Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Retainer. Dah rasa macam pakai gigi palsu T_T.

Oh ya. Braces sudahpun selamat dikebumikan oleh doktor gigi. Dipasangnya pula retainer. Kena pakai duapuluempat jam tanpa henti selama 6 bulan. Lepas tu kena pakai duabelasjam sehari.


Retainer.


Erm sangat sadis tahu??!! Makan pun rasa macam tak makan. Kunyah pastu telan... Jangan kurus sangat dah. Nanti baju pengantin semua londeh. LOL!


Retainer.


Boleh tanggal bila-bila masa. Suka hati kita! Itu yang nak didengar sangat tu! Doktor gigi cakap, "awak nak tanggal waktu sanding boleh.. tapi pakai balik lepas tu.." Tapi dalam hati, rasa nak cakap.... doktor, nanti nak cium cam ne? Tak ke pelik husband aku nanti. Wakakakaka. gatai! Tapi kang bila tanya, sure dia jawab..lu fikirlah sendiri :D.


Retainer.

Ha inilah bentuk retainer macam aku pakai. Kalau nak tengok real meh datang umah aku. Kalau korang nak tengok then suruh aku bukak depan korang...haraaaaaam aku nak buat cam tu. Sah-korang-muntoh-hijau-nanti.



Ni pula retainer juga. Tapi jenis plastik. Aku taknak jenis ni. Nanti lama-lama benda alah ni jadi nipis.




So sekarang sila panggil aku gadis retainer bukan gadis gigi besi lagi ya! :P


Saturday, September 11, 2010

Jawapan kepada soalan (Tentang braces)

Dipetik dari komen entry ini,


Saya student lagi and umur saya baru 18, saya punya gigi nak kata teruk takde la sangat, semuanya tersusun just that saya nak kena adjust gigi saya yang kedepan je lebih tu. But then nak pakai braces ni saya kena guna duit sendiri, saya nak tanya macam mana payment dekat clinic gigi kakak cause saya dengan willingly akan bayar guna duit scholar but if mahal sangat terpaksa la saya tunggu lagi beberapa bulan untuk next scholar saya :'(



Salam adik,

Payment untuk permulaan adalah RM 1800. Then, installment rm100-200 sebulan. Setiap 6 minggu sekali ada appointment, so tiap kali datang appointment tu kena bayar amaun installment tu.


Tak silap kakak, adik tak perlu nak bayar mahal-mahal. Just, pergi daftar kat HUKM or mana-mana klinik pergigian kerajaan. Bayar pun sikit lah sebab adik boleh guna student card tu. Cuma kena tunggu turn.


Kalau adik nak berjimat, pakai je student card. Lagipun adik baru 18 tahun. So banyak masa lagi untuk tunggu turn. Ok? Harap info ni dapat tolong adik.







.:. By .:.

Wednesday, August 25, 2010

By bukan By jongang.

Oh entry semalam tu, bukan aku marah ke apa. Cuma, aku tak paham dengan perangai sesetengah manusia. Buat apa aku marah, kang kurus pahala puasa aku :P.


Ok berbalik pada tajuk. Ramai gak yang tanya pasal braces. Budak kecik pun kadang-kadang tengok gigi besi, dia akan tanya.... Eeeee kak sakit tak pakai braces, berapa kos eik??


Di sini, aku nak sharekan serba sedikit info. Mana terkurang tu sila tanya... aku sedia menjawab. Hehehehe. Tak silap aku ada cerita kan sedikit pada entry-entry yang lepas. Tapi, mungkin tak clear.


Aku buat point. Senang sikit ok? Point-point ini adalah berdasarkan soalan yang selalu ditanya :D.



  • Kedudukan gigi sebelum pakai braces.
    • Kedudukan gigi adalah tidak jongang :P. Sebenarnya, gigi aku terpelencong sikit arahnya (jarang-jarang). Ni gara-gara main netball. Aku jatuh tersungkur masa lawan Sekolah Tamil. Lepas tu aku biarkan. Aku ingat tak effect apa-apa. Lagi pun duduk kampung manalah tau rawatan akar lah, braces bagai. So aku biarkan. Sampai lah satu tahap, keadaan gigi teruk. Sampaikan aku kena buat rawatan akar dan pakai braces.

  • Kena cabut tak gigi?
    • Untuk kes aku, tak kena cabut. Sebabnya kedudukan gigi jarang. Kalau berlapis dan terlebih aku rasa kena cabut. Pergi kilinik, xray dulu. Then, dentist akan suggestkan perlu atau tak gigi itu dicabut.

  • Kos.
    • Aku buat ni 5 k juga terbang. Tapi, aku tak bayar kedebuk (cash) la. Mahu aku makan pasir lepas tu. So, aku buat installment. 6 minggu sekali rawatan aku bayar dalam RM100-200. Tak de lah terasa sangat kan?

  • Sakit tak?
    • Dulu gerun jugak masa mula-mula nak buat braces. Orang cakap sakitlah, nanti melecur lah. Tapi, aku beranikan juga. So far, mana ada sakitpun. Bak kata Lucy sakit beranak lagi sakit :P. Cuma, pertama kali buat dan tiap kali tukar getah tak ada nikmat makan. Ko gigit la benda keras macam mana gaya pun, tak lut(tak boleh gigit)!

  • Berapa lama pakai?
    • Ermm...yang ni kena ikut keadaan gigi. For yang berumur sikit macam aku ni mungkin lama sikit lah. Sebabnya, gusi dah keras, kental! hahaha. Tapi, kes aku hanya 2 tahun insyaAllah. Lagi 3 kali tukar getah, aku dah boleh buang. Ada orang sampai 5 tahun pun tak tanggal lagi. Yang tu aku tak pasti kes apa.


Buat masa ini, yang ni dulu kot. Apa-apa boleh tanya di sini ;). Peace no war *tetibe*

.:. By .:.

Friday, May 28, 2010

Berita baik!!!

Oh ni cerita Sabtu lepas.Tak kira aku nak update juga :P.Aku tanya doktor gigi, bila aku boleh cabut braces ni. sebab aku nanti nak kawin wajib tanggal. nanti senyum nampak gigi besi dan lagi haru bila malam pertama. Hoooosh ^_^

Doktor cakap, lagi 3 kali appointmet aku boleh tanggal!!! Then, pakai besi sebaris tu je. Yahoooo!! Nanti boleh makan daging dengan senang lenangnya!!!

Tak lagi terlekat sana sini. Rasa diri ini pengotor okeh!

Susah tau nak jaga kebersihan bila pakai braces ni. Tiap kali makan, terlekat kat gigi.Nasi pun boleh terlekat tau. Kene bawak ke sana ke mari, berus gigi untuk braces T___T. Kang tak pasal senyum, nampak batang kangkung.

Oh. Tiap kali check mesti doktor ambil gambar gigi aku. Agaknya nak tengok perubahan. Agaknya. Jangan dia letak kat facebook pastu tag kat aku. Haru.

p/s: malas pula aku bidas teguran kat blog. Lantak p lah!


.:. By .:.

Tuesday, May 25, 2010

Pakai braces sebab nak kuruskan badan??

For me, salah cara itu. Memang badan kita akan kurus sekejap (aku je kot). Sebab, masa mula pakai rasa tak selesa dan selera makan tak ada sangat.

Tak boleh kunyah makanan yang keras. Aku dulu makan bubur je. Bawang, daun sup, daun kuchai pun aku tak boleh nak kunyah. Memang bubur semata-mata.

Masa itu berat aku turun sampai 45 kg balik. Kerempeng. Muka pun cengkung.

Then, aku naik balik 50 kg. Sekarang, makan je apa nak makan.

Cuma kalau time tukar getah, rasa tak selesa balik dan kurang makan. 1-2 hari juga aku makan benda lembut. Pastu aku belasah habis. Tulang ayam pun aku boleh gigit :D.

Sesiapa yang kurus masa pakai braces tu, aku rasa diaorang jaga pemakanan.

Aku dengar ramai yang nak pakai braces untuk kurus. Aku rasa better control makan je. Tak payah nak habis duit sampai 5K pakai braces untuk kurus.

Ok?

Mak, walaupun mak tak bagi saya pakai warna pink lagi. Tetapi, saya tetap curi-curi pakai. Pakai getah warna pink di braces saya. Wakakakaka! *ampun mak*


.:. By .:.

Sunday, November 22, 2009

Uncle Lim's VS bubur..

Semalam, pergi Ikea..Saja jalan-jalan, nak usha hadiah untuk budak office aku. Mula nak makan kat Ikea je, tapi teringin makan laksa asam kat kedai Baba Nyonya kat Ikano.

Bila sampai je, tengok kedai makan Baba Nyonya tu dah tutup. *kiciwa.


Pastu teringat Uncle Lim's. Kat situ ada asam laksa...

Uncle Lim.. Eh bukan ni anak sedara aku =P

Asam Laksa. Tapi tak sesedap la kat Baba Nyonya tu. Tak masam dan pedas!
Aku sedut je laksa ni. Aku tak leh kunyah. Kesian kan? :(


Disebabkan doktor telah memakai getah apa ntah kat gigi aku ni (ketat tau).Terpaksa lah aku bersarapan bubur + ikan bilis (aku kemam je) + ikan pekasam.

Itu pasal, orang pakai braces ni dikatakan orang yang nak kurus. Erk! Betulke ada yang pakai braces untuk kuruskan badan?

Saturday, November 21, 2009

Oh si Fakir (pisau cukur)!

Nak tahu? Nak tahu? Nak tahu? Nak tahu? Aku berjumpa dengan si gigi besi, Redza Mihat (sebagai Fakir dalam Pisau Cukur).


pict google-ed


Kebetulan, aku pergi awal ke klinik gigi hari ini. Naik-naik tangga. Tengok, eh macam si Fakir si gigi besi tu lah!

Pergh dup dap dup dap =P. Nak tegur malu..hihihihi

Kejap-kejap dia pusing senyum. *pengsan

Sempat lah aku snap gambar dia dari jauh =D.


Tu ha dia..main-main handphone. Nasib baik dia tengah dengar lagu. Kalau tak, mesti dengar bunyi kamera hp ni (lupa nak silentkan)=D.

~Kalau awak baca blog ni, saya lah perempuan yang bergigi besi yang kat Klinik tu, Fakir~

* kelip-kelip mata macam icon dalam YM =D *gedik macam Fazura

Secara fizikal, macam mana dia kat dalam filem Pisau Cukur tu..sama je dengan kat luar ;).

'Next app' agak-agak terserempak lagi tak? *wink

Friday, November 20, 2009

Kos braces

Lupa lak aku nak post entry mengenai kos braces ni. Sorry ye kawan-kawan. Ramai yang tanya aku berapa kos pakai braces. Tak silap aku ada buat entry pasal pakai braces ni.. Tapi aku tak nyatakan kos rawatan.


Ok kos rawatan adalah berjumlah RM 5 ribu untuk 2 tahun (terletak pada gigi individu itu sendiri, kalau gigi dia lambat bertindak balas maka lamalah). Ada gak yang pakai sampai 5 tahun.

Bayar untuk pendahuluan adalah berjumlah RM 1800. Ini memang syarat klinik gigi yang aku pergi.


Installment sebanyak RM100-150. Ni bayar setiap kali ada appoiment dengan doktor untuk menukar getah dan tengok tindakbalas gigi. Terletak pada orang tu, kalau dia nak bayar lebih pon boleh.

Klinik?


A 25 Jln Au2A/17

Taman Sri Keramat,

Kuala Lumpur

54200 Malaysia

(berdekatan dengan Texas Insrument)

No telefon? 019-3762518 . Eh ni no telefon klinik bukan aku. =P

Motif gambar diletakkan? Semua di cerita di sini! =D