Friday, September 24, 2010

Pembelanjaan untuk majlis itu...

Dah tak tahu nak update apa. Hahaha. Aku update pasal majlis itu la ok? Diingatkan bukan sangat teruja (sebab dah banyak entry pasal persiapan), tetapi untuk share. Dah tinggal beberapa belas hari lagi untuk majlis itu. Semoga berjalan dengan lancar dan Tuhan permudahkan segalanya. amin...



Cerita pasal pembelanjaan. Walaupun majlis tu tak adalah besar atau grand pun. Tetapi, aku rasa bajet tentang pembelanjaan ni penting. Nak-nak orang macam aku ni.. keluar je duit.. kalau kaya tak apalah.Ni tak, jenis tak sedar diri. Hahaha. So kali ini aku rekod semua pembelanjaan.



Dari majlis merisik sampai lah pertunangan. Dan, insyaAllah ke majlis kahwin pun aku akan rekodkan.



Dan aku pula jenis tak mengharapkan orang sangat. Bukan semua benda aku nak buat. Kalau ikutkan tulang 4 kerat ni tak mampu nak buat semua. Tapi, jenis aku dari kecil lagi memang tak pernah mengharapkan atau menunggu bantuan orang. Kalau ada yang nak membantu itu, alhamdulillah lah kan?



Ramai orang cakap, keluarga akan bantu. Memang... Skit-skit kita bantulah keluarga. Tak salah.. Kita belajar erti 'mencari duit'. Cewah! *nasihat konon*. Menggagau juga cari duit!



Lepas itu, aku ni jenis pelupa. Orang tanya aku mulalah aku duduk fikir apa benda barang aku nak kasi. So, dari nak elakkan semua tu... aku rekodkan semua dalam excell! Satu aku simpan. Dan satu lagi Wak Ajim simpan.

Thanks pada kawan-kawan B2b! Sedikit sebanyak membantu. Link anda ada kat side bar. Kalau ada yang mana By tak update, sila bagi link k!



p/s : lagi satu ada plan bulan oktober tu. lagi parah fikir duit. so rekod ni, buat aku sedar diri :P. Dan entry pasal persiapan ni aku dah minta permission dari beberapa pihak. Diorang setuju...

.:. By .:.

9 comments:

~zack~ said...

teringat mase kte tunang aritu..sungguh pening kepala bile mengingatkan perbelanjaan tuk majlis tu..nasib baik de adik beradik yg tolong....kalu x rase cam xnk tunang dh..=p

*bai..semoga semuanya dipermudahkan...=)

.::WaNiE::. said...

meh nak sponsor satu barang hantaran

mau?

heee

Byzura Mj (By) said...

zack_blossom : tu la kan? serabut sampai. Hihihi.

Z, sampai macam tu..? hehehe insyaAllah tuhan permudahkan jalan rezeki tu..

Byzura Mj (By) said...

WaNiE : ko bia betik? hehehe.

besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan (betul ke ayat ni). heh.

.::WaNiE::. said...

eh betul je

jgnla mahal2 sgttttt

kot ko mintak henpon ke ape mmg nak makan penampo

Byzura Mj (By) said...

WaNiE : hahaha. aku tak kisah ko nak bg apa pun...

.::WaNiE::. said...

hehehe brg hntaran ape yg ko tak beli lg

Byzura Mj (By) said...

sirih junjung,bekas bunga rampai n kek...lain dah

eh eh ada lagi...kasut wak ajim hahaha

.::WaNiE::. said...

ni ape citer niii

nak ke tak nakkkkk