Tuesday, November 2, 2010

DIY-DIY By!

Tuan punya belog sangat-sangatlah kedaung untuk update belog. Tak tahulah kenapa. Mood apa yang datang pun tak tahu. Mungkin tahun 2010 dah nak habis, maka hilanglah segala mood. Bukan mood update belog je, malah semua!


Ok jom kita review balik project - DIY aku nak?

1. Ingat lagi pada DIY pamendar ball? Klick sini.
Salah satu hasil pamendar ball adalah dijadikan hiasan untuk mini pelamin. Pamendar ball dijadikan bunga tingkat seperti dalam gambar di bawah. Kayu yang digunakan untuk stand adalah kulit kayu manis. Dicilok dari rumah kakak! =D.



2. Mini pelamin yang tak seberapa megah.
Ni pun hasil kreativiti sendiri dan ahli keluarga. Pamendar ball sekali lagi dijadikan sebagai penyeri. Dan minta mak beli bunga melur dekat kuil India untuk digantung selang seli dengan pomendar ball. Sekaligus menjadikan mini pelamin wangi!



3. Hiasan bunga atas meja makeup.
Ni last minit punya kerja. Tengok kosong je atas meja. Last-last pergi ambil botol ikea (koleksinya warna pink) susun atas meja makeup. Curi bunga mak sedikit! Nah sweet! *syok sendiri*



4. Doorgift belah lelaki, perempuan, kawan-kawan dan adik-adik kecil!
Dekat doorgift ada sedikit kekurangan dan kekeliruan. Dah buat post mortem tentang doorgift ni. InsyaAllah tidak akan berlaku lagi pada majlis nikah dan sanding nanti. InsyaAllah.

Doorgift kepada belah lelaki/tok imam/pakcik saudara.

Doorgift kepada belah lelaki (perempuan)/ makcik saudara.

-dua-dua doorgift di atas ni, aku just ikat yang riben dan letak tag-



Makcik saudara (sebab dalam tu ada dompet kecil)/kawan-kawan.



5. Veil yang menjadi pujian ramai.
Hiks. Tapi aku rasa biasa je. Aku letak beads dekat atas kepala. Sangat-sangatlah simple.

Oh ni datuk belah mak. Beliau berumur 90+. Terima kasih datang dari jauh T__T.


6. Kata orang, hantaran ni sweet!
Ni pun aku buat ala kadar je. Kerah tenaga yang ada. Just look simple dan tradisi skit. Sebab, hantaran belah wak Ajim nampak moden.



7. E-card hasil karya Marcos.
Dan last e-card. Marcos lukis dan aku design. Just simple design!



Done for my simple DIY!! Yeah! Nak fokus to my big day pulak! InsyaAllah.

10 comments:

Kasut Pink said...

Sweet je hantaran, E-card pon sama.. btw, botol ikea sama mcm kat opis kite.. beli sbb pink pon.. ngee

Bai said...

Kasut Pink : hihihi botol tu sebelum ni pun letak kat opis lama. pastu pindah. dah letak umah mak je. =D

littlehumblelynn said...

By

akak rasa sumer cantik..just simple & sweet!!nanti nikah mesti lagi cantik kan?

Bai said...

Kak Lynn : me kasih :). insyaAllah. ikut mana mampu..hihihi

Madi @ Aed said...

YA AMPUNN..SUME COMEL2..;D

Reen Tart Nenas said...

selamat sudah 1 bab :) kini bab seterusnya :)

Bai said...

Madi @ Aed : me kasih :)

Bai said...

Reen Tart Nenas : insyaAllah :)

mrs.spicy said...

ouh..vail ko aku suka jugak rasa macam nak kawen sekali lagi!

Bai said...

mrs.spicy : halamak!! tu ko kena buat photoshoot anniversary lah! =D