Tuesday, May 25, 2010

Pakai braces sebab nak kuruskan badan??

For me, salah cara itu. Memang badan kita akan kurus sekejap (aku je kot). Sebab, masa mula pakai rasa tak selesa dan selera makan tak ada sangat.

Tak boleh kunyah makanan yang keras. Aku dulu makan bubur je. Bawang, daun sup, daun kuchai pun aku tak boleh nak kunyah. Memang bubur semata-mata.

Masa itu berat aku turun sampai 45 kg balik. Kerempeng. Muka pun cengkung.

Then, aku naik balik 50 kg. Sekarang, makan je apa nak makan.

Cuma kalau time tukar getah, rasa tak selesa balik dan kurang makan. 1-2 hari juga aku makan benda lembut. Pastu aku belasah habis. Tulang ayam pun aku boleh gigit :D.

Sesiapa yang kurus masa pakai braces tu, aku rasa diaorang jaga pemakanan.

Aku dengar ramai yang nak pakai braces untuk kurus. Aku rasa better control makan je. Tak payah nak habis duit sampai 5K pakai braces untuk kurus.

Ok?

Mak, walaupun mak tak bagi saya pakai warna pink lagi. Tetapi, saya tetap curi-curi pakai. Pakai getah warna pink di braces saya. Wakakakaka! *ampun mak*


.:. By .:.

4 comments:

C!kpuanmuda said...

by.. jangan pakai kaler2 la.. aku geli kalau orang pakai kaler2.. haha

Bai said...

CPM : hahaha! siot ko. semua kaler-kaler. Aku nak pakai putih, doktor tak kasi sebab nanti makan kari. lekat warna kuning dia cakap. lagi syadu nanti. hahaha

mrs shaifull said...

bai, sakit x?

Bai said...

mrs shaifull : tak sakit. cuma nikmat makan tak ada.