Sunday, January 17, 2010

Kenyang..

Dinner kat De Palma, Shah Alam lagi :D. Today makan buffet ala-ala barat sikit. Ada bbq, spaghetti, macam-macam lah. Aku seperti biasa melahap kambing, udang, daging lembu dan sotong. Aku cicah dengan air asam! Memang sedap.

Kalau makan dengan bbq sos aku mual sikit. Ye lah sakit tekak, nak makan bbq sos. Huh rasa lekat kat tekak. Minum aku order hot lime tea. Nak jaga suara lah katakan :P.

Siap kena perli dengan BIL aku. Sakit-sakit pun selera. Heh orang dah tak selera makan dah berapa hari tau. Ni balas dendam la balik.

Ni nak habaq kat semua, De Palma Shah Alam ada buat promotion dari 10 malam ke 1 pagi. Teh tarik RM 0.99 dan char kueh tiew RM 1.99. Hah apa lagi terjah lah!! :D

Char kueh tiew lengkap dengan udang dan kerang...memang berbaloi!!

Aku tak ada 'selera' nak snap gambar. Bukan apa, aku kan sakit :(. Mood ambil gambar berkurangan sedikit.

8 comments:

Mag said...

buffet die satu kepale berape?

z@ti said...

yeke bai...ni rase mcm nk p...tp kt s.alam ek?

Byzura Mj (By) said...

fabulous.farah : dalam rm 30..pergi mase bbq.. sedap sikit

Byzura Mj (By) said...

z@ti : aah ah..kat shah alam..de palma shah alam

Espresso Guy said...

Bai... ko ni betul2 kembar aku laa... fav kambing + all kind of red meat... meh aku ajar ko mkn medium rare plak nk? very juicy and yummylicious!!!

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : heh tatau lagi ke?

jom la!! sila balik sini! :D. Nak makan sup tulang merah tu..pos boleh? :D

Espresso Guy said...

hahaha... ko wajib try daging separuh masak dgn aku, br leh jadi kembar 1malaysia... ahaks...

nnt aku nk blk weekend kt kl aku gtau... btw sup tu mn ada org pos laa... apa kata ko pos diri ko je ke sini, then bleh mkn puas2...

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : ok je..memang kembar la :P

huhuhu aku pos ke sane? bile eik..??