Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips

Bila aku tengok dekat Project Alpha, ada contest buat entry pasal benda alah ini..Aku teringat Nina, anak buah aku. Dia memang pakai benda alah ini....

Dia memang ada masalah ketiak berbau. Habislah aku, kalau dia tahu aku buat entry ni. Mati kena delete entry ni ^_^. Kalau dia tak baca tak apalah. Kadang-kadang, dia gatal tangan gak pergi klick blog aku. Sure dia rindu kat aku lah tu. Tengok aku bebel kat blog ni. *Nina, kalau dapat kita bahagi dua* muahahaha. verangan~

Ya, sayalah yang memakai deadorant itu :D. Ciksu saya jahat, buat entry tak bagi tahu saya. Oh ya saya berambut pendek itu. Saya memang ada masalah ketiak berbau. Saya adalah atlet sekolah. For surelah mestilah berbaukan? Ciksu saya selalu ejek saya. So, ummi belikan saya diedorant ini. Bau wangi. Saya suka. Saya juga pakai perfume Adidas ni. Ummi saya beli. Yelah, sayakan budak sekolah lagi. Semua ummi yang beli. Nak pakai duit sendiri, tunggu setahunlah mungkin saya akan beli ^_^.

Lagi satu, saya ni kuat makan bawang. Memanglah berbau kalau berpeluh. Dulu, saya ada pakai jenama lain tetapi tak sesuai kot. Belengas, pastu meninggalkan warna kuning kat baju dan berbau kat ketiak. Kesian saya. Ciksu saya selalu suruh saya mandi berus ketiak dengan berus sabut. Sakit tahu?


Lepas saya pakai deodorant ini, ternyata saya boleh bergerak dengan bebas. Bebas mengangkat tangan saya sambil nampak ketiak ke sana ke sini. Saya juga tidak malu pada kawan-kawan lelaki saya. Saya juga tidak malu kepitkan kepala kawan-kawan lelaki saya kat ketiak saya. Kalau, kawan lelaki kerjakan sayalah. Memang saya kepit dekat ketiak saya.


Tengok saya ambil gambar dengan ikan bilis dan ikan masin pun, still ketiak saya berbau deadorant Adidas. Tidak melekit ok? Saya suka. Just spray je kat ketiak. Bau wangi satu bilik. Kalau tak pakai perfume pun dah ok dah.

Bila mandi, saya akan lap kering-kering kat ketiak saya. Pastu saya spray. Memang syok ahh...saya pergi bersukan, balik pun still tak berbau.

Saya syorkan kepada Cik Su saya juga. Saya taknak ketiaknya berbau sepanjang hari. Adidas ini boleh tahan 24 jam tahu? Saya akan make sure Cik Su saya pakai. Sebab, dia tak kahwin lagi. Nanti dia jadi anak dara tua ketiak berbau. Eee yek saya geli. Cik Su, tolonglah pakai ok? Cik Su juga ahli sukan kan?

Adik saya tak pakai lagi deadorant. Kalau dia dah besar, saya juga akan suruh dia pakai. Kalau dia tak pakai, memang helmet kat kepala. Eh rumah saya tak ada helmet. Raket badminton je la.

Tengoklah diri saya. Saya sangat happy dengan Adidas Diedorant!
Saya rasa tersangat selesa. Sampaikan saya tidak malu pakai baju tiada lengan. Auww terasa seksi dengan Adidas deadorant!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



.:. By .:.

8 comments:

Mimis said...

cantiklah awak punyer gambar header tu..

fabulous.farah said...

kejam cik su=p

.::WaNiE::. said...

by, mana video xcukup syarat ni karang disqualified

Bai said...

Mimis : thanks ;)

Bai said...

f.f : bukan kejam..keji :D

Bai said...

WaNiE : ada kat bawah..ok dah naikkan :D

.::WaNiE::. said...

syg, not that widget,

u have to put 3 episode Project Alpha Season 2 tu kat dalam entry

boleh edit lagi ni ;) syg karang u hantar awal2 xcukup syarat

Bai said...

WaNiE : huhuhu yang mana? jap jap cari..

ok..thanks jap i cari...