Tuesday, January 5, 2010

Kata emak itu pecal Mangga..

Dah lama tak keluar entry masak memasak. Lately ni pun aku malas nak masak. Makan orang masak je :D. Pastu tidur macam ular sawa. Nikmat~


Pipi mengalahkan donut big apple dah :D. Oh big apple! Lama tak makan.


Ni masakan turun temurun mak, nenek aku. Pecal Mangga. Hari tu, sempat belajar dengan mak aku. Tu pun mak aku, keluar ayat sedih. "Nanti mak tak ada, korang rasa nak makan sape nak buat? Baik korang belajar" :(.

Bila dah keluar ayat yang boleh merembeskan air liur mata. OK fine. Aku belajar :D.


Sila kecur air liur :D.

Bahan-bahan :

a. Mangga keling (kalau india baca aku minta maap, ni panggilan dia. So dari kecik aku panggil nama ni :D)muda 10 biji dihiris halus.

b. Ikan kembung (kecil) dirembus 2 ekor.

c. cili api 5 ulas dihiris halus.

d. lada hitam 6 biji.

e. bawang merah 3 biji.

f. Santan 1/2 cawan.

Bahan b,d dan e ditumbuk. Tambah sedikit garam + gula (secukup rasa).

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Dah siap!!!

Sedapnya!! Dimakan bersama nasi panas + ikan sepat masin!!

2 comments:

fabulous.farah said...

owh..first time tau kewujudan pecal magga..huhu

Bai said...

fabulous.farah : samalah!! :D. Mak buat baru tahu..