Thursday, February 25, 2010

aku mahu aku mahu!

Jam tepat pukul 12.37 pagi, aku duk belek-belek rambut ni....sudah panjangkah? Cukupkah panjangkah?

Ni semua gara-gara nak balik kampung. Sebab, kat kampung je ada salun kegemaran. Memang tiap kali nak gunting atau ubah style rambut aku akan ke salun tu..

Pernah cuba kat salun lain...Tapi hasilnya sangat sampah! Macam gigit di tikus je rambut aku dibuatnya!

Salun yang itu juga aku berkenan. Cina punya. Kalau pergi salun dia, mesti aku tengok sorang-sorang pekerja dia. Tiap kali aku datang, mesti diaorang tukar style rambut. Muka tak cun pun jadi cun sebab rambut tersangatlah stylo!

Aku dah nak buat style ni memang dah lama. Dari style ni tak popular lagi :P. Tapi rambut aku tak cukup panjang nak buat style ni..Tu pasal aku pakai minyak zam zam tu...Aku rasa aku ada cerita kat entry yang lepas-lepas. Siapa jadi follower aku tahu la kot :P. Heh!

OK. Aku tunjuk lagi style aku idamkan...Macam ni hah!

picture google-ed

Lawakan? Ni Bunga Citra Lestari. Aku memang minat dia :D. Macam mana nak kulit mulus macam dia eik? Ada idea? OK lari dari tajuk pula.

Lawa tak aku nak buat style ni? Tapi rambut aku macam tak cukup panjang la :(. Kang terjongket pulak! Hish!!

Erm aku terpaksa tanya cina tu..sesuai tak..Oh ya salun yang aku pergi ni, selalu bagi pendapat tentang rambut. Pastu dia akan bagitahu sesuai tak dengan muka :D.. I like!!

OK la. Aku rasa aku terpaksa tidur..sebab aku kena drive esok pulang ke kampung!!!!

Hoyeh hoyeh!! Aku akan bercuti start esok sampai monday!!! Wuhuuu...Mak!!! Uya balik!!! *pelok pelok :D

2 comments:

Baby Gina said...

asik cuti je...nyampah!

Byzura Mj (By) said...

MSG : cuti la...rehatkan kepala :D