Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Air detox, green smoothie boleh kurangkan berat badan.

Ehem ehem. Kurangkan berat badan? Seronok mendengarkan? Termasuk lah aku. Hehehehe. Biasalah, siapa yang tak teruja dengan berat badan. Semua orang kalau tanya pasal kurus... ada keinginan untuk kurus. Dan ada pula untuk naikkan berat badan. Depends pada orang tersebut la...


Aku notis, kalau nak kuruskan badan...erm boleh sebenarnya. Cuma ada habit malas kan? Dan paling ketara susah nak elakkan nafsu makan. Hahahaha aku lettew. Aku kalau makanan yang berkaitan dengan karbo dan manis ini alamak...jangan cakap lah. Takut menengoknya T__T.


So aku cuba tukar mind set aku... makan sebelum kenyang..rasa sedikit untuk puaskan nafsu dan tolak sikit-sikit pengambilan karbo.


Dan...erm dah beberapa bulan juga aku dah amalkan air detox dan green smoothie (untuk green smoothie aku dah pernah cerita dalam entry)..Tapi, green smoothie aku ade mengelat sikit =D. Aku bukan sahaja set mind aku..air detox ini bukan hanya nak kurus, tapi untuk jaga kesihatan juga.



Ni rupanya air detox, aku suka letak lemon, apple, sunkist, madu, limau kasturi dan daun pudina. Ikut suka letak mengikut bahan yang ada kat rumah. Hahahaha.



Ini pula kebaikan amalkan air detox, green smoothie :
  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang - tahap gula itu, aku juga notis yang kadar gula aku dan menurun semenjak bersalin dan semenjak aku amalkan air detox ini. Alhamdulillah. 
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) - yang ini aku masih taknampak sebab belum capai target aku hahahaha.
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • meningkat kejelasan mental
  • elak sembelit - ini yes! Nampak perubahan. Selain detox, aku minum green tea. Kalau tak, jadi bank sampai 2-3 hari. haha. 
  • meningkat keupayaan fungsi hati
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri, kulit bercahaya - nampak glowing? Suka! hihihi
  • sakit berkurangan dan alahan (beberapa hilang sepenuhnya)
  • darah, tisu dan pembersihan organ
  • dipulihkan kapasiti fungsi hati
  • tahap tenaga meningkat
  • pembersihan emosi dan pelepasan
  • dan rasa dipertingkatkan kegembiraan dan ringan biasanya berpengalaman

Best tak faedah dia? Bestkan? Air detox ini dah jadi kawan pada aku. Hari-hari ada dalam peti ais. Balik kerja minum..sebelum sarapan pun minum.


Try la.. mana tahu kan an an an? =D.


Nanti dah sampai target kita dah boleh tersengeh =D. Tak sabar rasanya. Eh tapi ingat, semua itu adalah dengan izin Allah. Ok?



Oklah. Bye!





+ By +

Monday, November 25, 2013

Fitnesstone.

Weekend lepas, balik kampung untuk pergi menghadiri majlis kahwin. Hai ramai betul kahwinkan musim-musim cuti sekolah ini. Rasa nak kerat badan pun ada supaya dapat attend semua majlis... Kepada yang berkahwin, alhamdulillah,s elamat pengantin baru diucapkan.


Kakak aku ke utara...dan aku pula ke Timur. Semua main wakil-wakil..yang mana tak dapat sangat nak datang, mohon maaf ya.


Taknak cakap banyak, nah sekeping gambar dengan pengantin. Pengantin ini anak kepada orang yang banyak membantu aku masa aku kahwin. Tak terbalas rasanya jasa itu. 



OK dah. Cerita pun dah lari tajuk sebenarnya. Hehehe. 



Ahad.
SIL (sister in law), ajak pergi fitnesstone. Fitnesstone ini salah satu program jelajah RS Fitness Studio, dibuat di beberapa tempat dengan misi bersenam sambil menderma. Wahhh gitu. Sambil-sambil nak kurus dan sihat, dapat buat kebajikan, tak gitu?  Ada juga pertandingan untuk siapa yang bertahan untuk 3 jam earobik dan buat step dengan betul.



Kebetulan, aku dah lama tak turun erobik. Teringin juga tengok dan try earobik cara orang lain. So aku join.



Sebelum start mari kita check kesihatan dulu. Check bmi, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol. Alhamdulillah tiada kesemua itu! Korang dah check? Kalau belum, silalah ringan kan badan untuk check. Nak-nak kita yang dah meningkat remaja *batuk *batuk. Perasan remaja lagi. Hahaha.




Tudung : sendiri . 
Baju + Seluar + Kasut : SIL punya.  :p


Tetiba tengok gambar ini, macam perasan perut tu macam lebar je T___________T. Angin. Angin. :P




Lagi gambar tangan. Pun nak masuk blog :P.


OK nak cerita sikit pasal erobik fitnesstone ini. Banyak benda yang aku belajar. Pasal Zumba, bokwa dan lain-lain. Banyak step juga aku dapat. Dan banyak juga step aku terbabas. Hahaha. Orang ke kanan, aku ke kiri..orang pusing, aku duduk diam... sebab tengah syok sendiri hayun tangan, tetiba step pusing laju. Hahaha. Lantak.



RS Fitness Studio. best! Lincah-lincah diaorang ni. Bukan lincah je...meliut lentok. Semangat tengok.



Lepas earobik, ambil gambar...semua gambar tak menjadi..dah parkinson semua orang hahahaha. SIL aku dah jadi instructor untuk earobik. Semoga berjaya akhirnya sis. 




Aku dan sijil. Kelas kan dapat sijil? Kalau betul step, dapat madle. 







3 jam bersenam berbaloi-baloi sangat rasanya. Agaknya berapa kalori hilang kan? Semoga dapat lagi akviti sebegini.







OK bye!



+ By +

Monday, September 30, 2013

Bila dah meningkat usia, dah mula kesedaran diri.

Cerita bab makan, aku adalah seorang yang sangat-sangat kaki makan. Tolak batu dan kayu je. Serius. Lemak, semualah...semua pun makan. Kalau bontot ayam tu, jangan cakap lah haiiiii PANTANG TENGOK BELI -_-".


Tapi bila umur dah 31 tahun *batuk* nak masuk 32 tahun *batuk* mula macam sedar diri. Takut apa-apa jadi. Penyakit sekarang bukan main serang orang kan? Tak ada nak main signal-signal. Huhuhu.


Aku ini boleh la dikatakan diet juga. Sebab err sebab (jeling tengok muka dan peha). Nangis.



Ada lah beberapa orang tegur, "TAK PAYAH LAH DIET SANGAT...BADAN KURUS JE".Memang lah aku diet, sambil-sambil itu aku ambil pemakanan sihat juga. Tak semestinya diet nampak macam sadis sangat rupakan? Bukan langsung tak makan. Ambil ok. Tapi lebihlah pada "healthy food", orang cakap.


So sekarang, aku dah melatih diri supaya tak ambil nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, nasi dagang dan seangkatan. Bukan tak ambil langsung...just sekali sekala. GILAKAUKALAUTAKMAKANTERUS?! Hahahaha.


Sarapan pagi je, tengahari aku ambil karbo sikit. Malam tengok keadaan hehehehe. Buat masa ini menahan nafsu. 


Ok sekarang sarapan pagi adalah lebih berupa macam ini...


yougurt + bijirin.


Salad + chicken pop corn.


Chicken pop corn wrap dan air detox (untuk cuci segala asid). Ada ke laki aku cakap itu air eksperimen? Haihhhhh sabar je lah kan?



Dan lagi? Nanti kita share eah sebab minggu ni adalah minggu salad. Hahaha. Tengok sahaja lah kan boleh ke idak tahan :P.


Ok mulai hari ini, AKU JANJI aku takkan makan benda berlemak sangat dan seangkatan untuk mengelakkan kolestrol berlebihan, darah tinggi, kecing manis, jantung danlain-lain. Bukan bye-bye terus tapi sekala kita berjumpa ya wahai makanan-makanan lain.



Semoga hidup kita cergas dan sihat! #jomkurusdansihat. :P. Ingat semua itu datangnya dari Allah. Kalau kita berjaga insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi diri kita. Peace!



+ By +

Tuesday, June 18, 2013

Minum jus untuk kuruskan badan?

Fakta atau auta? Hehehehe. Mungkin ia akan jadi fakta bila kita displin. Macam aku kurang displin, so lambat sikit untuk proses turunkan badan. Duh!


Ada sepupu yang dah try. Breakfast hanya minum jus. Memang kurus weh. Jeles mak tengok. Dalam 1 bulan kot dia amalkan...terus zas turun! Tapi mestilah breakfast dengan jus, tengahari berat, dan malam makan makanan ringan. Itu je dia pesan.


Kalauakunampaknasikerabuwaktupagipunakumenggelumpur -_-"


Dari start haritu adalah try buat jus. sekejap buat sekejap tak :D. Biasalah hangat-hangat taik ayam kan? :P

Antaranya : Jus mangga + kacang panjang.


Jus 2 : Lobak merah + susu low fat (konon)

Jus 3 : Saderi + apple + timun. Ha yang ni kalau nak cepat kurus, leh la amalkan tiap-tiap hari sampai muntah hijo hahahahaha.

Jus 4: Smoothie pisang.




Yang smootie ni boleh kongsi dengan budak ni sekali. Sebab dia suka!

Comot! Faris memang suka pisang. Campaklah lempeng pisang ke, cekodok ke, pisang ke..memang dia makan sungguh-sungguh.


Apa lagi korang, try la kalau nak kurus macam mak dara! Taknak? Takpe saya nak! Hakhakhakhak. Peace!


+ By +

Thursday, January 17, 2013

Bersenam semata nak kuruskan badan?

Ha belog aku dah jadi blog untuk diet sihat. Kelasss ko jah hahaha. Asyik-asyik cerita pasal bersenam la pemakanan la kan? Ni musim? Ohhh dah nekad ni, korang jangan mengada nak meracun :P.


Kenapa aku bersenam?

1. Mestilah untuk kuruskan badan sedikit.Ada orang tanya kenapa nak kurus ...dah kurus dah tengok badan by tu. Jawapannya aku ada target tersendiri. cewah! Aku punya berat ideal adalah 50 kg. Maka dengan itu aku nak turunkan 5 kilo lagi. 5 kilo...hurm ni naik masa raya hari tu. Itulah tak sedar dirikan makan lemang bagai -_-". Dah berat badan ni taknak turun-turun.


2. Nak kelihatan berseri dan segar bugar. Hehehe. Taknaklah nampak macam orang mati laki (ada orang komen macam ni. sedih tak? sedih ai tauuu). 


3. Nak kekal sihat sampai tua...tua tua pun still sihat leh dukung cucu. uhuk uhuk sound like macam aku dah nak menimang cucu kan? hahahaha.


4. Nak ada shape. Ha ni nak nak nak sangat. Nak kekalkan shape macam mak dara. Erkkk boleh ke? hewhewhew. Cuba mana tahu berjaya kan? :P Nak nak bahagian perut ni..hurmmm telek je perut, aku rasa nak pitam terus.. Baru anak pertama T____________T.



So target untuk merealisasikan impian aku ni, aku nak beli ni dulu....







Moga-moga impian menjadi kenyataan (jeling suami).





+ By +

Wednesday, December 9, 2009

Tips kempiskan pipi...

pict : google-ed


Nak kata aku berdiet bagai nak rak pun tak ada la sangat. Just jaga pemakanan je. Tapi kalau dah melantak, melantak habis-habisan. Makan sebelum kenyang. Tapi aku, makan selepas kenyang dan kenyang lagi =D.


Alhamdulillah badan aku senang naik senang turun. Tapi kalau bab muka, makan ke tidur banyak ke..sure muka aku jadi macam mangkuk hayun ;P. Pipi jangan cakap la...Macam tomato, tapi sesekali pandang ada gak gaya bigmac ;).


Macam mana nak kempiskan pipi eik? Kalau tanya lelaki, lelaki suka pipi tenbam-tenbam ni ;P. Diaorang tak suka pipi cengkung. Eh betul ke?


Tapi, aku nak kempiskan sikit. Ni berlari pun nampak pipi bergegar ;D. Tak selesa..