Tuesday, August 3, 2010

Kejutan di kampung halaman...

Erm kejutan yang tak terkejut sangatlah...Ada je orang sms tanya kejutan apa kat kampung. Mungkin sebab entry aku yang lepas. Ada yang tanya " ko dah bertunang ke" Ye ye ye aku dah bertunang...


Bertunang dengan......



Cabonara Mushroom! Hahaha ok tak lawak. Memang dah lama jatuh hati tapi tak try buat. So last Saturday buat benda alah ni. Ni pun malas-malas. Beli yang instant sudah :D.


Ni bahan-bahannya. Aku gune Prego - Cabonara Mushroom.


Meetball buatan sendiri. Just daging cincang dan bawang india (dipotong dadu). Kepal-kepal supaya bila goreng daging tu tak berterabur bila digoreng nanti.


Mushroom mestilah letak dengan banyakkkk. baru sedap.


Mula-mula tumis bawang India yang telah dipotong dadu. Then letak prego cabonara mushroom tadi. Letak air sikit. Masukkan cendawan. Lebih kurang 3 minit angkat. Curah kuah yang dibuat tadi atas meetball dan pasta.


Tak sedap lah prego ni. Rasa macam maggi. Ahad buat lagi tapi aku letak susu dan lada hitam.


Jiran sebelah tanya ni "ni apa benda nama makanan ni"


"Pasta cabonaraaaaaa~"


"oooo sayonaraaaaa..."



Apa-apa je lah makcik. Asalkan habis licin :D.




.:. By .:.

6 comments:

zack_blossom said...

blh ikut resipi ni...
sedap...sedap....sedap.....

Bai said...

zack_blossom : boleh...kalau nak sedap tambah susu + lada hitam and chesse!

fabulous.farah said...

aku xpenah beli sos prego ni..xsedap eh..aku inagt instant ni lh sedap

Bai said...

f.f : tak..kalo tak edit sana sinun rasa macam maggi. baik buat sendiri :D

Lady of Leisure said...

oo kalau kepal2 daging tu goreng nanti tak pecah ek?

Bai said...

Lady : aah ah tak pecah. senang je tak payah nak campur dengan dgn tepung pun.

rasa dia macam meatball IKEA :)