Showing posts with label sunway lagoon.. Show all posts
Showing posts with label sunway lagoon.. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Water Park

Akiviti last sekali kitaorang di Sunway lagoon. Sampai kecutla jari jemari main air. Semua main. Congo (kata Nina karpet aladin) sangat best! Mula takut! Ha amik sampai 4 kali aku ulang kalau tak silap! :D.

Pastu semua gelongsor aku try. orang lain naik sampai terjerit terlolong. Hahahaha! Kelakar tengok gelagat manusia.


Last sekali, part nak tengok kesemua gambar kitaorang yang diambil khas oleh jurugambar Sunway Lagoon. Pastu terjebak sebab tengok gambar yang diaorang ambil tu semua cantik-cantik. Rugi jual mahal masa diaorang nak ambil gambar kat dalam air :(.


Kalau burn dalam cd RM 100. Quantiti gambar boleh seberapa banyak yang mungkin .Kalau print, RM 30 sekeping. Kitaorang ambil yang burn cd!!


Tersangat seronok walaupun memenatkan!!

ALL PARK SUNWAY LAGOON


Extreme park, sangat adventure!

Sayang gila tak berpeluang untuk 'flying fox'. Tutup sebab under maintanance. *keciwa

Kalau nak naik ball tu pula, kena bayar RM 100. Cet mahal gila! Memang buat untung betul Sunway lagoon ni. Makanan dah la mahal. Pastu ada certain mainan kena bayar lagi.

Dari Amusement Park, kitaorang naik jambatan gantung ke Extreme Park. Panjang gila jambatan gantung tu. Lenguh kaki aku jalan ke Extreme park.

Di tengah-tengah jambatan gantung.


Sampai Extreme Park, kitaorang try naik ni!

Best gila!!

Ingat jalan-jalan kat jalan tar je. Rupanya dia bawa masuk jalan ala-ala hutan. Kena turun bukit dan naik bukit.


Pastu try kayak. Kalau tak nak berkayak, naik Itik pun boleh. Kena kayuh la :D.

Aku try kayak sebab seumur hidup aku, aku tak pernah try kayak. Gila jakun!

Last-last aku tak kayuh pun. Hahaha! Suruh orang belakang je la :P.


Wildlife park, walaupun kecil tapi seronok!

Ala-ala mini zoo. Tapi, ada binatang pelik gak. Boleh pegang-pegang lagi. Sempat lah kita orang tengok penjaga haiwan tu bagi makan.

Ada tenuk, buaya, merak, spesis burung, arnab, kura-kura india, monyet apa ntah badan dia kecik je tapi ade bulu putih kat kepala dan macam-macam lagi.

Apahal lah aku macam tu. Nak kata takut tenuk, tenuk kat dalam cermin. Hahahaha!

Scream Park, seram!!!

Korang patut try masuk scream park ni!! Mencabar tau. Mula-mula nak masuk tu, dia akan bagi briefing. Tanya ada penyakit jantung ke tak? Jangan usik barang-barang kat dalam tu.. Dalam tu sangat gelap, so kena hati-hati.

Aku mula-mula taknak masuk. Takut!! Aku memang seriau sikit kalau masuk tempat gelap. Kata Scream park, lagilah!!

Pastu, nak taknak kena masuk sebab semua dah masuk. Aku apa lagi terus tutup mata!

Awal-awal dah kena sergah. Hampeh betul hantu-hantu kat dalam tu.

Aku duduk link yang paling last. Itu pun, banyak gila kena sakat. Hembus-hembus kat telinga la. Menjerit kat telinga aku la. Letak kain kat atas bahu kita la. Jalan sambil peluk kita la.. Sampai satu part tu aku tak tahan. Aku cakap kat hantu tu, "Oit jangan hembus kat telinga aku la bodoh!" :D. Gila berani sound hantu :D.

Kat dalam tu terkurung 20 minit. Korang bayangkanlah betapa sengsaranya aku kat dalam tu melayan hantu-hantu.

Ada hantu pocong lompat-lompat. Ada hantu terbang-terbang lah..

Pastu, masuk kat tempat 3D. Dia bagi sorang satu cermin mata 3D tu. Lagi la. Nampak clear! Benda putih boleh jadi biru. Boleh nampak pergerakkan hantu tu terbang-terbang.

Satu point tu, tersesat! Ramai gila hantu datang kepong kitaorang. Buat muka spastik :P. Hantu tu buat muka spastik pun aku takut gak. Hahaha!

Pastu masuk point lagi macam cerita 13 ghost. Semua hantu terkurung. Tapi nampak jelas dia menjerit-jerit.

Kat satu point tu, aku dah tak tahan. Aku dah berpeluh-peluh. Slambe aku tanya orang yang jaga point tu. "Ni last ke ada lagi?"

Nasib baik dia cakap last! Fewwh!! lega!!

Serius aku berpeluh gila masuk dalam tu :D.

Amusement park, tempat kanak-kanak riang.

Yeah!! Ahad, seharian di Sunway Lagoon !! (Entry akan dibuat park by park ;P )

Seawal 10.00 pagi, kita orang dah terjah Sunway Lagoon! Punyalah awal sebab ambil package yang all park :D. Untuk all park RM 72 (mendapat diskaun RM 54, thanks to Kak Ida).

Agak terkilan. Ada park yang diaorang tak buka lagi. So kita orang naik apa yang ada dulu.

Amusement park ni penuh dengan permainan-pemainan kanak-kanak riang, adventure.

Aku awal-awal lagi taknak naik kapal yang terbalik-terbalik tu. Dulu aku pernah naik kat Mines wonderland, sampai muntah-muntah. Semua orang cakap aku mabuk minum todi :D.

Aku try naik keretapi macam roller coaster tu. Dulu ada kes orang meninggal kan? Ha aku naik yang tu. Tabahkan hati dan tawakal je naik tu. So far ok. Aku hidup lagi ni ha :P.


Bukti masuk all park, adalah jam itu :P.


Burung ni pun aku layan . Macam dalam filem Avatar lak... :D


Next Scream Park!!! Seram!!!

Monday, December 28, 2009

Sunway lagoon..

Yeah! I went to Sunway lagoon yesterday.. Lepas je kenduri kawin kawan kakak aku terus ke Sunway Lagoon. Tu pun sampai dah lambat :(.

Asyik-asyik berdating dengan Nina dan si Suci. Dah tak ada kerja lain. Asyik dating ngan diaorang je kalau hari minggu. Naik muntah hijo dah! :P. Kalau pergi dating pun diaorang nak ikot. Sampai dah macam satu family lak lengkap ngan anak bagai :D. Kacau daun sungguh (Nina, if u read this jangan terasa ya.. xD ).


Ada orang cakap Nina mirip Scha? WT?? heh! :D

Teman si Suci naik cawan pusing. hihihi.

Tak ada mood sangat nak mandi. Tengah bendera naik menegak :D. Paham-paham je la.

Budak ini tak sabar nak mandi. Tapi takut sebab ramai gila orang. Takut orang tolak dia. Nanti lemas katanya.

Ini budak tak payah nak cakap la. Lepas salin baju, terus menghilang. Macam anjing laut nampak air dah.

Sesi layan Suci.

Layan lagi. Suruh Cik Su ambil gambar. Ces!


Yang pasti kitaorang tak puas main. Heh mahu pergi lagi :D.


Ops. Aku duduk sebelah Fahrin masa kat kolam renang. Wau wiii sangat hok (hot) :D....Agaknya melepaskan tensi, sehati berdansa kan dah habis. Dan aku jumpa AJ, dj ERA.FM.