Wednesday, July 10, 2013

#DapurBy: Resipi Tiramisu.

Dah lama sebenarnya nak buat Tiramisu ini. Tapi masa, bercampur dengan malas asyik tangguh je lah. Hehehehe. Isnin baru ini, baru kesempatan buat :). Oh aku memang suka tiramisu, kek-kek yang ada cheese dan sebagainya. Pendek cerita, aku adalah orang yang suka makan apa sahaja. Hahaha.



Ok bahan-bahan adalah seperti di atas. Rasanya aku tak payah nak taip segala kan? Hehehe (Ikut step kat bawah, bahan-bahan kat atas ada aku terangkan dalam step ya!). Biskut yang belakang itu, nama dia biskut ladyfinger. Senang beli yang dah siap :D. Aku ada google, ada orang guna kek, ada orang guna biskut marrie pun jadi untuk buat tiramisu ni.So korang boleh la ubah biskut ladyfinger kepada kek ke? Terpulang.


Untuk celup biskut itu, aku tak guna nescafe, aku guna serbuk koko. Aku jenis yang tak boleh nak hadap kafein. Kalau hadap, mesti aku jadi lalok. Tak tahulah kenapa. So aku tukar resipi Tiramisu ini. Hehehe Suka-suka je kan?


Ok memula aku mixer-kan 1 ketul cream cheese, 2 kotak kecil whipping cream dan 1 petutup botol esen vanilla. Mixer-kan sampai sebati. Then masukkan 1 cawan gula icing. Jangan letak gula banyak sangat sebab, biskut ladyfinger tu dah manis. 



Dah siap bahan di atas, celupkan biskut ladyfinger ke dalam air koko tadi. Tapi jangan lama-lama, lunyai lak biskut tu nanti. Hahaha. Lepas celup, susun dalam bekas. 


Macam ini...


Dah susun, sapukan bahan yang di mixer-kan tadi ke atas biskut yang di susun ke dalam bekas. Lepas tu, taburkan dengan serbuk koko.



Nampak, jelas? Ha lepastu ulangi semula dengan susun biskut ladyfinger dan kemudian topping! Lagi banyak topping lagi sedap ;). Lemak berkrim!



Ok dah siap, simpan dalam peti ais. Tak sampai 2 jam boleh makan dah. Tapi kalau cukup kesabaran, tunggu 10 jam selepas itu. Perghhhh rasa lagi mengancam! Tak percaya??




Cubalah dulu ;)




Suami cakap, rasa dia macam choc indulgence. Hewhewhewhewhew. 



Selamat berbuka puasa ;).



+ By +

3 comments:

safurara said...

okay dh bookmark.t nk buat leh rujuk sini je.thanks dear =)

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : thanks n welcome :). Ok nanti try la :D.

Anonymous said...

Sedapnye .. boleh buat nnti .. tq dear for sharing ..