tanpa was was :D. My sis la duk cakap bubur kat sini sedap, makan ngan cakoi.

1 set soya + cakoi dan 1 set bubur + cakoi. Sedap! Bubur dia sangat halus. Cara nak makan? Cakoi tu boleh cicah dengan bubur dan boleh gaul sekali. Selalu orang cicah je la. Orang cicah, aku cicah gak :D. Jakun.

Lepas makan layan Baskin Robbins. See! Tak senonoh betul anak sedara aku. Gelak sakan dapat makan ais krim.