Oh ya. Braces sudahpun selamat dikebumikan oleh doktor gigi. Dipasangnya pula retainer. Kena pakai duapuluempat jam tanpa henti selama 6 bulan. Lepas tu kena pakai duabelasjam sehari.
Retainer.
Erm sangat sadis tahu??!! Makan pun rasa macam tak makan. Kunyah pastu telan... Jangan kurus sangat dah. Nanti baju pengantin semua londeh. LOL!
Retainer.
Boleh tanggal bila-bila masa. Suka hati kita! Itu yang nak didengar sangat tu! Doktor gigi cakap, "awak nak tanggal waktu sanding boleh.. tapi pakai balik lepas tu.." Tapi dalam hati, rasa nak cakap.... doktor, nanti nak cium cam ne? Tak ke pelik husband aku nanti. Wakakakaka. gatai! Tapi kang bila tanya, sure dia jawab..lu fikirlah sendiri :D.
Retainer.

Ha inilah bentuk retainer macam aku pakai. Kalau nak tengok real meh datang umah aku. Kalau korang nak tengok then suruh aku bukak depan korang...haraaaaaam aku nak buat cam tu. Sah-korang-muntoh-hijau-nanti.

Ni pula retainer juga. Tapi jenis plastik. Aku taknak jenis ni. Nanti lama-lama benda alah ni jadi nipis.
So sekarang sila panggil aku gadis retainer bukan gadis gigi besi lagi ya! :P
