Tuesday, May 25, 2010

Oh aku kena checkup hari ini!!!

Minggu lepas, aku takut. Tapi, minggu ini aku terpaksa pergi. Dah set untuk kali keduanya. Kang tak pasal dato' mengamuk.

Aku tak bersedia lagi untuk di operate atau beroperate. Mak aku tak kasi sebenarnya, dia nak berubat kampung. Korang tahu ke apa-apa pasal perubatan kampung untuk buasir? Kalau ada yang tahu, sila bagitahu ya?

Kalau ikutkan hati yang gagah(poyo, bau hospital pun nak pitam) ini, nak je operate. Malas dah nak pikir. Orang cakap kalau operate, buasir tu akan jadi lebih besar. Betul ke??? Wuaaaaa!! Dugaan sungguh!!

Tapi, bila mak dah tak kasi. Aku rasa macam anak durhaka lak. Buat tanpa diredhai. Cewah! Kang apa-apa jadi masa dato' toreh ke tersekat apa-apa ke siapa nak tanggung? Eh dah macam bersalin lak.

Ermmm.....Tak tahu lah apa dato' nak cakap hari ini....


.:. By .:.

2 comments:

Mag said...

bai..baik berubat kg dulu..huhu..hjangan derhaka..then tengok la kalau tak ok baru operate

Byzura Mj (By) said...

f.f : huhuhuhu. tu la pasal. pening kepala aku fikir. aku dalam dilema.hahaha