Showing posts with label putih. Show all posts
Showing posts with label putih. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Gemok berak dalam kereta! Terbaik!

Ok berhenti cerita pasal majlis itu. Kejap lagi aku cerita projek DIY aku yang dah siap. Sungguh seronok dan lega tengok hasilnya. Walaupun biasa-biasa sahaja..tapi, bila pandang boleh senyum sendiri ok? Sebabnya hasil titik peluh sendiri.


Dah lama tak cerita pasal Gemok. Hari itu Raya sampai minggu lepas, Gemok duduk kat kampung. Boleh tak masa nak bawa balik KL dia menyorok taknak balik? Dah merata mencari tak jumpa. Last-last, kitaorang dah sampai Karak (Pahang).. mak call cakap gemok ada...baru keluar bawah katil. Padahal kakak aku dah gegar katil tempat dia tidur tu. Heh nakal sungguh kamo ya!


Then, last week bawa balik ke KL. Sebabnya, kakak sunyi..Gemok tak ada kat rumah. Gemok ni pandai borak.. Cuma bahasa kucing lah. grrrr grrr grrr kalau dia mengadu. Ntah apa maksud pun tak faham.


Ok sambung. Dalam perjalanan dah nak sampai rumah kakak si Gemok ni terberak dalam kereta! Sakit perut sangatlah tu. Jarang kalau duduk dalam kereta, dia berak. Nasib baik dah nak sampai rumah kan? Kalau lagi 1 jam nak sampai rumah, tak ke haru nak bau taik dia? Apa lagi...suruh kakak yang basuh. Hahaha.


Nak marah pun tak jadi kalau tengok muka Gemok macam ni...


Tapi...
Kalau tengok Si Putih ni ada rasa nak pijak-pijak tak perut dia?????


Over ok!
.:. By .:.

Monday, July 26, 2010

Masak memasak pada cuti hari...

Hari ni seharian di rumah kakak. Golek-golek, bangun. Golek-golek lagi, bangun goreng keropok lekor. Lepas tu seharian la duduk khatamkan baca belog :D. Kepochi kat facebook.



Nak cerita tak lalu lagi sebab letih. My sister ajak pergi Mid Val pun tak lalu nak pergi. Baik rehat kuruskan badan. Hahaha. Takde maknanya. Sure pasni badan naik. Pasni dah tak ada netball ok!



Dah malas nak merapu. Jom layan apa aku masak untuk lunch hari ni. Rajin tahap orang nak kahwin, orang tua cakap. Haha.


Simple food. Pekasam mangga.


Ni bukan ayam goreng kunyit. Aku pun tatau apa nama dia. Hihihi. Ayam goreng cili api hijau kot. Lauk ni selalu aku makan kat Upten, UNITEN. Time aku belajar dulu. Salah satu lauk fav. So, skang aku dah habis belajar, aku try sendiri. Jadikkk! Maka selalulah aku masak lauk ni. Makan dengan nasi panas, menjadikkkk wooo selera dia!


Ni sape tak kenal kan? Ikan masak kicap. Tapi ni resipi mak la. Kalau sahur suka suruh mak masak lauk ni. Baru ada selera nak sahur ;).


Ni pun masakan gak. Nampak muka aku dah hitam? Dah berbelang dah. Nasib baik tak jadi kuda belang. Ada sesiapa tahu tips nak putih secepat mungkin? Pls share..


*ada tak orang rindu aku? * ;P


.:. By .:.