Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Hahaha lawak, Vampires Suck! Twilight taknak saman ke?

Lawak gila aku tengok trailer Vampires Suck(in cinemas 28 August ni!). Duduk kekekekek gelak. 2-3 kali ulang tengok :D. Sesiapa nak tengok trailer click kat sini.


Diaorang tiru part Erward buka baju. Part jari Bella luka. Paling best geng Jacob berjoget. Hahaha! Eh tak kena saman ke? Selalu diaorang ni tak kisah pun nak tiru-tiru kan? tak macam sini, sikit saman sikit saman.ops nanti kena saman.


Hilang selera aku nak makan jap.


.:. By .:.

Friday, August 6, 2010

Bererti?

Dah 2 minggu aku tengok iklan digi tu. Korang, aku tak tahu lak bila masuk belog aku nampak ke idak. Kalau dah lama-lama digi tu duk situ, maknanya nuffnang bagi gaji lebih eah?


Aku tengok tiap minggu macam sama je. Hahaha!

Oh banner tu bukan gambar Yuna ok. Gambar asli aku, aku edit-edit jadilah macam tu. Nanti aku tepek gambar ori.



.:. By .:.

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Mari bercuti!! Merehatkan minda, jiwa dan raga. Hihihi. Dah lama tak bengkakkan kaki ni. Jom, Jom, kita tengok MAS Traveller!! Ke mana destinasi cinta!

Kalau tengok list destination MAS traveller ini, aku nak pergi.......cuba teka? Destinasi adalah mengikut tempat makan dan aktiviti riadah. Tempat honeymoon, tak ada plan ke mana lagi. Sebab, aku belum kahwin. Muahahaha! *oh sila sopan*. OK start.











Capetown, Africa : Shark Cage Diving

*ketuk kepala sendiri* Berani kau By?? Aku teringin, tapi adalah rasa gerun juga. Kalau shark tu datang hampiri aku, for sure aku lari lintang pukang. Eh dalam air mana boleh lari. Terberak kot. :D.

Hanoi : Halong Bay

Bestkan? Pergi jalan-jalan macam dalam cerita Niyang Rapik. Pasti aku bawa video camera masa ini. Kepingin-kepingin. Aku suka 'adventure-adventure' ini. Tapi, masuk scream park, Sunway Lagoon pun aku tutup mata. Apa kes?


Manila : Pagsanjan Gorge & Falls

Sebenarnya aku lagi suka air terjun berbanding dengan pantai. Pantai kalau berenang, penuh mulut masuk dek air masin. Huhuhu! Bestkan tempat ini? Nak pergi!!!


Ho Chi Minh City : Binh Tay Market

Yes!!! Aku memang suka shopping. Nak-nak ke pasar macam ini. Murah!!! Lepas itu dapat tahu benda-benda pelik. Contoh ya? Sayur dia, kuih-muih dia dan macam-macam lah. Aku suka cari benda pelik :D.

Capetown : Hussar Grill

Aku tak tahu halal ke tak makanan kat Capetown. Tapi, aku rasa sana banyak makanan halal. Sebab, sana ramai gak orang Malaysia duduk sana.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

.:. By .:.

Nightmare eh Date Night sebenarnya....

OH! Semalam date night kami. Kami? :D. Sudah lama tidak berjumpa. Rindu pula rasanya. Hahahahahahahaktuih!

Fikir punya fikir, pergi tengok wayang. Punyalah lapar tak ingat, kami sapu je apa yang ada dulu untuk alas perut. Hotdog for him and crispy popiah to me. Eh TGV sudah jual popiah, sedappppp! Erk ke aku yang kebulur?? :D.

Kami tengok cerita Date Night. Ingat cerita ini berat, tapi masyarakat~ ringan seringan-ringannya!!!! Puas gelak, kelakau tahu?

Sangat kiut pasangan ni. Aku tak boleh blah sebab Steve Carell sangat lurus bendul! Kalau aku dapat suami macam tu, tak tahulah aku menjerit macam pontianak ke apa. Hihihi.

Bini dia (Tina Fey) pun boleh tahan sengal! Lawak gila pasangan ni.

Tengah-tengah date (mereka sudah berkahwin sebenarnya), ada sesuatu berlaku. Hahaha. Masa ni pun lawak. Tak boleh blah negel pemandu teksi tu. Korang tengoklah sure terbahak-bahak gelak.

Dah korang pergi tengok!! Sesuai untuk pasangan-pasangan suami isteri. Eh aku bukan ada suami lagi tapi boleh je tengok..hihihihi!!! *gatal*

Tapi, sebenarnya pasangan ini romantik~ Weeeeeeee. Korang sangat comel. Saya sukakkkkk!

Shut up!!! Stupid Virgina!! Hahaha!




.:. By .:.

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips

Bila aku tengok dekat Project Alpha, ada contest buat entry pasal benda alah ini..Aku teringat Nina, anak buah aku. Dia memang pakai benda alah ini....

Dia memang ada masalah ketiak berbau. Habislah aku, kalau dia tahu aku buat entry ni. Mati kena delete entry ni ^_^. Kalau dia tak baca tak apalah. Kadang-kadang, dia gatal tangan gak pergi klick blog aku. Sure dia rindu kat aku lah tu. Tengok aku bebel kat blog ni. *Nina, kalau dapat kita bahagi dua* muahahaha. verangan~

Ya, sayalah yang memakai deadorant itu :D. Ciksu saya jahat, buat entry tak bagi tahu saya. Oh ya saya berambut pendek itu. Saya memang ada masalah ketiak berbau. Saya adalah atlet sekolah. For surelah mestilah berbaukan? Ciksu saya selalu ejek saya. So, ummi belikan saya diedorant ini. Bau wangi. Saya suka. Saya juga pakai perfume Adidas ni. Ummi saya beli. Yelah, sayakan budak sekolah lagi. Semua ummi yang beli. Nak pakai duit sendiri, tunggu setahunlah mungkin saya akan beli ^_^.

Lagi satu, saya ni kuat makan bawang. Memanglah berbau kalau berpeluh. Dulu, saya ada pakai jenama lain tetapi tak sesuai kot. Belengas, pastu meninggalkan warna kuning kat baju dan berbau kat ketiak. Kesian saya. Ciksu saya selalu suruh saya mandi berus ketiak dengan berus sabut. Sakit tahu?


Lepas saya pakai deodorant ini, ternyata saya boleh bergerak dengan bebas. Bebas mengangkat tangan saya sambil nampak ketiak ke sana ke sini. Saya juga tidak malu pada kawan-kawan lelaki saya. Saya juga tidak malu kepitkan kepala kawan-kawan lelaki saya kat ketiak saya. Kalau, kawan lelaki kerjakan sayalah. Memang saya kepit dekat ketiak saya.


Tengok saya ambil gambar dengan ikan bilis dan ikan masin pun, still ketiak saya berbau deadorant Adidas. Tidak melekit ok? Saya suka. Just spray je kat ketiak. Bau wangi satu bilik. Kalau tak pakai perfume pun dah ok dah.

Bila mandi, saya akan lap kering-kering kat ketiak saya. Pastu saya spray. Memang syok ahh...saya pergi bersukan, balik pun still tak berbau.

Saya syorkan kepada Cik Su saya juga. Saya taknak ketiaknya berbau sepanjang hari. Adidas ini boleh tahan 24 jam tahu? Saya akan make sure Cik Su saya pakai. Sebab, dia tak kahwin lagi. Nanti dia jadi anak dara tua ketiak berbau. Eee yek saya geli. Cik Su, tolonglah pakai ok? Cik Su juga ahli sukan kan?

Adik saya tak pakai lagi deadorant. Kalau dia dah besar, saya juga akan suruh dia pakai. Kalau dia tak pakai, memang helmet kat kepala. Eh rumah saya tak ada helmet. Raket badminton je la.

Tengoklah diri saya. Saya sangat happy dengan Adidas Diedorant!
Saya rasa tersangat selesa. Sampaikan saya tidak malu pakai baju tiada lengan. Auww terasa seksi dengan Adidas deadorant!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



.:. By .:.

Oh USB connection!

USB connection aku tertinggal pula dekat rumah kakak. Maka, banyaklah cerita tergendala. Haih!

Aku insan yang lemah *tetiba*

Bluetooth tak boleh pakai kat lappy office.... Cinabeeeeeng~

.:. By .:.

Friday, April 16, 2010

Perasan tak perasan?

Aku dah tukar layout. Semalam sambil-sambil layan FULL HOUSE, aku design skali layout ni... :D

Cantik tak? Saja aku bagi mood budak-budak sikit. Nak kasi ceria.



Dan ini untuk blog novel aku. Design ala-ala jiwang gitu :P

(sila click untuk ke blog tersebut ;) )

p/s : kejap lagi aku update novel!!

.:. By .:.

Friday, April 9, 2010

Aku sudah jatuh cinta!

Siang malam ingat kamu, siang malam ku ingin kamu, siang malam ku mimpi kamu..Gila meroyan dah aku ni...Sampai tersengeh-sengeh tengok gambar kamu.

Ye kamu memang buat aku gila. Gila bayang sudeeeeyyyy.. Walaupun kamu bukan yang pertama, tapi aku gilakan kamu. Terasa mahu sayang kamu.

Terasa sweeeeeeeetnya jika berkesempatan bersama kamu. Rasa stimm lain macam...

















Ada sesiapa nak belikan masa birthday aku tak? Dah dekat ni :D

Eh lupa, no more pink. Red pun boleeeeeeeeeeeeey ;)



.:. By .:.

Tuesday, April 6, 2010

Terima kasih Nuffnang..

Dulu, aku pernah buat entry pasal tak percayakan Nuffnang. Maunya tak, aku tengok macam tu je tak gerak-gerak.

Lepas tu dia naik dan naik. Walaupun sen-sen je earnings aku naik, aku tetap menanti jawapan yang tak pasti*cewah.

Tengok orang beriban-riban dah dapat duit nuffnang. Aku? tetap nan ado. Hahaha. Tak ramai peminat kot? Hahaha geli je aku ni.

Tapi, baru-baru ini aku sahaja nak tengok earnings aku. Wah!!! naik oit naik! Terkejut aku tau. Tetiba naik banyak *banyaklah bagi aku walaupun tak banyak. Hahaha! Aku pun tatau macam mana nuffnang kira.

Pastu aku check lagi, eh naik lagi?! Sebenarnya nuffnang ni dalam seminggu berapa kali dia kira penyata pendapatan kita? *dah keluar ayat akaun aku :D.

Aku puas duduk baca tentang nuffnang. Ada yang cakap based on click advertisement tu. Ada orang cakap, ikut berapa ramai follow blog ko. Haish..

Takpa ni ada sedikit info nuffnang :

"As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads". * aku petik dari email nuffnang.

Entahlah. Yang penting, aku memang buat blog sajo-sajo.

Ingat lagi, aku buat blog ni waktu aku tak ada kerja dulu. Ntah apa aku merepek. Hahaha! Ada gak yang kutuk, kata blog aku ni entah apa-apa. Then, bila dah setahun aku mem'blogging', aku ada dapat komen yang memberangsangkan.

*lap air peluh. Agaknya dia follow blog aku dari awal.

Lagipun, aku buat blog ni..aku ada misi. Aku nak jadi novelis. Hahaha! (Ayat tunggang langgang ada hati nak jadi novelis). Bukan senang nak jadi novelis tahu?

OH NUFFNANG! TERIMA KASIH! BOLEH TAK U NAIKKAN EARNINGS I LAGI. I NAK BAWA PERGI VACATION! :D

Friday, December 11, 2009

Jika aku glamer mesti aku dapat duit Nuffnang..

Heh, abaikan tajuk di atas (mesti ada yang maki hamun =D). Apa tu Nuffnang? Ada kawan-kawan tanya aku pasal nuffnang. Aku pun tak tahu sangat sebab aku baru je mendaftar...



Nuffnang.com is Asia-Pacific’s first and leading blog advertising community.
Our online platform allows advertisers to serve graphic or video based advertisements onto more than 100,000 blogs hosted on various platforms.
Nuffnang.com currently has offices in 4 countries, Singapore, Malaysia, Philippines and Australia.
*wow!!


Ada gak aku jalan-jalan kat blog orang lain dan baca pasal nuffnang. Ada yang dapat sampai beriban-riban duit dari nuffnang, betul ke?


Aku? Tak de perkembangan pun. Nak juga merasai duit nuffnang ;P (mati ada orang cop mata duitan). Tapi aku buat blog ni bukan nak dapatkan duit je ... nak share something ngan korang (ayat selalu blogger buat ;P). Nak-nak aku yang suka merapu ni. Pening kepala korang baca kan?=D. Tapi nak juga tahu kesahihan sesiapa yang dapat duit dari nuffnang. Betul ke? Betul ke? Betul ke? Betul ke?


Ada sesiapa nak bagi penjelasan atau pengakuan? Macam tak ada orang yang nak mengakukan? Takut orang dengki..Tapi, buat apa nak takut kalau benda tu sahih?