Monday, May 19, 2014

#DapurBy: Ketam Kam Heong.

Hai semua! :D.


Dah lama tak share resipi masakan kan? Ni free sikit boleh la up resipi. Hehehe. Ketam Kam Heong ni memang kesukaan aku dan wak. Errrr wak? Wak lepas bertunang baru minat kot makan ketam kam heong ni. Hehehe. Selalu lah pergi makan dekat area muara Port Klang tu. Nak-nak masa mengandungkan Faris. Hihi.


So sekarang dah lama tak pergi sana, marilah kita mencubanya di rumah sahaja.


Bahan-bahan:

4 ekor ketam dipotong 4
2 sudu besar udang kering*
1 biji bawang putih*
4 biji bawang merah*
3 sudu besar cili boh
5 biji cili api (terpulang kalau nak pedas tambah lagi cili api)*
3 sudu cili boh
daun kari


(tumbuk bahan bertanda*)

Cara-cara:

Goreng dahulu ketam separuh masak. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan cili boh sampai garing. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pula ketam dan last sekali daun kari. 


Siap!


Makan dengan nasi panas. Perghhh kebabom! Hihihi. Selamat mencuba.



+ By +

No comments: