Thursday, September 26, 2013

#DapurBy:Puding di Raja Pahang.

Pagi-pagi kita post entry resipi ok? Hehehehe Curi masa sekejap. Just nak clearkan mata ini asyiklah mengadap coding bla bla. Pftttt. Sekala sekala kena rehatkan mata kan? Janji kerja siap :P. 


Ok kali ini nak share resipi Puding di Raja Pahang. Untuk aku juga entry ini. Kot kot terlupa resipi, leh tengok kat blog. Resipi turun temurun mak dan saudara, so sayang kalau hilangkan. Banyak lagi perlu belajar ini. Dah pass belajar nasi kerabu, nasi dagang belom!! 


Mak selalu pesan kat aku, selagi dia ada ini lah belajar resipi mana aku suka dengan dia. Manalah tahu TUHAN ambil nyawa dia, tak sempat aku adik beradik nak belajar T_______T. 


Ehhh taknak sedih-sedih selagi mampu, kita belajar kan? Hehehe. Ok ini resipinya.


Puding di Raja Pahang.


Bahan untuk kuah:
- 1 tin susu cair ideal.(Lain-lain brand aku tak suka sebab ada yang berbau hanyir. So aku prefer IDEAL)
- 1 1/2 cawan gula ising (kalau gula kasar lain sukatan sebab lagi manis)
-1 biji telur (ambil kuning sahaja)
- 1 sudu kecil esen vanilla

[Bahan di atas di kepok (kacau sampai berbuih tanpa letak kat atas dapur dulu) sampai sebati]**


Bahan lain-lain:
- 12 biji pisang lemak manis (digoreng garing dan sukatan ini adalah untuk 6 biji mangkuk seperti kat atas tu. Satu mangkuk, aku letak 2 biji)
- Buah prune
- Gajus goreng
- Ceri dan buah kiwi.(aku tak ada ceri dan kiwi so aku letak choc kecik-kecik tu je bagi warna warni sikit hehehe)


(dan kalau rajin korang buat lah macam Pekan style, letak jala emas. Aku tak suka sebab manis)



Cara-cara: Masukkan bahan ** untuk kuah dan kacau dengan api yang pelahan sampai separa pekat. Dah siap cuah je atas buah pisang yang disusun rapi. Pisang goreng itu, disusun selang seli dengan buah prune dan gajus. Ceri dan kiwi sebagai  hiasan. Dan jangan lupa letak dalam peti ais dulu. YUMsssss!


Ada yang tanya aku, boleh tak nak masukkan choclate chip? Bagi aku, tak sesuai sangat sebab dah manis. Dan choclate chip itu akan menganggu rasa puding. Apa-apapun ikut citarasa masing-masing.


Selamat mencuba!








+ By +

No comments: