Showing posts with label dapur by. Show all posts
Showing posts with label dapur by. Show all posts

Monday, May 19, 2014

#DapurBy: Ketam Kam Heong.

Hai semua! :D.


Dah lama tak share resipi masakan kan? Ni free sikit boleh la up resipi. Hehehe. Ketam Kam Heong ni memang kesukaan aku dan wak. Errrr wak? Wak lepas bertunang baru minat kot makan ketam kam heong ni. Hehehe. Selalu lah pergi makan dekat area muara Port Klang tu. Nak-nak masa mengandungkan Faris. Hihi.


So sekarang dah lama tak pergi sana, marilah kita mencubanya di rumah sahaja.


Bahan-bahan:

4 ekor ketam dipotong 4
2 sudu besar udang kering*
1 biji bawang putih*
4 biji bawang merah*
3 sudu besar cili boh
5 biji cili api (terpulang kalau nak pedas tambah lagi cili api)*
3 sudu cili boh
daun kari


(tumbuk bahan bertanda*)

Cara-cara:

Goreng dahulu ketam separuh masak. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan cili boh sampai garing. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pula ketam dan last sekali daun kari. 


Siap!


Makan dengan nasi panas. Perghhh kebabom! Hihihi. Selamat mencuba.



+ By +

Wednesday, July 24, 2013

#DapurBy : Singgang tulang resipi mak.

Hai-hai.


Dah petang mula lah fikir apa nak masak untuk menu berbuka kan? Kadang-kadang berangan nak masak itu ini. Tapi, bila kat dapur, jadi lain hahahaha. Tu aku la. Orang lain aku tak tahu :P.


Hari itu, nak sangat berbuka dengan singgang tulang yang mak selalu masak.So buatlah. Sedap sangat makan dengan nasi panas dan telur masin. Perghhh! Naik selera aku.Bertambah-tambah. Rasa dia ala-ala sup Thailand. Pedas dan masam-masam.



Ni lah rupanya singgang tulang yang tak seberapa indah hehehe.


Bahan-bahan:
5 ketul tulang lembu
1 sudu besar ketumbar
2 bawang merah
bawang putih sebiji
cili kering 5 biji 
halia
cili api
limau nipis



Cara-cara :
- rebus tulang sampai agak-agak empuk
-masukkan ketumbar bawang putih yang di sudah ditumbuk
-masukkan cili kering yang ditumbuk [biarkan selamat 5 minit]
- masukkan garam
-hiriskan bawang merah dan halia dan masukkan ke dalam singgang tadi
(dah siap)
- taburkan cili api dan hirisan limau nipis.

sedia untuk makan :).




Selamat mencuba.










+ By +

Saturday, July 20, 2013

#DapurBy: Masak ketam kari kering.

Ketam. Ketam memang aku suka gila gila. Sedap ok. Tapi lain pula dengan wak, dia kurang suka ketam. Masa kitaorang mula-mula kawan, aku ada tanya dia kenapa tak suka ketam. Dia cakap dia malas nak kopekkan kulit..then dia tak pandai sangat nak cungkil untuk ambil isi ketam tu. Ok alasan kedua aku terima. Alasan first sebab malas tu adalah sangat rugi! Hehehe.


So masa kitaorang berkawan, aku selalu ajak dia makan seafood. Then orderkan ketam. Ketam nipah. Hahaha. Lagilah agak cerewet nak ambil isi. Kena kepit bagai. Mula-mula wak makan, habis terpecik sambal kat baju. Hahaha. Tapi at last dia pandai dah. Siap kopekkan untuk aku. So aku masak ketam, dah tak ada masalah bagi dia


Eh ingat zaman muda remaja lak :).


Ok resipi hari ini dari #dapurby adalah ketam masak kari kering.



Kari masak kari kering.


Bahan :
Bawang besar
Cili boh
Serbuk kari
Garam
Daun kari
Sos cili



Cara:
-panaskan minyak.
-tumiskan bawang dan cili boh sampai naik minyak. 
-masukkan cili sos sedikit. Dalam satu sudu pun dah cukup.
-masukkan serbuk kari dan kacau.
- tuangkan air.
-masukkan ketam dan kacau.
(Air tadi letakkan  lebih sikit)
-masukkan garam dan secubit gula.
- kacau dan tunggu sehingga kering.
-agak-agak dah kering sedikit masukkan daun kari.


Dah kering betul baru angkat. Amacam simple tak? Oh ya bahan-bahan tu korang agak-agakla ya. Ikut banyak mana ketam tu.


Simple kan. Aku tak masukkan santan. So tak payah nak kacau banyak kali. Hehehe.



Ok selamat mencuba!







+ By +

Friday, July 12, 2013

#DapurBy : Masak lemak putih bayam.

Dulu tak beberapa gemar masak lemak sayur...kecuali masak lemak sayur pucuk labu. Tapi, kat sini susah sangat nak cari sayur pucuk labu. So kena ubah resipi ke masak lemak putih bayam. Terpaksalah sebab anak tekak nak makan sangat. Bayam pun bayamlah. 


Masak lemak putih ni tak tumis apa-apa tau, main campak-campak je, senang sangat. Ok nak tahu cara? Tengok senarai bahan dan cara seperti di bawah :


Masak lemak putih bayam

Bahan :
3 bawang kecil
1 sudu besar lada itam
2 cawan santan
 satu ikat kecil bayam
11/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Masukkan santan dalam periuk dan masak. Campak bawang kecil dan lada hitam yang telah di tumbuk. last masukkan garam dan sayur. Mendidih angkat. Senang kan? Sedap wa cakap lu...


Nak nak ada ikan keli goreng!


Dan


Sambe Ijo (sambal hijau). Tapi aku punya tak berapa nak hijau sebab aku pakai cili kampung. Kang pedas.




Untuk legakan perut setelah makan bertambah-tambah, minumlah air lemon ais + madu! Yumsss!



+ By +

Thursday, July 11, 2013

#DapurBy: Resipi pulut yang ditanak bersama mangga.


Amacam presentation? Ok? wakakaka.


Ok sebenarnya tak pernah tanak pulut. Serius tak pernah. So haritu saja try tanak pulut sebab diri ini kepingin nak makan pulut dengan rendang dan pulut mangga. Hoverkan? Semua pun nak pulut. Tak susah rupanya tanak pulut ni. Aku jenis malas sikit nak tanak pastu kukus bagai. So aku guna cara letak, masak dan angkat. Hehehe. Ok ni resipinya ya :

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan air
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 3 cawan santan
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 biji mangga (aku suka buah lebih :D) 


Cara-cara:

Tanak pulut : bersihkan  beras pulut dulu. Lepas tu masukkan 2 cawan beras pulut tadi ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Kalau 3 cawan beras pulut, maka 3 cawan air. Ok? Lepas tu, masak macam masak nasi tapi dengan api yang pelahan ya. Jangan kacau, tutup terus periuk tadi. Dalam 15 minit tengok, agak-agak dah masak angkat.


Untuk kuah : masak santan dan kacau, dan kacau. Jangan tinggal nanti berketul. Lepas tu letak garam. Agak pekat angkat. Kalau nak sejuk, santan yang dimasak ni masukkan dulu dalam peti ais. Nanti keluarkan dan letak atas pulut yang dimasak tadi bersama mangga.


Sejuk anak tekak wa cakap lu! :D.



Ok selamat mencuba!


+ By +

Wednesday, July 10, 2013

#DapurBy: Resipi Tiramisu.

Dah lama sebenarnya nak buat Tiramisu ini. Tapi masa, bercampur dengan malas asyik tangguh je lah. Hehehehe. Isnin baru ini, baru kesempatan buat :). Oh aku memang suka tiramisu, kek-kek yang ada cheese dan sebagainya. Pendek cerita, aku adalah orang yang suka makan apa sahaja. Hahaha.



Ok bahan-bahan adalah seperti di atas. Rasanya aku tak payah nak taip segala kan? Hehehe (Ikut step kat bawah, bahan-bahan kat atas ada aku terangkan dalam step ya!). Biskut yang belakang itu, nama dia biskut ladyfinger. Senang beli yang dah siap :D. Aku ada google, ada orang guna kek, ada orang guna biskut marrie pun jadi untuk buat tiramisu ni.So korang boleh la ubah biskut ladyfinger kepada kek ke? Terpulang.


Untuk celup biskut itu, aku tak guna nescafe, aku guna serbuk koko. Aku jenis yang tak boleh nak hadap kafein. Kalau hadap, mesti aku jadi lalok. Tak tahulah kenapa. So aku tukar resipi Tiramisu ini. Hehehe Suka-suka je kan?


Ok memula aku mixer-kan 1 ketul cream cheese, 2 kotak kecil whipping cream dan 1 petutup botol esen vanilla. Mixer-kan sampai sebati. Then masukkan 1 cawan gula icing. Jangan letak gula banyak sangat sebab, biskut ladyfinger tu dah manis. 



Dah siap bahan di atas, celupkan biskut ladyfinger ke dalam air koko tadi. Tapi jangan lama-lama, lunyai lak biskut tu nanti. Hahaha. Lepas celup, susun dalam bekas. 


Macam ini...


Dah susun, sapukan bahan yang di mixer-kan tadi ke atas biskut yang di susun ke dalam bekas. Lepas tu, taburkan dengan serbuk koko.



Nampak, jelas? Ha lepastu ulangi semula dengan susun biskut ladyfinger dan kemudian topping! Lagi banyak topping lagi sedap ;). Lemak berkrim!



Ok dah siap, simpan dalam peti ais. Tak sampai 2 jam boleh makan dah. Tapi kalau cukup kesabaran, tunggu 10 jam selepas itu. Perghhhh rasa lagi mengancam! Tak percaya??




Cubalah dulu ;)




Suami cakap, rasa dia macam choc indulgence. Hewhewhewhewhew. 



Selamat berbuka puasa ;).



+ By +

Friday, May 31, 2013

Nasi tomato cinta. Ecececece.

27 May.

Adalah hari pernikahan aku dan wak 2 tahun lepas. Ya kira hari ulangtahun perkahwinan kitaorang yang kedua :D. Alhamdulillah Tuhan masih bagi peluang untuk bersama.


Semoga bahagia dan bersama dunia akhirat.


Sambut mana? Tak sambut memana actually. Tiba-tiba macam both of us tak terfikir pula nak beli tiket ke nak bercuti ke mana-mana. Hahaha. Terukkan? Maybe next time kot yang? :P. *hins *hins.


Nak kata hadiah pun macam arrr tak. Tapi wak dah kasi aku mesin jahit birthday + ulangtahun hehehe. Ok la tu. Nak minta lebih-lebih pun beragak lah juga. Hehehehe.


Aku? Lagi la tak beragak. Tak bagi apa-apa pun. Hanya ucapan dan.....





Masakan :D. Nasi tomato cinta untuk suami daripada isteri solehahahahah hakhakhak. Ok la kan dari takda. 


Act wak suka makan. So fikir punya fikir baik aku masak sesuatu. Sesuatu? Ya aku tak pernah masak nasi tomato tau. Hahaha. Ni first time. Betul tak tipu. Dulu tak pernah nak try masak sebab nak fikir bahan-bahan dia, malas. Macam menyusahkan. Tapi ya ampun senang je laaaaaaaaaaaaaa! Simple resipi by me ecececece. 


Then, nak lagi nampak istimewa aku buat juga oreo blanded (wak memang suka air ala ala gadis :P) dan nasi tomato tu buat bentuk love.


Makan dengan rasa tak malu cinta. Wak makan sampai 3 pinggan! Puas hati. Lepastu tidur dengan lena :D.



+ By +

Friday, November 18, 2011

Percubaan membuat chicken cop

Dua hari lepas tak silap. Ntah kenapa rajin pulak nak memasak. Tapi, takut juga nak berdiri lama-lama masa memasak tu. Sebab, next week ada 2 kali checkup so kena jaga kesihatan. Takut kencing darah lagi (yang mengikut doktor, aku tak boleh berdiri lama..dia suruh elakkan).


So, Nina lah yang membantu. Aku sediakan barang masak, dia tukang tengok-tengok atas dapur.


Dan hasilnya..














Tada~


Walaupun masin sedikit tapi licin! Oh i like!! Hihihi.


Ok peeps! Salam Pagi Jumaat~