Showing posts with label gemiez. Show all posts
Showing posts with label gemiez. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

DIY-DIY By!

Tuan punya belog sangat-sangatlah kedaung untuk update belog. Tak tahulah kenapa. Mood apa yang datang pun tak tahu. Mungkin tahun 2010 dah nak habis, maka hilanglah segala mood. Bukan mood update belog je, malah semua!


Ok jom kita review balik project - DIY aku nak?

1. Ingat lagi pada DIY pamendar ball? Klick sini.
Salah satu hasil pamendar ball adalah dijadikan hiasan untuk mini pelamin. Pamendar ball dijadikan bunga tingkat seperti dalam gambar di bawah. Kayu yang digunakan untuk stand adalah kulit kayu manis. Dicilok dari rumah kakak! =D.



2. Mini pelamin yang tak seberapa megah.
Ni pun hasil kreativiti sendiri dan ahli keluarga. Pamendar ball sekali lagi dijadikan sebagai penyeri. Dan minta mak beli bunga melur dekat kuil India untuk digantung selang seli dengan pomendar ball. Sekaligus menjadikan mini pelamin wangi!



3. Hiasan bunga atas meja makeup.
Ni last minit punya kerja. Tengok kosong je atas meja. Last-last pergi ambil botol ikea (koleksinya warna pink) susun atas meja makeup. Curi bunga mak sedikit! Nah sweet! *syok sendiri*



4. Doorgift belah lelaki, perempuan, kawan-kawan dan adik-adik kecil!
Dekat doorgift ada sedikit kekurangan dan kekeliruan. Dah buat post mortem tentang doorgift ni. InsyaAllah tidak akan berlaku lagi pada majlis nikah dan sanding nanti. InsyaAllah.

Doorgift kepada belah lelaki/tok imam/pakcik saudara.

Doorgift kepada belah lelaki (perempuan)/ makcik saudara.

-dua-dua doorgift di atas ni, aku just ikat yang riben dan letak tag-



Makcik saudara (sebab dalam tu ada dompet kecil)/kawan-kawan.



5. Veil yang menjadi pujian ramai.
Hiks. Tapi aku rasa biasa je. Aku letak beads dekat atas kepala. Sangat-sangatlah simple.

Oh ni datuk belah mak. Beliau berumur 90+. Terima kasih datang dari jauh T__T.


6. Kata orang, hantaran ni sweet!
Ni pun aku buat ala kadar je. Kerah tenaga yang ada. Just look simple dan tradisi skit. Sebab, hantaran belah wak Ajim nampak moden.



7. E-card hasil karya Marcos.
Dan last e-card. Marcos lukis dan aku design. Just simple design!



Done for my simple DIY!! Yeah! Nak fokus to my big day pulak! InsyaAllah.

Tuesday, May 18, 2010

Kenali Byzura yang tak berapa kenal...

Eceh macam poyo lak. Nak muntah pun ada....:D. Aku pun nak muntah ni, isu banyak sangat. So ni aku curi masa, nak release tensen!! Curi ya curi. *honest*

OK nak tahu apa? Tanya je lah...

Oh tinggi saya adalah 163 cm. Dulu 162 cm. Saya rasa semakin tua, semakin tinggi.

Kalau boleh saya nak setinggi dia. Oh dia bukanlah boyfreind saya, tetapi kawan tapi mesra ^__^. Sila jangan jeles. Saya akan berlaku adil :D.

Badan saya tidaklah berketul seperti orang lain cakap. Ramai yang tanya, awak kuat sport mesti berketul. Oh tidak. Saya tak suka tengok wanita yang badannya berketul dan saya juga tak hingin berbadan ketul. Terima kasih.

Berat saya 50 kg. Saya pernah seberat 45kg. Tetapi, atas nasihat doktor..saya menambah ke 50 kg. Dan saya maintain itu. Cuma hajat dihati saya ingin kekal 48kg :D.

Saya kelahiran anak Pahang. Pahang. Tetapi ayah dan mak saya bukan...

Saya suka makan pedas. Semua benda saya bedal. Tak kisah lah apa pun. Janji boleh makan.

Birthday saya pada 24 Mei ....Nanti saya akan beritahu umur saya :D. Apa kes bagitahu tarikh lahir? :D.

Saya suka fikir blue

Saya belum berkahwin dan teringin kahwin :D

Dah cukup setakat ini. Ada lagi sila tanya....


.:. By .:.

Friday, April 16, 2010

Perasan tak perasan?

Aku dah tukar layout. Semalam sambil-sambil layan FULL HOUSE, aku design skali layout ni... :D

Cantik tak? Saja aku bagi mood budak-budak sikit. Nak kasi ceria.



Dan ini untuk blog novel aku. Design ala-ala jiwang gitu :P

(sila click untuk ke blog tersebut ;) )

p/s : kejap lagi aku update novel!!

.:. By .:.