Showing posts with label suci. Show all posts
Showing posts with label suci. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Suci's convocation...

Adik!! Bila adik dah besar adik baca entry ni ya! Ichu buat khas untuk adik sebab adik dah besar, adik dah berani! *clap clap* Terharu.


Sebelum tu..Ichu nak bagitahu...



ni ha satu perkara..




ha tekan bawah lagi...



Ichu pun ada convation k!! Taknak ngalah Ichu ni. Hahaha.


Ok sambung.



Dulu adik penakut. Nak keluar rumah main-main dengan kawan pun takut. Nak naik lift pun takut... Tula asyik main psp je. Semua application psp dah hafal. Semua game adik tahu main. Adik yang ajar Ichu tekan butang mana -__-". Ichu dulu, ada brick game je adik. Up sikit main Micro Genius Console, super Mario ^_^. Tupun pergi rumah orang atau saudara yang kaya dik baru boleh main super mario. Ha baik adik try.. bestt wo.. Ichu paling suka part swimming ;D. blurp blurp blurp.



Haritu, bila umi cakap nak hantar adik ke tabika..Ichu dah gembira. Sebab, suruh adik belajar berani sikit. Nanti, adik dah besar..awek adik dikacau orang, takkan adik nak duduk diam je. Mesti belasahkan? Hahaha.



So umi hantar adik ke tabika, walaupun masa tu dah nak hujung tahun. Bulan 8 adik start pergi tabika. Dengan harapan, adik tak penakut lagi. Berani gagah perkasa macam kakak Nina adik tu. Hahaha. Katak pun buat main je. Huhuhu...



Dan haritu (19.11.10), adik convo!!! Yeay. Umi cakap adik masuk menari. Menari Zapin hokeh! Tiap-tiap hari adik berlatih kat rumah. Boring berlatih, adik buat aksi ultraman. Haih.


Mungkin adik tak tahu waktu tu, adik kena menari depan orang ramai kan? Hahaha. Nasib kaulah labu..


Ni ada gambar adik.. Ichu ambil dari kamera abah..

Masa ni, Ichu nampak mulut adik ucap terima kasih. Oh..budak lain dapat terus blah. Adik siap ucap? Berbudi bahasa anak sedara haku -__-. Ichu nak leleh air mata. Tapi bila Tok pandang mata Ichu, Ichu cakap Ichu ngantok..asyik menguap je. Boleh? :B

Adik yang malu-malu kucing.


Lepas dah ambil sijil semua... adik buat persembahan. Zapin Ya Maulai..

Oh part ni lah adik selalu buat kat rumah kan? Duk hey,hey!


Yang ni, Ichu tak nampak pun adik berlatih. Tiba ada..step last minit ke?


Lepas tukan.. adik boleh salah step lak... boleh adik jalan sampai nak keluar stage? Ichu tanya kenapa..adik kata kakak tu salah.. lagipun adik takut..orang ramai. Hihihi. Lawak adik ni. Takkan takut, sampai nak keluar stage. Nasib baik adik teruskan menari. Buatnya, adik terus lari ke tempat kitaorang duduk? Tak ke naya....


Takpelah. Ichu pun ada silap masa belajar menari dulu...Hihihi.

Time ni.. kalau ada rezeki lagi nak menari, adik pandang ke depan k?? ke arah penonton.


Oklah malas dah nak mengomel. Kalau tak, sampai esok pun Ichu tak habis nak mengarang. Hahaha.


Neway, Ichu bangga dengan adik sebab adik dah besar, adik dah berani.. Adik pernah cakap kat Ichu ...nanti Ichu kawin..Ichu sayang azim(wak ajim) je... Mana ada..Ichu sayang semua lah... Walau macam mana pun sayang tu tak pernah pudar. Dah jangan melalak lak baca part ni.


Ichumu yang sengal;
.:. By .:.

Thursday, November 11, 2010

'Bird' mana boleh terbang.

Panggil adik, Aldi..Jangan panggil Suci. Suci tu masa bebi (baby).



Adli, pakai selua..


*sengeh-sengeh*


Pakai selua ni meh. Nanti 'bird' terbang.


ane ada(mana ada)~ bird adik tak ada ayap(sayap). ane oleh (mana boleh) erbang (terbang). *sambil menarik-narik birdnya*
Tengok ni. Tengok ni. Ha ha ane oleh (mana boleh) ha ha ha *menarik birdnya lagi -_-"
Cuba tengok ichu nya..ntah-ntah dah terbang.






woit haku mana ada bird! ^_^.







Adik,adik -__-" dah besar dah. Tak ada bau baby johnson lagi. Bau masham!


.:. By .:.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Nina dan Suci nak jadi pengapit wa...

Nina dan Suci ni memang peneman hidup aku. Kadang-kadang macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je. Yang si Suci suka bercerita... Kejap-kejap ichu,ichu, ichu... Tengah drive pun dia bantai tarik kepala aku suruh tengok dia buat aksi. Haih!


Tapi, kalau diaorang tak ada aku jadi sunyi. Dah perlu ada anak ke? Hahaha.


Haritu, Nina sibuk tanya..


"Cik Su bila nak kahwin? Bulan 10 ni kahwin kan?"


"Ada pulak. Tu tunang la..Kenapa?"


"Nina nak jadi flower girl. Nak pakai lawa-lawa. Nanti Cik Su belikan baju eah? Chiffon ke lace ke eah? pastu Nina nak sanggul ke letak bunga... mesti comel". mak ai mintak chiffon atau lace tu! Ko ingat makcik ko kayo?Maaflah siapa nak jadi pengapit aku tu, anak sedara aku dah cop.


Yang Suci pun menyampuk..


"Adik nak jadi flower booooiii(boy).... Ina gilll(girl) adik boiii..."


Tunang ni Cik Su belikan adik baju ya?


*angguk-angguk*


Aku dah belikan Suci baju, siap dengan samping...

"Tapi adik tak nak pakai samping..macam gillll(girl) je. Yeah! Boleh jadi pengapi... Ina takdeeeeeeee". Hah menjawab!


Tunang mana ada pengapit. Excited lebih 2 orang ni... Berpeluh ketiak aku.




.:. By .:.

Wednesday, May 12, 2010

Pengumuman pengumuman!!!!

Buat julung kalinya aku buat pengumuman dan tunjukkan gambar buah hati aku :D. Teruja? Hihihi. Aku pulak teruja nak tunjukkan kat korang.

Ok aku cerita pasal dia dulu. Memang dia suka ambil hati aku. Memang dia suka gerakkan aku pagi-pagi. Ya! Memang aku sayang dia! Ada yang cemburu? Oh biarlah!! Aku tak kisah pun, orang nak cemburu akan hubungan kitaorang. Janji kitaorang happy!!

Nak muntah aku cerita pasal dia? Oh biarlah!!


Dan dia adalah........

















Radi Adli Suci



Dia memang suka ambil hati aku...


Dan dia memang suka kacau aku bila makan!!! Nak itu nak ini!!

Hensem tak bf aku? ^___^




.:. By .:.

Monday, April 26, 2010

Terimalah aksi terlampau anak sedara aku.*tepuk dahi*



Suci nampak aku gelak. Dia lari...



Last-last...eh datang lagi...





Dia memang peminat Akim AF. Dia suka mamat 'jambu-jambu' *___*


p/s : video adalah senget. Malas aku nak edit.

.:. By .:.

Saturday, April 24, 2010

Telur cicak...

*sedang makan nasi goreng bersama ulam petai*

"Ichu boley macak telur cicak untuk adik(Suci) tak?"

"Cicak? Apa cicak?"

"Cicak lah...tak paham lakk ichu ni..."

"ye la cicak tu apa??!!"*nak jadi pontianak dah waktu ni*


*tepuk dahi* " adik ckp telur cicak..gi arr macakkkk adik lapar...cini cini.."


*lalu pergi ke peti ais tunjuk kicap*


Nasib baik Cik Su tak terlebih kreatif deeeekkk. Kalau tak tentu Ciksu masak telur letak cicak untuk adik. (T____T)


.:. By .:.

Sunday, March 28, 2010

Cerita budak gemook..

Ahad lepas, di rumah tukang urut.

"Saya tak cam la dia makcik, sudah gemok dia....berisi". Sambil memerhati aku dan mak aku.

Sabtu iaitu semalam. Ketika aku sedang baring tengok diari AF8.

"Adik pergi mana tadi?"

"Adik g jejeko (Jaya Jusco) la Ichu..ngan tok,ummi..."

"Eh jom kita pergi Pasar Malam Setia Alam..tengok baju cina apek tu. Dah janji dengan dia haritu.. Adik nak ikut tak?" kata akak aku yang tidak puas lagi berjalan.

"Adik tak larat la ummi...tok pun tak larat..penat jalan jejeko tadi..Ichu larat sebab dia gemoookkk"

OK FINE! Sila lari setempat sekarang!

Monday, February 8, 2010

Cepatlah cepat lah...sambil mengetuk 'bird' nya...

Cepat lah..cepatlah...cepatlah keluar..

Cepatlah..(sambil mengetuk-ngetuk 'bird' dia)

Cepat lah..ish..lambat betul keluar..

Cepatlah!!! (kali ini memukul 'bird' nya)..

Tengok punya tengok..Si Suci nak kencing daaaaa~ :D. Tak sabar nak main layang-layang kat tepi Pantai...Bantai ketuk 'bird' suruh air kencing keluar. Hahaha!