Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Pembelanjaan untuk majlis itu...

Dah tak tahu nak update apa. Hahaha. Aku update pasal majlis itu la ok? Diingatkan bukan sangat teruja (sebab dah banyak entry pasal persiapan), tetapi untuk share. Dah tinggal beberapa belas hari lagi untuk majlis itu. Semoga berjalan dengan lancar dan Tuhan permudahkan segalanya. amin...



Cerita pasal pembelanjaan. Walaupun majlis tu tak adalah besar atau grand pun. Tetapi, aku rasa bajet tentang pembelanjaan ni penting. Nak-nak orang macam aku ni.. keluar je duit.. kalau kaya tak apalah.Ni tak, jenis tak sedar diri. Hahaha. So kali ini aku rekod semua pembelanjaan.



Dari majlis merisik sampai lah pertunangan. Dan, insyaAllah ke majlis kahwin pun aku akan rekodkan.



Dan aku pula jenis tak mengharapkan orang sangat. Bukan semua benda aku nak buat. Kalau ikutkan tulang 4 kerat ni tak mampu nak buat semua. Tapi, jenis aku dari kecil lagi memang tak pernah mengharapkan atau menunggu bantuan orang. Kalau ada yang nak membantu itu, alhamdulillah lah kan?



Ramai orang cakap, keluarga akan bantu. Memang... Skit-skit kita bantulah keluarga. Tak salah.. Kita belajar erti 'mencari duit'. Cewah! *nasihat konon*. Menggagau juga cari duit!



Lepas itu, aku ni jenis pelupa. Orang tanya aku mulalah aku duduk fikir apa benda barang aku nak kasi. So, dari nak elakkan semua tu... aku rekodkan semua dalam excell! Satu aku simpan. Dan satu lagi Wak Ajim simpan.

Thanks pada kawan-kawan B2b! Sedikit sebanyak membantu. Link anda ada kat side bar. Kalau ada yang mana By tak update, sila bagi link k!



p/s : lagi satu ada plan bulan oktober tu. lagi parah fikir duit. so rekod ni, buat aku sedar diri :P. Dan entry pasal persiapan ni aku dah minta permission dari beberapa pihak. Diorang setuju...

.:. By .:.

Friday, September 3, 2010

haiyak! bakul oh bakul. any idea?

Haritu pergi gatal cat bakul yang bewarna cokelat kepada putih. Rasa macam putih tu sweet plak. Macam english style, tak pun fullhouse. ngehngehngeh.


Tapi, bila dah siap. Macam ada yang tak kena. Tiba-tiba fikir, kenapa tak kilatkan sahaja warna cokelat tu! Tapi, tak boleh nak buat apa (kesal kemudian tiada gunanya). Dah cat putih dah pun. Then, gilapkan lagi dengan putih kilat. Ok skit.

Bakul yang dibeli masa vacation dulu. Dah berubah wajah kepada warna putih. Tapi nampak macam kosong kan? Mak cakap nanti letak bunga ok la... Sekarang memang nampak kosong... Tapi jari ni macam gatal nak tampal.... ermmm...






riben?



atau manik jenis ni?? Manik ni lawa juga. Nampak bling-bling sikit kan?

Ada ide tak?
(pict google-ed)

.:. By .:.

Thursday, September 2, 2010

DIY : bunga carnation

Lepas B2B, aku belajar perkataan DIY plak. Hahahaha! Gila hulu By ni. DIY (do it yourself). *boooo beramai-ramai*


Kalau korang perasan kat side tepi ni ada satu link web, DIY project. Asal ada entry baru je aku terjah. Banyak juga membantu. Lain-lain idea, aku google dan ada juga idea, dari belog rakan yang lain(terlalu banyak if aku nak senaraikan satu-satu).

Sila click gambar di atas untuk ke web tersebut ;)

Yeah! Berjaya?

Tatau nak buat apa dengan bunga carnation ni, untuk majlis nanti. Mungkin ada 2-3 project untuk bunga ini. Cuma sanggup atau tidak je.


Alah bisa tegal biasa!




.:. By .:.

Tuesday, July 27, 2010

Dugaan-NYA-

Kadang-kadang kita susah nak tapis dugaan. Kita terfikir kenapa dugaan itu datang. Aku pun macam tu gak. Kena lah fikir apa nak buat kan? Jangan hanya nangis dan termenung.



Sampai bila pun aku rasa benda tu tak selesai.



Tadi waktu lunch, aku saje sms akak aku. Tiba-tiba nak tanya dia. Aku memang selalu sms dia tanya pendapat...



Kalau orang nak kahwin, mesti ada dugaan ke? Sebab orang (aku) dengar ramai yang ada dugaan. Ada gak yang smooth je.



Ewah tak ada angin beliung ribut taufan, aku tetiba tanya akak aku...



Dan dia menjawab...



Kadang-kadang dugaan tu datang dari Tuhan. Kalau mu (akulah. dia bahasakan diri aku mu :D), hadapi dengan tenang bersama ok. Orang (akak aku) pun ada dugaan sebelum nak kahwin. Mu ingat ni. Kadang-kadang susah, so hidup kekal lama bersama. Dan dugaan tu lain org lain caranya.



Dan aku pun tercengang...


Sejak bila akak aku pandai berceramah. Kagum. Lalu terharu.



Tak pasal aku mengalir air mata..hahaha! buat malu je. Aku memang sentimental!


p/s : tak ada kena mengena aku nak bertunang ke apa. tu persiapan mental nak kahwin. Kena tanya orang yang makan garam dulu ;)



.:. By .:.

Wednesday, June 16, 2010

Kecantikkan kekal hak milik setiap insan....

Ok. Tajuk tak ada kena mengenapun. Hahaha! Dah tak tahu nak letak tajuk apa. Nanti kalau letak tajuk : Saya nak kahwin! Kang orang ingat aku gila meroyan nak kahwin. Tapi, memang gila pun.


Tipulah, kalau dah umur genap 28 tahun, tak ada hasrat nak kahwin. Aku rasa semua orang kepingin. Kecuali, memang dia dah tak ada perasaan.


Tipulah juga, kalau aku tak berangan kan?


Mesti lah berangan, nak kaler apa, nak pakai baju macam mana, nak buat macam mana, semualah.


Bila tengok gambar orang kahwin dalam internet ke magazine ke, memang aku senyum-senyum sorang. Ya aku mengaku, aku sendiri berangan nak pakai macam tu. Konon-konon nak ambil gambar macam tu. Kesian. Kesian wanita tua ini ^__^.


Dan setiap kali jumpa sedara-mara ke kawan-kawan ke.Mesti tanya bila nak kahwin. Dari bf dulu sampailah ada bf baru. Still soalan tetap sama.


Makcik-makcik pula, siap cakap umur 28 dah sepatutnya kahwin. Ya aku tahu itu.


Mana taknya, kalau dikalangan sedara mara akulah yang belum kahwin lagi. Batch aku semua dah kahwin. Malah ada yang muda dari aku pun, dah bertahun kahwin.


Kawan pula, semua dah beranak pinak. Ada yang dah capai 4 orang anak dah pun..


Tapi, nak buat macam mana jodoh tak kesampaian tak sampai lagi. So aku redha.


Tipulah kalau aku tak berdoa setiap kali aku sembahyang. Tengah drive pun aku berdoa. Agar-agar mamat macho kat sebelah jadi jodoh aku. Wakakaka. Tipu.


Jauh di sudut hati aku, aku mengakui aku juga kepingin nak bekeluarga. Tapi, apakan daya, semua itu jalan tuhan kan?


Sesiapa yang mengatakan aku dah tua bangka tu, ya aku mengakui. Kalau sesiapa yang kata aku dah habis getah, ya aku menafikan. Hahahaha! :P


Aku rasa aku dah merepek banyak ni...


Jom layan aku berangan. hihihi. Aku nak kumpul collection untuk bertunang dulu.


Sebelum kahwin, mesti bertunang dulu kan?

First aku sangat berkenan dengan kaler lemonade. Sangat!!! Lawa kan?

Nak nak bila tengok Aziz M Osman bertunang dengan Puteri Lily. Memang aku jatuh hati dengan kaler lemonade.

Lepas tu tengok Jimmy. Jatuh hati lagi sebab kaler pink.Hadoiya...

Korang yang dah bertunang dan ingin bertunang pilih kaler ape?????


p/s : mungkin membuat keputusan supaya memilih kaler peach + gold. Dan mungkin pink penambah seri ^___^.

.:. By .:.

Monday, May 17, 2010

Selamat bertunang...

OK selamat bertunang yang sudah bertunang. Eh bukan aku lah. Korang tertipu! Hahaha! Tu gambar aku verangan je tu. Kesian . Ada gaya tak? Muka lesu nak berangan bertunang :D. Ditambah pula muka yang sedang gelap sebab, sakan bermain futsal di Rentap Futsal.


Yang bertunang si Lin ni. Adik si Baby. Mak tumpang bahagia je lah!! B ko harus belajar untuk makeup aku lak nanti!! :D. Cun dowh ko makeup adik ko. Sesiapa nak sentuhan si Baby sila klik sini>>.... *komisen please*


Muka yang bengkak akibat nangis gaduh ngan boyfie bermain futsal, amatlah ketara!! Makeup habis cair. Panas dek non. Nak nak mak pergi belasah sambal tempoyak dengan rakusnya. Nasib baik sedawa tak keluar bau duren-duren. Hihihihi


.:. By .:.

Thursday, February 18, 2010

Just Engaged!

14.2.2010, tarikh keramat bagi aku. Heh! Mesti orang terkejut kan? 14hb haritu telah termatrinya adam dan juga hawa, terikatnya sesuatu ikatan sebelum ke alam perkahwinan. Eh tapi bukan aku. BFF aku, si Baby bertunang! Serius, aku happy sekali!

Hari Sabtu, aku dah bertandang ke rumah dia. Tolong mana yang patut :D. Aku memang minta excuse kat mak aku sebab nak raikan majlis ini sama-sama!

Dialah sahabat sejati, kekasih sejati...nangis sama-sama..suka sama-sama. Oit B! Ko nak tahu? Masa mak Along sarungkan cincin haritu aku mengalir airmata. Bukan sedih..Tetapi terlalu gembira! Hehehe... Dengan perasaan lega aku lepaskan kamu kepada Along :D.

Susah woo hati aku nak lepaskan ko. Tapi disebabkan Along bayar lebih, bodek lebih..Aku lepaskan ko :D. Hehehe!

Ini ada gambar yana aku snap dan edit :D.




Semoga kamu berdua berbahagia (macam wish orang dah kahwin lak :D)

Nak tengok lagi gambar-gambar atau cerita pertunangan, silalah ke blog Baby..

Nanti aku cerita lebih dari tuan pulak :D.. Weeee!!! Aku happy B!! Luv u :*