Showing posts with label Abu. Show all posts
Showing posts with label Abu. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Abu masuk wad!

OK. Dah malas nak cerita pasal persiapan itu. Kang banyak sangat post pasal tu, muntah pulak 'korang'. Bukan merujuk pada korang semua ok. Merujuk kepada anon.


Oh hari ni adalah hari Abu masuk ward. Yes Abu. Nama timbangan kereta. Hihihi. Pukul 4.30 petang kang.. Sebabnya Abu nak buat premium service! Duit lagi...Haih. Macam air duit sekarang. -_-"


Tak apalah Abu, ko dah banyak berjasa pada Cik puan Braces ni.


Semalam punya cerita, Abu tak boleh nak start. Sebabnya, air bateri dah habis! Eh kalau dry kan selalunya 2 tahun baru tukar, kan? Rupanya, aku kena tipu -_-". Kesian perempuan. Macam ni lah perempuan kalau ada kereta. Perempuan tu merujuk pada aku lah. Hahaha.


Rupanya, bateri tu kena reload air. Ades. Apa jadah haram aku tak tahu. Kalau minyak hitam aku tahu lah :D. Lain-lain failed!


Moral of the story, aku kenalah ambil tahu pasal Abu. Kan senang kalau kaya dan ada driver. Doraemon!!!


.:. By .:.

Friday, June 11, 2010

Pedepeeekkk . good try bebeh!!

Pagi tadi. Tengah drive, mata aku pun layu-layu lagi. Macam nak tutup lagi. Tapi, tak boleh sebab KL tengah banyak kereta. Nanti berlanggar pula. Tapi, kalau ada mamat macho dekat sebelah sure mata bukak punya. Ni tak, semua apek-apek tua pergi kerja. Mana pergi mamat macho? EH.

Pedepeeeeekkk!! Terus mata aku terbukak luas..Dem!!!!


-
-
-





-


Ikut tepi sebab nak ambil gambar ^_^. Nampak? Tahi burung!!! Dan dan pulak, air wipper kereta aku habis. Huk huk huk huk. Saja ko ya burung?? Kereta aku ko pilih?

Tak pe. Tak pe. Ada hikmah. Heh. Hikmahnya aku perlu cuci kereta setelah sebulan tak cuci :D.


.:. By .:.

Thursday, December 24, 2009

Mahal atau murah?

OK. Michelin for Abu.


Baru tak baru gak la kehabisan duit. Gara-gara kaki Abu dah botak. Fewwh. Tak tukar nanti tayar pecah macam mana? Aku tak kawin lagi. Heh kurang amal lagi :D.


Nak tukar yang second hand murah memang murah, tapi macam tak berbaloi lak. Kejap je dah botak balik. So terus rembat yang baru. Mula nak good year je tapi Michelin lagi elok eik?


Harga :
2 biji tayar : RM 320
Allignment & balancing : RM 15
Brake pad : RM 110

So macam mana? Murah ke? Aku bukan pandai bab-bab kereta ni. Buta segalanya. Bawa je pandai :D. Cakap saja mahu pergi mana..

Kata perempuan :P.

Saturday, October 31, 2009

kekasih hati dipangkuan..

Lega sikit hati bila kekasih hati dah ada dipangkuan. Tadi dah ambil kat hospital. Mak ai, bau tak boleh blah! Macam bau susu basi dah...Masyammmm!!!!

Maka, habislah duit membayar baikipulih badan Abu. Boleh ke aku survive untuk bulan ni? Tak berjalan la aku, jadi surirumah sepenuh masa la nampak gayanya(surirumah pun berjalan) =P.

Agak puas hati Cina tu buat kereta aku. Erm tak macam bengkel dulu. Sekarang pun dah nampak kesan cat yang tertanggal. Agaknya bengkel dulu guna cat murah kot!! Yang Cina ni tunggu jelah 1-2 bulan lagi. Kalau terkopak gak cat tu.. erm.. pergi balik lah bengkel Cina tu...


Sekian saja entry pasal Abu. Kang orang bosan lak..Abu Abu Abu!! =D

Gambar Abu semasa dinobatkan dapat parking betul-betul depan Istana Budaya :)

Abu belom macho lagi..ntah bila Abu nak tukar bunga di kaki =P

Wednesday, October 21, 2009

Saya memerlukan 2500 ribu huhuhu...

Balik-balik duk mengira duit. Aku memerlukan lebih kurang 2500 ribu !! Nak tukar Abu (jangan ditanya lagi Abu tu siapa, sila bace entry-entry lama :P) dari black metalic ke pearl white? hihihihi..Tautau lagi..masih buntu..

Alang-alang ketuk dan cat, simpan sikit lagi duit. Boleh lah menukar keseluruhan!! Perlukah, perlukah?? Atau ianya hanya nafsu? Atau pelaburan?

Erm..satu sendiri buat..so sendiri la tanggung.. 2 lagi buatan orang tapi 1 tu mat rempit buat. Tak dapat buat apa. Mat rempit tu dah lari.. :(.

Penin kepala tengok calar-balar kat badan Abu. Nak gak tengok Abu macam dulu. Smart dan bergaya. Adakah pearl white sesuai dengan Abu? Atau tukar saja Abu ke Murano (ni angan dah berlebihan!)? :D

Atau ketuk dan cat saja... Kalo ketuk dan cat pun, harga dah nak capai 1 k.. Erm..so cam ne??



Cik By