Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Produk penjagaan muka yang diyakini sekarang ;).

*senyum*


Aku akui..dulu memang tak jaga muka sangat. Masa sekolah menengah pakai sabun buku lux pun ok. Bila masuk unibersiti, aku notice..aku banyak tukar pencuci muka. Sampailah aku try dove(siapa yang terbaca entry lepas, mungkin tahu apa kaitan aku dengan dove). Mungkin muka aku tak sesuai.


Sampailah aku tukar loreal semula dan try bio enssence. Masih sama. .tiada perubahan.


Kalau dulu, jerawat selalu je kat batang hidung ni... Macam badak sumbu. Hahahaha. Sekalang (sekarang) tiada lagi wooo. Aku dah pakai produk ni hampir 3-4 bulan. Sungguh-sungguh berpuas hati. Kalau jerawat naik pun, time aku period je la. Tak pun time stress sangat.


Tapi, memang tak ada dah jerawat besar yang kelihatan seperti badak sumbu tu tumbuh. Alhamdulillah.. Sekarang tengah memikirkan vit E yang hilangkan parut. Ada cadangan tak?


Oh ye aku pilih Himalaya yang bahanya diperbuat daripada Neem. Baru aku tahu Neem tu adalah daun semambu. Kalau dari dulu, aku tahu daun semambu ni elok untuk kulit...dah lama aku tenyeh daun tu kat muka aku. Hahaha. Aku ingat daun semambu ni elok untuk chicken pox je.


Masa pergi Sabah aku try Neem Face Wash. Pencuci sebelum ni pun Himalaya, untuk oil control. Tu aku simpan kat kampung. Kira stok kat kampung lah.

Produk yang menjadi pilihan hati sekarang ;).


Dan kelmarin telah membeli ini. Notice juga, muka aku memang susah nak ngam dengan mana-mana moistorizer.


Aku cuba pakai siang dan malam


agar... kulit akan menjadi seperti ini...







Pangako Sayo~~~~


Kadang-kadang, aku bermonolog untuk diri sendiri. Dah la muka aku tidak seberapa lawanya, (tapi manis adalah~hahahaha) so kenalah jaga muka, pemakaian kan? Kadang-kadang tengok orang lawa tapi pandai jaga pemakaian dan kecantikan...so bonus untuk dia.. Tapi ada juga yang tak seberapa lawa, pandai jaga kecantikan, pemakaian. Ni pun bonus.... Dia ada kelebihan tentang tu. Ini monolog k. Bermonolog dengan diri sendiri.


Aku yang lemah tentang kecantikan;
.:. By .:.

Wednesday, June 17, 2009

Berkebaya Ronggeng Rogayah

Gambar ni amik mase HSBB kick off...aku n iz saje je nak interprem lebey.kan iz kan??? hahaha biar mat saleh kagum ngan pakaian melayu..takde ape nak cite sgt...korang tengok je la eah..


HSBB tu high speed broadband..nak tahu sepenuhnya korang g la jenguk web TM (promote skit :p)



Cik By

Thursday, June 4, 2009

Yer..saya adalah si pemakai gigi besi braces

Ramai yang cakap sakit apabila memakai 'braces'.. Pada mulanya saya agak takut untuk membuat rawatan otho. Tetapi, setelah makcik saudara saya bagitahu bahawa tidak sakit, saya menjadi kuat semangat untuk meneruskan perjuangan di medan perang usaha saya untuk membetulkan gigi saya yang sudah senget benget akibat terjatuh ditolak minachi sekolah tamil dulu kemalangan.

Tidaklah sakit cuma tiada nikmat untuk makan dengan rakus. Susah nak kunyah benda-bendamakanan keras. Dulu saya agak sukar untuk tersenyum tetapi sekarang agak senang untuk tersengeh. Tetapi agak kaku, sebab saya memang susah nak tersengeh macam garfield!

Orang cakap muka saya macam garfield. Dulu saya adalah peminat garfield. Saya pakai beg sekolah pun beg garfield. Jangan tak tahu beg saya adalah bewarna PINK..ehehe..diulangi bewarna PINK! hehehe..

Cuba lihat diri saya, adakah saya macam garfield?? hahahaha!

Gambar di atas tu, adalah gambar saya sebelum saya memakai gigi besi 'braces'. Gambar di bawah pula adalah gambar saya tersengeh macam kerang busuk setelah memakai 'braces'! hahahahaha! Ada kawan saya cakap, saya buat 'botox'!

Tidak sampai setahun jagung saya memakai 'braces', gigi saya sudah bermesra dengan gigi sebelah-sebelahnya. Amat teruja untuk membuang besi-besi tersebut!


Sesiapa yang nak pakai 'braces', ingat pakai 'braces' tidak sakit ok!