Tuesday, January 26, 2010

Scream Park, seram!!!

Korang patut try masuk scream park ni!! Mencabar tau. Mula-mula nak masuk tu, dia akan bagi briefing. Tanya ada penyakit jantung ke tak? Jangan usik barang-barang kat dalam tu.. Dalam tu sangat gelap, so kena hati-hati.

Aku mula-mula taknak masuk. Takut!! Aku memang seriau sikit kalau masuk tempat gelap. Kata Scream park, lagilah!!

Pastu, nak taknak kena masuk sebab semua dah masuk. Aku apa lagi terus tutup mata!

Awal-awal dah kena sergah. Hampeh betul hantu-hantu kat dalam tu.

Aku duduk link yang paling last. Itu pun, banyak gila kena sakat. Hembus-hembus kat telinga la. Menjerit kat telinga aku la. Letak kain kat atas bahu kita la. Jalan sambil peluk kita la.. Sampai satu part tu aku tak tahan. Aku cakap kat hantu tu, "Oit jangan hembus kat telinga aku la bodoh!" :D. Gila berani sound hantu :D.

Kat dalam tu terkurung 20 minit. Korang bayangkanlah betapa sengsaranya aku kat dalam tu melayan hantu-hantu.

Ada hantu pocong lompat-lompat. Ada hantu terbang-terbang lah..

Pastu, masuk kat tempat 3D. Dia bagi sorang satu cermin mata 3D tu. Lagi la. Nampak clear! Benda putih boleh jadi biru. Boleh nampak pergerakkan hantu tu terbang-terbang.

Satu point tu, tersesat! Ramai gila hantu datang kepong kitaorang. Buat muka spastik :P. Hantu tu buat muka spastik pun aku takut gak. Hahaha!

Pastu masuk point lagi macam cerita 13 ghost. Semua hantu terkurung. Tapi nampak jelas dia menjerit-jerit.

Kat satu point tu, aku dah tak tahan. Aku dah berpeluh-peluh. Slambe aku tanya orang yang jaga point tu. "Ni last ke ada lagi?"

Nasib baik dia cakap last! Fewwh!! lega!!

Serius aku berpeluh gila masuk dalam tu :D.

2 comments:

Ena said...

Hu3x.. ngeri la.. x mooo masuk la cenggituw..

Bai said...

Ena : sgt ngeri!! :D. Seriau!!