Showing posts with label adidas. Show all posts
Showing posts with label adidas. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Surprise! I like!

Di suatu petang, hujan lebat...kami terkedek-kedek masuk dalam dewan. Tak boleh nak training netball sebab petir ala-ala sambung menyambung mengikat tali silaturahim. Kang ada mapuh keghah :D.



"By, akak ada surprise ni...." kata kakak itu. Kami jalan berduaan.



"Apa dia...yang akak dapat sponsor tu ke? Dapat tak?"



"Dapat...ada lagi..surprise..esok akak kasi"



"ala akak bagitau By, By je...pls pls" * cait muka tak malo nak tahu gak.



"Nanti lah..esok esok"



"menci!!" *sambil gelak-gelak*



Aku kalau orang dah kata surprise tapi tak bagitahu, duduk hold je...aku boleh tak tidur malam fikir, apa benda surprise tu.



****Dan abis training netball dan diskusi semalam, akak tu terus bawak ke kereta dia.



Ambil barang...dan dia menghulurkan ini....


























Beg sorang satu. Me kasih kak! Patah tulang masa main pun tak apa. Janji dapat sponsor. Hahaha! *materialistik*. Aku tengah fikir nak bawa bantal busuk warna merah tu ke tak?



Dan dalam beg tersebut berisi 2 tights dan 2 jersi. 2-3 tahun tak payah aku beli tight dah. Jimat!





.:. By .:.

Tuesday, July 20, 2010

Persiapan.

4 helai baju.


sepasang kasut.




Menjawab lah ko By, kalau ko tak main betul-betul masa karnival nanti~


Hari ini dapat lagi barang sponsor.


Bestnya kalau hidup disponsor. Ada sesiapa nak sponsor aku kahwin tak? Eh (^_^)


.:. By .:.

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Mari bercuti!! Merehatkan minda, jiwa dan raga. Hihihi. Dah lama tak bengkakkan kaki ni. Jom, Jom, kita tengok MAS Traveller!! Ke mana destinasi cinta!

Kalau tengok list destination MAS traveller ini, aku nak pergi.......cuba teka? Destinasi adalah mengikut tempat makan dan aktiviti riadah. Tempat honeymoon, tak ada plan ke mana lagi. Sebab, aku belum kahwin. Muahahaha! *oh sila sopan*. OK start.











Capetown, Africa : Shark Cage Diving

*ketuk kepala sendiri* Berani kau By?? Aku teringin, tapi adalah rasa gerun juga. Kalau shark tu datang hampiri aku, for sure aku lari lintang pukang. Eh dalam air mana boleh lari. Terberak kot. :D.

Hanoi : Halong Bay

Bestkan? Pergi jalan-jalan macam dalam cerita Niyang Rapik. Pasti aku bawa video camera masa ini. Kepingin-kepingin. Aku suka 'adventure-adventure' ini. Tapi, masuk scream park, Sunway Lagoon pun aku tutup mata. Apa kes?


Manila : Pagsanjan Gorge & Falls

Sebenarnya aku lagi suka air terjun berbanding dengan pantai. Pantai kalau berenang, penuh mulut masuk dek air masin. Huhuhu! Bestkan tempat ini? Nak pergi!!!


Ho Chi Minh City : Binh Tay Market

Yes!!! Aku memang suka shopping. Nak-nak ke pasar macam ini. Murah!!! Lepas itu dapat tahu benda-benda pelik. Contoh ya? Sayur dia, kuih-muih dia dan macam-macam lah. Aku suka cari benda pelik :D.

Capetown : Hussar Grill

Aku tak tahu halal ke tak makanan kat Capetown. Tapi, aku rasa sana banyak makanan halal. Sebab, sana ramai gak orang Malaysia duduk sana.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

.:. By .:.

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips

Bila aku tengok dekat Project Alpha, ada contest buat entry pasal benda alah ini..Aku teringat Nina, anak buah aku. Dia memang pakai benda alah ini....

Dia memang ada masalah ketiak berbau. Habislah aku, kalau dia tahu aku buat entry ni. Mati kena delete entry ni ^_^. Kalau dia tak baca tak apalah. Kadang-kadang, dia gatal tangan gak pergi klick blog aku. Sure dia rindu kat aku lah tu. Tengok aku bebel kat blog ni. *Nina, kalau dapat kita bahagi dua* muahahaha. verangan~

Ya, sayalah yang memakai deadorant itu :D. Ciksu saya jahat, buat entry tak bagi tahu saya. Oh ya saya berambut pendek itu. Saya memang ada masalah ketiak berbau. Saya adalah atlet sekolah. For surelah mestilah berbaukan? Ciksu saya selalu ejek saya. So, ummi belikan saya diedorant ini. Bau wangi. Saya suka. Saya juga pakai perfume Adidas ni. Ummi saya beli. Yelah, sayakan budak sekolah lagi. Semua ummi yang beli. Nak pakai duit sendiri, tunggu setahunlah mungkin saya akan beli ^_^.

Lagi satu, saya ni kuat makan bawang. Memanglah berbau kalau berpeluh. Dulu, saya ada pakai jenama lain tetapi tak sesuai kot. Belengas, pastu meninggalkan warna kuning kat baju dan berbau kat ketiak. Kesian saya. Ciksu saya selalu suruh saya mandi berus ketiak dengan berus sabut. Sakit tahu?


Lepas saya pakai deodorant ini, ternyata saya boleh bergerak dengan bebas. Bebas mengangkat tangan saya sambil nampak ketiak ke sana ke sini. Saya juga tidak malu pada kawan-kawan lelaki saya. Saya juga tidak malu kepitkan kepala kawan-kawan lelaki saya kat ketiak saya. Kalau, kawan lelaki kerjakan sayalah. Memang saya kepit dekat ketiak saya.


Tengok saya ambil gambar dengan ikan bilis dan ikan masin pun, still ketiak saya berbau deadorant Adidas. Tidak melekit ok? Saya suka. Just spray je kat ketiak. Bau wangi satu bilik. Kalau tak pakai perfume pun dah ok dah.

Bila mandi, saya akan lap kering-kering kat ketiak saya. Pastu saya spray. Memang syok ahh...saya pergi bersukan, balik pun still tak berbau.

Saya syorkan kepada Cik Su saya juga. Saya taknak ketiaknya berbau sepanjang hari. Adidas ini boleh tahan 24 jam tahu? Saya akan make sure Cik Su saya pakai. Sebab, dia tak kahwin lagi. Nanti dia jadi anak dara tua ketiak berbau. Eee yek saya geli. Cik Su, tolonglah pakai ok? Cik Su juga ahli sukan kan?

Adik saya tak pakai lagi deadorant. Kalau dia dah besar, saya juga akan suruh dia pakai. Kalau dia tak pakai, memang helmet kat kepala. Eh rumah saya tak ada helmet. Raket badminton je la.

Tengoklah diri saya. Saya sangat happy dengan Adidas Diedorant!
Saya rasa tersangat selesa. Sampaikan saya tidak malu pakai baju tiada lengan. Auww terasa seksi dengan Adidas deadorant!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



.:. By .:.