Showing posts with label resipi diet. Show all posts
Showing posts with label resipi diet. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Air detox, green smoothie boleh kurangkan berat badan.

Ehem ehem. Kurangkan berat badan? Seronok mendengarkan? Termasuk lah aku. Hehehehe. Biasalah, siapa yang tak teruja dengan berat badan. Semua orang kalau tanya pasal kurus... ada keinginan untuk kurus. Dan ada pula untuk naikkan berat badan. Depends pada orang tersebut la...


Aku notis, kalau nak kuruskan badan...erm boleh sebenarnya. Cuma ada habit malas kan? Dan paling ketara susah nak elakkan nafsu makan. Hahahaha aku lettew. Aku kalau makanan yang berkaitan dengan karbo dan manis ini alamak...jangan cakap lah. Takut menengoknya T__T.


So aku cuba tukar mind set aku... makan sebelum kenyang..rasa sedikit untuk puaskan nafsu dan tolak sikit-sikit pengambilan karbo.


Dan...erm dah beberapa bulan juga aku dah amalkan air detox dan green smoothie (untuk green smoothie aku dah pernah cerita dalam entry)..Tapi, green smoothie aku ade mengelat sikit =D. Aku bukan sahaja set mind aku..air detox ini bukan hanya nak kurus, tapi untuk jaga kesihatan juga.



Ni rupanya air detox, aku suka letak lemon, apple, sunkist, madu, limau kasturi dan daun pudina. Ikut suka letak mengikut bahan yang ada kat rumah. Hahahaha.



Ini pula kebaikan amalkan air detox, green smoothie :
  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang - tahap gula itu, aku juga notis yang kadar gula aku dan menurun semenjak bersalin dan semenjak aku amalkan air detox ini. Alhamdulillah. 
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) - yang ini aku masih taknampak sebab belum capai target aku hahahaha.
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • meningkat kejelasan mental
  • elak sembelit - ini yes! Nampak perubahan. Selain detox, aku minum green tea. Kalau tak, jadi bank sampai 2-3 hari. haha. 
  • meningkat keupayaan fungsi hati
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri, kulit bercahaya - nampak glowing? Suka! hihihi
  • sakit berkurangan dan alahan (beberapa hilang sepenuhnya)
  • darah, tisu dan pembersihan organ
  • dipulihkan kapasiti fungsi hati
  • tahap tenaga meningkat
  • pembersihan emosi dan pelepasan
  • dan rasa dipertingkatkan kegembiraan dan ringan biasanya berpengalaman

Best tak faedah dia? Bestkan? Air detox ini dah jadi kawan pada aku. Hari-hari ada dalam peti ais. Balik kerja minum..sebelum sarapan pun minum.


Try la.. mana tahu kan an an an? =D.


Nanti dah sampai target kita dah boleh tersengeh =D. Tak sabar rasanya. Eh tapi ingat, semua itu adalah dengan izin Allah. Ok?



Oklah. Bye!





+ By +

Monday, November 11, 2013

Salmon Swedish Sauce, ala-ala Ikea.

Lega rasa bila Faris dah tidur. Sampai pukul berapa tak tahu lah tu. Boleh la mama, jengah dan buat itu ini..termasuklah menulis blog :). Lain macam demam Faris kali ini. Manja kemain tau. Melekat je. Haih rasa nak patah pinggang. 


Lama dah Faris tak demam teruk. Since tahun lepas. Hurm, harap-harap demam kali ini demam nak dapat mulut. Bukan demam apa-apa ya anak?


Bangun pagi tengok tv pun nak berkepit dengan mama. Sampai mama mandi pun lambat :P. 


Tengok la ni, bukan main berkepitkan? Acaner nak tenching dan beri-beri kalau macam ini? Huhuhuhu. Pujuk sikit dengan mainan..dapatlah mama siapkan bubur. Buat bubur je dulu. Aku pun breakfast sekali dengan bubur Faris. Tak sempat nak buat itu ini.


.

Hidangkan sekali dengan air glukos. Bagi tambah tenaga. Itupun bubur dia tak mahu makan sangat ;(. Dah la beri sampai 3 kali. Kali kedua pujuk sambil joget-joget, dapatlah habis satu mangkuk. Lega sikit kan? Hati ibu mana tak risau kalau anaknya tak makan. Serik rasanya duduk hospital dulu.


Lepas itu, dalam pukul 2.45  petang cam tu aku masak untuk aku. Lapar dah macam orang kena parkinson. Pening pun ada sebab macam tak cukup tidur. Huhuhu. 


Nasi tak selera, maka dapat idea nak try resipi ni. Semua main kukus kecuali sos je la kena kacau-kacau sikit dalam kuali.


Yeay! Menjadi dan kenyang dannn sedap! Hahaha. Alhamdulillah. 



Ok resipi: 


- Taburkan garam kat kulit salmon, stim. Dan nak masak perahkan lemon atas salmon. 
(Lain-lain ikut suka lah nak stim apa ya)

Untuk cream :

-cairkan butter dalam kuali, masukkan whipping cream dan kacau. 
-agak-agak mendidih, perahkan lemon, letak garam dan daun pasley..kacau dan last tuang ke atas salmon. Siap!!



Cubalah, sedap ok :D. (ke perut aku yang lapar, semua sedaplah kan? Hahahaha)



Ok bye!



+ By +