Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts
Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Air detox, green smoothie boleh kurangkan berat badan.

Ehem ehem. Kurangkan berat badan? Seronok mendengarkan? Termasuk lah aku. Hehehehe. Biasalah, siapa yang tak teruja dengan berat badan. Semua orang kalau tanya pasal kurus... ada keinginan untuk kurus. Dan ada pula untuk naikkan berat badan. Depends pada orang tersebut la...


Aku notis, kalau nak kuruskan badan...erm boleh sebenarnya. Cuma ada habit malas kan? Dan paling ketara susah nak elakkan nafsu makan. Hahahaha aku lettew. Aku kalau makanan yang berkaitan dengan karbo dan manis ini alamak...jangan cakap lah. Takut menengoknya T__T.


So aku cuba tukar mind set aku... makan sebelum kenyang..rasa sedikit untuk puaskan nafsu dan tolak sikit-sikit pengambilan karbo.


Dan...erm dah beberapa bulan juga aku dah amalkan air detox dan green smoothie (untuk green smoothie aku dah pernah cerita dalam entry)..Tapi, green smoothie aku ade mengelat sikit =D. Aku bukan sahaja set mind aku..air detox ini bukan hanya nak kurus, tapi untuk jaga kesihatan juga.



Ni rupanya air detox, aku suka letak lemon, apple, sunkist, madu, limau kasturi dan daun pudina. Ikut suka letak mengikut bahan yang ada kat rumah. Hahahaha.



Ini pula kebaikan amalkan air detox, green smoothie :
  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang - tahap gula itu, aku juga notis yang kadar gula aku dan menurun semenjak bersalin dan semenjak aku amalkan air detox ini. Alhamdulillah. 
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) - yang ini aku masih taknampak sebab belum capai target aku hahahaha.
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • meningkat kejelasan mental
  • elak sembelit - ini yes! Nampak perubahan. Selain detox, aku minum green tea. Kalau tak, jadi bank sampai 2-3 hari. haha. 
  • meningkat keupayaan fungsi hati
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri, kulit bercahaya - nampak glowing? Suka! hihihi
  • sakit berkurangan dan alahan (beberapa hilang sepenuhnya)
  • darah, tisu dan pembersihan organ
  • dipulihkan kapasiti fungsi hati
  • tahap tenaga meningkat
  • pembersihan emosi dan pelepasan
  • dan rasa dipertingkatkan kegembiraan dan ringan biasanya berpengalaman

Best tak faedah dia? Bestkan? Air detox ini dah jadi kawan pada aku. Hari-hari ada dalam peti ais. Balik kerja minum..sebelum sarapan pun minum.


Try la.. mana tahu kan an an an? =D.


Nanti dah sampai target kita dah boleh tersengeh =D. Tak sabar rasanya. Eh tapi ingat, semua itu adalah dengan izin Allah. Ok?



Oklah. Bye!





+ By +

Monday, November 25, 2013

Fitnesstone.

Weekend lepas, balik kampung untuk pergi menghadiri majlis kahwin. Hai ramai betul kahwinkan musim-musim cuti sekolah ini. Rasa nak kerat badan pun ada supaya dapat attend semua majlis... Kepada yang berkahwin, alhamdulillah,s elamat pengantin baru diucapkan.


Kakak aku ke utara...dan aku pula ke Timur. Semua main wakil-wakil..yang mana tak dapat sangat nak datang, mohon maaf ya.


Taknak cakap banyak, nah sekeping gambar dengan pengantin. Pengantin ini anak kepada orang yang banyak membantu aku masa aku kahwin. Tak terbalas rasanya jasa itu. 



OK dah. Cerita pun dah lari tajuk sebenarnya. Hehehe. 



Ahad.
SIL (sister in law), ajak pergi fitnesstone. Fitnesstone ini salah satu program jelajah RS Fitness Studio, dibuat di beberapa tempat dengan misi bersenam sambil menderma. Wahhh gitu. Sambil-sambil nak kurus dan sihat, dapat buat kebajikan, tak gitu?  Ada juga pertandingan untuk siapa yang bertahan untuk 3 jam earobik dan buat step dengan betul.



Kebetulan, aku dah lama tak turun erobik. Teringin juga tengok dan try earobik cara orang lain. So aku join.



Sebelum start mari kita check kesihatan dulu. Check bmi, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol. Alhamdulillah tiada kesemua itu! Korang dah check? Kalau belum, silalah ringan kan badan untuk check. Nak-nak kita yang dah meningkat remaja *batuk *batuk. Perasan remaja lagi. Hahaha.




Tudung : sendiri . 
Baju + Seluar + Kasut : SIL punya.  :p


Tetiba tengok gambar ini, macam perasan perut tu macam lebar je T___________T. Angin. Angin. :P




Lagi gambar tangan. Pun nak masuk blog :P.


OK nak cerita sikit pasal erobik fitnesstone ini. Banyak benda yang aku belajar. Pasal Zumba, bokwa dan lain-lain. Banyak step juga aku dapat. Dan banyak juga step aku terbabas. Hahaha. Orang ke kanan, aku ke kiri..orang pusing, aku duduk diam... sebab tengah syok sendiri hayun tangan, tetiba step pusing laju. Hahaha. Lantak.



RS Fitness Studio. best! Lincah-lincah diaorang ni. Bukan lincah je...meliut lentok. Semangat tengok.



Lepas earobik, ambil gambar...semua gambar tak menjadi..dah parkinson semua orang hahahaha. SIL aku dah jadi instructor untuk earobik. Semoga berjaya akhirnya sis. 




Aku dan sijil. Kelas kan dapat sijil? Kalau betul step, dapat madle. 







3 jam bersenam berbaloi-baloi sangat rasanya. Agaknya berapa kalori hilang kan? Semoga dapat lagi akviti sebegini.







OK bye!



+ By +