Showing posts with label project Alpha. Show all posts
Showing posts with label project Alpha. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Mid valley...

Semalam, tengok wayang tak jadi. Ni gara-gara penyakit tua aku datang. Aku tertinggal purse kat office!! Demmm! Kena patah balik, padahal mr.bf dah sampai kat rumah,siap bebel2 napa tak angkat call :D dah sampai rumah.

Last-last decide pergi Mid Val je lah. Sebab dekat. Berusaha gak pergi usha tiket wayang tetapi semua full house. Takkan nak tengok cerita tamil? :D.

So pergi makan dekat KFC idaman Baby ku selalu! Aku tak merasa lagi perasa black pepper tu. Orang cakap pedas. Lagilah gila meroyan aku nak rasa. Tenyatalah!! Memang best!!! Pedas!! Aku suka!


Untuk tatapan Baby. Walaupun ko jauh di mata tetapi, ko dekat di hati aku tiap kali aku makan KFC.

Lepas tu, jalan-jalan sambil cuci mata. Sempat aku merembat sehelai baju bewarna turquoise di Jaya Jusco.Hihihi. Ni bukan I guna alasan pergi Jaya Jusco nak guna toilet Jaya Jusco ok? I memang suka guna toilet Jaya Jusco :D, sebab toilet Jaya Jusco ada toilet cangkung. Hahaha!

Habis berak merembat. Jalan-jalan lagi. Ada Adidas Pure Game Ole K.O Challenge! Aku gila meroyan suruh mr.bf masuk. Hihihi. Tetapi taknak coze pakai kasut pejabat. Kalau tak mesti aku meroyan menjerit, "engkaulah jantan yang gagah perkasa". Gila kok? Eh tetiba jadi orang Sarawak :D.

So, mr.bf try yang ini je. Inipun dapat sebab beli perfume. Mendengar peraturan dengan jayanya..

Percubaan untuk menang.... Aku dah pasang angan-angan nak rembat hadiah...

Tapi malang bola yang disepak,tak masuk lubang...






tapi tak apa i tetap sayang sebab lu nak bagi duit i blanje g jalan nanti





.:. By .:.

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Mari bercuti!! Merehatkan minda, jiwa dan raga. Hihihi. Dah lama tak bengkakkan kaki ni. Jom, Jom, kita tengok MAS Traveller!! Ke mana destinasi cinta!

Kalau tengok list destination MAS traveller ini, aku nak pergi.......cuba teka? Destinasi adalah mengikut tempat makan dan aktiviti riadah. Tempat honeymoon, tak ada plan ke mana lagi. Sebab, aku belum kahwin. Muahahaha! *oh sila sopan*. OK start.











Capetown, Africa : Shark Cage Diving

*ketuk kepala sendiri* Berani kau By?? Aku teringin, tapi adalah rasa gerun juga. Kalau shark tu datang hampiri aku, for sure aku lari lintang pukang. Eh dalam air mana boleh lari. Terberak kot. :D.

Hanoi : Halong Bay

Bestkan? Pergi jalan-jalan macam dalam cerita Niyang Rapik. Pasti aku bawa video camera masa ini. Kepingin-kepingin. Aku suka 'adventure-adventure' ini. Tapi, masuk scream park, Sunway Lagoon pun aku tutup mata. Apa kes?


Manila : Pagsanjan Gorge & Falls

Sebenarnya aku lagi suka air terjun berbanding dengan pantai. Pantai kalau berenang, penuh mulut masuk dek air masin. Huhuhu! Bestkan tempat ini? Nak pergi!!!


Ho Chi Minh City : Binh Tay Market

Yes!!! Aku memang suka shopping. Nak-nak ke pasar macam ini. Murah!!! Lepas itu dapat tahu benda-benda pelik. Contoh ya? Sayur dia, kuih-muih dia dan macam-macam lah. Aku suka cari benda pelik :D.

Capetown : Hussar Grill

Aku tak tahu halal ke tak makanan kat Capetown. Tapi, aku rasa sana banyak makanan halal. Sebab, sana ramai gak orang Malaysia duduk sana.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

.:. By .:.

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips

Bila aku tengok dekat Project Alpha, ada contest buat entry pasal benda alah ini..Aku teringat Nina, anak buah aku. Dia memang pakai benda alah ini....

Dia memang ada masalah ketiak berbau. Habislah aku, kalau dia tahu aku buat entry ni. Mati kena delete entry ni ^_^. Kalau dia tak baca tak apalah. Kadang-kadang, dia gatal tangan gak pergi klick blog aku. Sure dia rindu kat aku lah tu. Tengok aku bebel kat blog ni. *Nina, kalau dapat kita bahagi dua* muahahaha. verangan~

Ya, sayalah yang memakai deadorant itu :D. Ciksu saya jahat, buat entry tak bagi tahu saya. Oh ya saya berambut pendek itu. Saya memang ada masalah ketiak berbau. Saya adalah atlet sekolah. For surelah mestilah berbaukan? Ciksu saya selalu ejek saya. So, ummi belikan saya diedorant ini. Bau wangi. Saya suka. Saya juga pakai perfume Adidas ni. Ummi saya beli. Yelah, sayakan budak sekolah lagi. Semua ummi yang beli. Nak pakai duit sendiri, tunggu setahunlah mungkin saya akan beli ^_^.

Lagi satu, saya ni kuat makan bawang. Memanglah berbau kalau berpeluh. Dulu, saya ada pakai jenama lain tetapi tak sesuai kot. Belengas, pastu meninggalkan warna kuning kat baju dan berbau kat ketiak. Kesian saya. Ciksu saya selalu suruh saya mandi berus ketiak dengan berus sabut. Sakit tahu?


Lepas saya pakai deodorant ini, ternyata saya boleh bergerak dengan bebas. Bebas mengangkat tangan saya sambil nampak ketiak ke sana ke sini. Saya juga tidak malu pada kawan-kawan lelaki saya. Saya juga tidak malu kepitkan kepala kawan-kawan lelaki saya kat ketiak saya. Kalau, kawan lelaki kerjakan sayalah. Memang saya kepit dekat ketiak saya.


Tengok saya ambil gambar dengan ikan bilis dan ikan masin pun, still ketiak saya berbau deadorant Adidas. Tidak melekit ok? Saya suka. Just spray je kat ketiak. Bau wangi satu bilik. Kalau tak pakai perfume pun dah ok dah.

Bila mandi, saya akan lap kering-kering kat ketiak saya. Pastu saya spray. Memang syok ahh...saya pergi bersukan, balik pun still tak berbau.

Saya syorkan kepada Cik Su saya juga. Saya taknak ketiaknya berbau sepanjang hari. Adidas ini boleh tahan 24 jam tahu? Saya akan make sure Cik Su saya pakai. Sebab, dia tak kahwin lagi. Nanti dia jadi anak dara tua ketiak berbau. Eee yek saya geli. Cik Su, tolonglah pakai ok? Cik Su juga ahli sukan kan?

Adik saya tak pakai lagi deadorant. Kalau dia dah besar, saya juga akan suruh dia pakai. Kalau dia tak pakai, memang helmet kat kepala. Eh rumah saya tak ada helmet. Raket badminton je la.

Tengoklah diri saya. Saya sangat happy dengan Adidas Diedorant!
Saya rasa tersangat selesa. Sampaikan saya tidak malu pakai baju tiada lengan. Auww terasa seksi dengan Adidas deadorant!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



.:. By .:.