Showing posts with label masakan mak. Show all posts
Showing posts with label masakan mak. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Kalau balik kampung, pasti makanannya enak-enak!!!

Kesian mak tunggu kitaorang lama. Dia dah siap masak, petang Sabtu. Kitaorang sampai lewat malam! Gara-gara tunggu BIL habis kerja. Naik kecur airliur nak rasa masakan emak.

Mak kalau dengar je kitaorang nak balik, mesti dia masak banyak-banyak. Tapi, kali ini tak ada ikan phatin. Nanti mak masak kat KL je, sebab mak ikut kitaorang balik KL. Weee!!!!

Aku ni memang kuat nafsu makan.nafsu lain ada gak Makan. Makan. Masakan mak lagilah! Aku boleh tak sedar diri tambah dan tambah lagi :D. Aku rasa semua orang macam tu kan? Masakan air tangan emak lagi best dari segala. Terima kasih makkkkk!!

Masakan pertama aku melahap : Laksa lemak. Dengan kadar 3 kali aku tambah.

Masakan kedua : laksa asam

Dengan kadar 2 kali mangkuk hayun aku tambah.



Kek dengan 1 slice. Cukuplah, esok bedal lagi :D.



2 biji mak buat. Gila bapak banyak!! Semangat mak aku ni.



Desert. Memang tiap kali lepas makan, mesti ada desert. Ada je buah. Tak ada, dia pergi petik tanaman sendiri ^__^.



Dan yang paling mahal!!! Sambal belacan buah kuini. Glup. Kecur airliur. Makan nasi pula :D. Berlaukkan ikan singgang, udang masak pedas, sotong kicap dan bayam.

Inilah syurga dunia!!!!!!


Kasih Emak tiada bandingan.



Selamat Hari Lahir Emakk!!!!!!!!

- 25 Mei 1952-





.:. By .:.

Tuesday, January 5, 2010

Kata emak itu pecal Mangga..

Dah lama tak keluar entry masak memasak. Lately ni pun aku malas nak masak. Makan orang masak je :D. Pastu tidur macam ular sawa. Nikmat~


Pipi mengalahkan donut big apple dah :D. Oh big apple! Lama tak makan.


Ni masakan turun temurun mak, nenek aku. Pecal Mangga. Hari tu, sempat belajar dengan mak aku. Tu pun mak aku, keluar ayat sedih. "Nanti mak tak ada, korang rasa nak makan sape nak buat? Baik korang belajar" :(.

Bila dah keluar ayat yang boleh merembeskan air liur mata. OK fine. Aku belajar :D.


Sila kecur air liur :D.

Bahan-bahan :

a. Mangga keling (kalau india baca aku minta maap, ni panggilan dia. So dari kecik aku panggil nama ni :D)muda 10 biji dihiris halus.

b. Ikan kembung (kecil) dirembus 2 ekor.

c. cili api 5 ulas dihiris halus.

d. lada hitam 6 biji.

e. bawang merah 3 biji.

f. Santan 1/2 cawan.

Bahan b,d dan e ditumbuk. Tambah sedikit garam + gula (secukup rasa).

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Dah siap!!!

Sedapnya!! Dimakan bersama nasi panas + ikan sepat masin!!