Monday, October 25, 2010

Produk penjagaan muka yang diyakini sekarang ;).

*senyum*


Aku akui..dulu memang tak jaga muka sangat. Masa sekolah menengah pakai sabun buku lux pun ok. Bila masuk unibersiti, aku notice..aku banyak tukar pencuci muka. Sampailah aku try dove(siapa yang terbaca entry lepas, mungkin tahu apa kaitan aku dengan dove). Mungkin muka aku tak sesuai.


Sampailah aku tukar loreal semula dan try bio enssence. Masih sama. .tiada perubahan.


Kalau dulu, jerawat selalu je kat batang hidung ni... Macam badak sumbu. Hahahaha. Sekalang (sekarang) tiada lagi wooo. Aku dah pakai produk ni hampir 3-4 bulan. Sungguh-sungguh berpuas hati. Kalau jerawat naik pun, time aku period je la. Tak pun time stress sangat.


Tapi, memang tak ada dah jerawat besar yang kelihatan seperti badak sumbu tu tumbuh. Alhamdulillah.. Sekarang tengah memikirkan vit E yang hilangkan parut. Ada cadangan tak?


Oh ye aku pilih Himalaya yang bahanya diperbuat daripada Neem. Baru aku tahu Neem tu adalah daun semambu. Kalau dari dulu, aku tahu daun semambu ni elok untuk kulit...dah lama aku tenyeh daun tu kat muka aku. Hahaha. Aku ingat daun semambu ni elok untuk chicken pox je.


Masa pergi Sabah aku try Neem Face Wash. Pencuci sebelum ni pun Himalaya, untuk oil control. Tu aku simpan kat kampung. Kira stok kat kampung lah.

Produk yang menjadi pilihan hati sekarang ;).


Dan kelmarin telah membeli ini. Notice juga, muka aku memang susah nak ngam dengan mana-mana moistorizer.


Aku cuba pakai siang dan malam


agar... kulit akan menjadi seperti ini...







Pangako Sayo~~~~


Kadang-kadang, aku bermonolog untuk diri sendiri. Dah la muka aku tidak seberapa lawanya, (tapi manis adalah~hahahaha) so kenalah jaga muka, pemakaian kan? Kadang-kadang tengok orang lawa tapi pandai jaga pemakaian dan kecantikan...so bonus untuk dia.. Tapi ada juga yang tak seberapa lawa, pandai jaga kecantikan, pemakaian. Ni pun bonus.... Dia ada kelebihan tentang tu. Ini monolog k. Bermonolog dengan diri sendiri.


Aku yang lemah tentang kecantikan;
.:. By .:.

8 comments:

Asrol said...

Da bape bulan ko pakai ni bai? elok x?

Aku plak baru jerk tukar pakai Garnier for Men.. macam best jugak tgk Himalaya nih..

Bai said...

3-4 bulan. elok..sesuai ngan aku..

ko kalau dah baru tukar..jangan tukar lagi..just wait for 2-3 bulan..tengok macam mana. kalo sesuai ko kekalkan..

Kasut Pink said...

untuk parut try pakai organic aid vitamin E.. So far sy pakai ngam.. Pakai b4 rido.. Insyallah..

Asrol said...

aku pakai krim retin-A. kene pakai malam jerk. smgu pakai la 2 3 kali. memula kene pakai tiap2 malam jugak. pastu da kurang baru kene kurangkan pakai. aku amik yg paling kuat. 1% kot. ada yang 0.3%, 0.1%.. jerawat mudah hilang.. sapu seluruh muka pada wktu malam jerk...

SuZiE said...

Aku pakai ape tau?? murah jer.. pakai bedak sejuk yg cecair dlm botol tuh.. nak pakai goncang dlu.. tau?? harga botol kecik dlm rm1.5o jer.. so far dah lebih 5thn aku pakai alhamdulillah sejak pakai tu (waktu mlm je) xnaik dah jerawat.. skrg tgl nak hilangkan parut jer.. haish susah tul nak hilangkan parut nih..

Bai said...

Kasut Pink : By try cream dia tak ngam.. mungkin kena pakai oil vit E tu...thanks for share info =).

Bai said...

Asrol : Krim retin-A untuk parut sekali ke tu?

Bai said...

SuZiE : aku pun pakai juga...seminggu 2 kali gitu =).

tu la parut ni agak bahana. hahahaha