Thursday, July 11, 2013

#DapurBy: Resipi pulut yang ditanak bersama mangga.


Amacam presentation? Ok? wakakaka.


Ok sebenarnya tak pernah tanak pulut. Serius tak pernah. So haritu saja try tanak pulut sebab diri ini kepingin nak makan pulut dengan rendang dan pulut mangga. Hoverkan? Semua pun nak pulut. Tak susah rupanya tanak pulut ni. Aku jenis malas sikit nak tanak pastu kukus bagai. So aku guna cara letak, masak dan angkat. Hehehe. Ok ni resipinya ya :

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan air
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 3 cawan santan
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 biji mangga (aku suka buah lebih :D) 


Cara-cara:

Tanak pulut : bersihkan  beras pulut dulu. Lepas tu masukkan 2 cawan beras pulut tadi ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Kalau 3 cawan beras pulut, maka 3 cawan air. Ok? Lepas tu, masak macam masak nasi tapi dengan api yang pelahan ya. Jangan kacau, tutup terus periuk tadi. Dalam 15 minit tengok, agak-agak dah masak angkat.


Untuk kuah : masak santan dan kacau, dan kacau. Jangan tinggal nanti berketul. Lepas tu letak garam. Agak pekat angkat. Kalau nak sejuk, santan yang dimasak ni masukkan dulu dalam peti ais. Nanti keluarkan dan letak atas pulut yang dimasak tadi bersama mangga.


Sejuk anak tekak wa cakap lu! :D.



Ok selamat mencuba!


+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

wahhh buat dessert pon sodap ni.

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara: memang sedap! hihihihi