Showing posts with label air asia. Show all posts
Showing posts with label air asia. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Air Asia free seat kembali!

Hari ni dah masuk 2 hari pening kepala. Tak tahu lah kenapa. Sedang enak mencuci mata. Terlihat Air Asia free seat..


Dan telah dipersetujui oleh badan-badan berkanun bahawasanya aku tak boleh beli tiket lagi... tskk. tapi tiket honey moon tu mungkin boleh..


so any suggestion???



Bali? Phuket? Hongkong? Mana best?? Cukuplah tempat yang boleh buat anak romantik dan berpatutan. Hihihi.


.:. By .:.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan dan amalan semperna Ramadhan :)

Wah title macam skema je kan? Semperna Ramadhan ni ayat kena manis, tulus dan mulus, lemah lembut gelamai. Heh. Banyak benda kena cover :).


Okla, semperna Ramadhan ni kita kekalkan akhlak mulia. Jangan mengata-ngata di belog mahupun di FB. Kalau ada salah silap mohon dimaafi. *Dah macam pantun pulak*


Salam Ramadhan ya semua. Rasa belog ni dah 2 kali sambut Ramadhan. Taniah belog!


Dan semperna Ramadhan...aku dah buat amal ibadat yang amat beharga!!! Aku dah menempah tiket ke suatu destinasi untuk family!!!


Dan dan dan.... akhirnya aku berjaya membuat pembayaran online (di sini ), dari pagi aku pulun sambil buat kerja. Sori bos! *tabik hormat*. Janji kerja siapkan? :D *rasa nak nangis bila transaction tu berjaya. Iz wa sudah faham perasaan kamu masa booking pukul 4 pagi itu. hahaha*



Hanya bercuti dalam Malaysia je... Sebenarnya nak bawa ayah naik kapal terbang. Kita tengok dia ketar lutut ke tak?!!!Ayah jangan cakap besar hokeh!:B


Kami dah berjaya. Anda bila lagi?



p/s : sorry entry tuan punya belog macam teruja. Bukan apa just gembira dapat bayar! Susah lol tiket online ni. Selalu je kena isi data banyak kali!



.:. By .:.

Friday, May 28, 2010

Peringatan!

Jaga diri baik-baik bila berada di luar negara(eceh macam jauh nor pergi). Baiklah~



Berjimat cermat, beli apa yang patut...Nanti tak boleh balik sini,tak ke haru? Baiklah~ * lagi bagus. tak yah nak mengadap kerja :D.



Kalau terjumpa pakwe-pakwe macho, please jaga kelakuan. Baiklah~



Berpakaian cun semasa di sana. Baiklah~ Motif?



Semua sudah packing. Tunggu nak jejak kaki ke LCCT je @__@. Perasaan gembira serta berbau risau juga ada.



Aku mungkin tidak update blog selama 6 hari. Lamakan? Pasti rindu. Hahaha. Perasan.



Kalau korang nampak sarang labah-labah kat sini ok lagi. Tapi kalau dah kena hack blog aku ini, korang email aku secepat mungkin ok?!!



To my mr. senget. Tolonglah jaga blog ini :D. Dan jaga diri bebaik. Kalau ternampak mr.senget dengan perempuan lain, warning je tak yah minta permission aku :D. *sumpah geli nak baca ayat ini*. Inilah pengarang jantung hati aku buat masa sekarang. InsyaAllah akan diikat dengan tali tangsi yang kukuh. Doakan kami. InsyaAllah. Tapi, sebelum warning tanya dulu. Kang mana tahu dia keluar dengan mak aku ke. Tak ke haru? Motif letak gambar mr.senget? Sebab, nak kenalkan kat korang ^__^.*tutup muka*





.:. By .:.