Showing posts with label checkup. Show all posts
Showing posts with label checkup. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Memang aku dalam dilema. Serius dilema.

Ingatkan pasal PR bleeding? Tadi aku tak pergi checkup. Aku tipu Dato'lagi. Aku cakap aku outstation. Nasib baik assistant Dato' baik. Dia cakap, tak datang untuk checkup pun tak apa. Weeehuuu!!! Tapi, bila dah bersedia untuk pembedahan aku kena call balik pihak hospital.

Itu salah satu persoalan yang membuatkan aku dalam dilema. Nak stapler atau dibedah.


Ini gambaran jika aku nak stapler.


Lepas tu lagi besar pen'dilema'an aku adalah mak aku.

Mak aku tetap tak nak aku buat pembedahan. Dia kata nanti lagi teruk. Nak berubat cara kampung. Sebab itulah aku tipu Dato'. Aku tatau apa alasan aku nak bagitahu Dato'.

Serius aku dalam kebingungan. Dilema. Aku jadi takut. Nak-nak bila tengok gambar ni.....

Sesiapa yang geli, boleh close. Aku tak paksa korang tengok. Aku sengaja kecilkan gambar ni sebab aku sendiri pun geli. Gambar ni menunjukkan tahap kritikal. Bila dah tahap kritikal macam ni, haruslah dibedah dengan segera. Kira level 4. Aku belum lagi, baru level 2.

Serius aku jadi takut. Bila difikirkan, aku nak cepat-cepat bedah buang benda alah tu. Tapi, disebabkan tak mahu jadi anak derhaka. Melawan. Tinggi suara. Aku ikutkan aja mak aku.

Mungkin cara kampung boleh elok. Siapa tahu?

Aku bukan tak percaya cara kampung. Tapi, ni melibatkan pendalaman. Kita mana tahu kalau benda tu betul-betul dah elok kan?

Aku akan bincang perkara ni lagi. Kalau jadi aku akan buat pembedahan pada bulan 8 :(.

.:. By .:.

Tuesday, May 25, 2010

Dapat 5 botol for gaviscon advance, 2 papan 4 gastric and 1 botol untuk senang berak.

Mesti dah boring kan? Asyik-asyik cerita my checkup. Dato' still nak operate tak pun stapler. For me, baiklah operation dari stapler. Stapler akan dibuat dalam keadaan sedar. Aku takut.

After operation, aku tak boleh bersukan selama 1 bulan. Pergh!!! Macam mana aku nak wakil company macam ni? Tournement netball bulan 7. Bulan 7.

Tapi, Dato' said benda ini tak payah nak rush-rush. Dato' bagi lagi 2 minggu. Then, decide and tentukan tarikh untuk operation.

Nak tahu cost untuk operation??? 10 k beb. 10 k. Kalau buat hantaran kahwin pun boleh tu. Kalau stapler RM2500. *lap air peluh*

Oh dalam dilema lagi. Nak ke taknak operate ini. Dato' asyik cerita pasal bersalin bla bla bla. Lagilah buat aku gerun.

So, untuk check up yang ini dapatlah hadiah dari Dato' :

5 botol for gaviscon advance, 2 papan 4 gastric and 1 botol untuk senang berak.


p/s : Dato' cakap buasir bukan disebabkan dari pemakanan yang pedas ok?? bukan cili!! Buasir adalah kerana disebabkan sewaktu kita meneran berak dan sembelit. Makanan pedas boleh memudaratkan buasir kerana boleh menyebabkan luka sewaktu kita membuang air besar. Itu saja info ringkas.


.:. By .:.

Oh aku kena checkup hari ini!!!

Minggu lepas, aku takut. Tapi, minggu ini aku terpaksa pergi. Dah set untuk kali keduanya. Kang tak pasal dato' mengamuk.

Aku tak bersedia lagi untuk di operate atau beroperate. Mak aku tak kasi sebenarnya, dia nak berubat kampung. Korang tahu ke apa-apa pasal perubatan kampung untuk buasir? Kalau ada yang tahu, sila bagitahu ya?

Kalau ikutkan hati yang gagah(poyo, bau hospital pun nak pitam) ini, nak je operate. Malas dah nak pikir. Orang cakap kalau operate, buasir tu akan jadi lebih besar. Betul ke??? Wuaaaaa!! Dugaan sungguh!!

Tapi, bila mak dah tak kasi. Aku rasa macam anak durhaka lak. Buat tanpa diredhai. Cewah! Kang apa-apa jadi masa dato' toreh ke tersekat apa-apa ke siapa nak tanggung? Eh dah macam bersalin lak.

Ermmm.....Tak tahu lah apa dato' nak cakap hari ini....


.:. By .:.

Wednesday, April 21, 2010

Chekup terakhir...

Bukan!!!! Ini bukan checkup terakhir. Ntah kenapa Dato' suka jumpa aku :D.

Act, semalam aku diskus dengan Dato'..aku nak operate ke taknak.

1. Jalan terbaik adalah operate.Sebab, aku perempuan. Buasir tu akan jadi besar secara pelahan. Nanti bila beranak, nak 'push' takut jubo dubur terkeluar.

2. Stepler. Ni pun boleh..Tapi agak sakit. Doktor lagi suka kalau buat operate. Aku pun suka sebenarnya. Boleh pengsan-pengsan :P.

Doktor bagi aku masa untuk fikir. Lagi sebulan, checkup lagi.

Oh ya, dengan hati yang tabah tak tabah sangat..aku dah bagi tahu mak aku. Mak aku suruh cara kampung.*ntah bila nak balik kampung. Ada sesiapa tahu tak, ada cara kampung?

Doktor tambah lagi ubat. Hah jadi 5 botol!! Sampai la ni aku tak makan lagi. Hadoiii

Oh ya alat inilah yang akan digunakan masa operate nanti. Tak macam gerudi ke?*gerun*

Aku nak bagi info pasal buasir.

Buasir ni bukan dari pemakanan je, tapi..

Penyebab buasir adalah, sembelit dan meneran semasa membuang air besar, struktur otot-otot dubur kenyal akan membengkak. Selepas otot itu kenyal, maka ia terkeluar dari anus. Proses ini sering diiringi dengan pendarahan.


.:. By .:.

Tuesday, April 20, 2010

Out ~ app with Dato'

Minta-mintalah, hari ini hari terakhir checkup. Last..... last..... tolonglah! Pada sudut hati aku, aku tak kena operate. Minta-mintalah. Tapi kata hati aku tetap mengatakan tak kena operate!!!!




Kalau kena operate, jangan aku buat muka macam ni sudah!





Motif? Terkejut beruk.

Bak kata Suci, Ichu...gelieeeeew je amik ambar*gambar cam ni...

(apsal budak sekarang suka taip sms banyak w kat belakang? Nina suka taip macam tu, naik juling aku baca sms Nina.)
.:. By .:.