Showing posts with label zam zam hair oil. Show all posts
Showing posts with label zam zam hair oil. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Cara pakai Zam Zam Oil.

Ingat entry ini?

Ni ada sedikit info nak share.


Dibeli di : Kedai runcit mamak. Aku rasa minyak ni ada dijual kat kedai India.. Mydin pun ada.


Cara- cara pakai (ni atas kajian/cara aku sendiri =D)


1. Mandi dan bersihkan rambut. Just cuci rambut dengan letak syampu dengan kadar sedikit. Tak payah nak conditioner bagai ok.


2. Dah mandi, bilas dan biarkan rambut sampai kering.


3. Dah kering, letakkan minyak ke seluruh rambut dan ratakan dengan menggunakan jari jemari. Kalau aku, suka pakai time nak tidur.


4. Dah sapu rata, balut rambut dengan tuala kecil dan tidur. Pagi waktu subuh time nak pergi kerja, aku mandi dan syampu siap conditioner bagai.


Bukan rambut je jadi cepat panjang. Rambut jadi lembut dan jadi hitam legam kadang-kadang.


Eh dah lama tak belai rambut. Terasa nak pakai, balik ni. Boleh jadi theraphy tau, sebab minyak ni bau bunga! =D


So far bagi aku minyak ni mujarab.

Selamat mencuba!

.:. By .:.

Thursday, February 25, 2010

aku mahu aku mahu!

Jam tepat pukul 12.37 pagi, aku duk belek-belek rambut ni....sudah panjangkah? Cukupkah panjangkah?

Ni semua gara-gara nak balik kampung. Sebab, kat kampung je ada salun kegemaran. Memang tiap kali nak gunting atau ubah style rambut aku akan ke salun tu..

Pernah cuba kat salun lain...Tapi hasilnya sangat sampah! Macam gigit di tikus je rambut aku dibuatnya!

Salun yang itu juga aku berkenan. Cina punya. Kalau pergi salun dia, mesti aku tengok sorang-sorang pekerja dia. Tiap kali aku datang, mesti diaorang tukar style rambut. Muka tak cun pun jadi cun sebab rambut tersangatlah stylo!

Aku dah nak buat style ni memang dah lama. Dari style ni tak popular lagi :P. Tapi rambut aku tak cukup panjang nak buat style ni..Tu pasal aku pakai minyak zam zam tu...Aku rasa aku ada cerita kat entry yang lepas-lepas. Siapa jadi follower aku tahu la kot :P. Heh!

OK. Aku tunjuk lagi style aku idamkan...Macam ni hah!

picture google-ed

Lawakan? Ni Bunga Citra Lestari. Aku memang minat dia :D. Macam mana nak kulit mulus macam dia eik? Ada idea? OK lari dari tajuk pula.

Lawa tak aku nak buat style ni? Tapi rambut aku macam tak cukup panjang la :(. Kang terjongket pulak! Hish!!

Erm aku terpaksa tanya cina tu..sesuai tak..Oh ya salun yang aku pergi ni, selalu bagi pendapat tentang rambut. Pastu dia akan bagitahu sesuai tak dengan muka :D.. I like!!

OK la. Aku rasa aku terpaksa tidur..sebab aku kena drive esok pulang ke kampung!!!!

Hoyeh hoyeh!! Aku akan bercuti start esok sampai monday!!! Wuhuuu...Mak!!! Uya balik!!! *pelok pelok :D

Tuesday, January 19, 2010

Zam zam hair oil...

Sebab nak sangat rambut aku cepat panjang, aku kena cari jalan. Siapa suruh cut macam tomboy. Nah! Sekarang rambut dah merajuk agaknya. Lambat gila nak panjang.

So, cari punya cari jalan. Aku guna Zam zam hair oil ni. Lantak la bau dia tak sedap pun. Pedulik! Asalkan rambut aku panjang mengurai macam pontianak dan hitam :D.

Korang pernah tengok? Minyak orang india selalu pakai tu. Dah setengah aku pakai minyak ni. Sekarang rambut aku dah panjang! wau wi!!!!

Panjang mengurai macam ni. Nak color macam ni mak aku tak bagi pulak. Kalau tak dah lama aku macam 'mat salleh' celup :D.

Tunggu panjang lagi. Aku nak buat style macam ni? Baru seksi wooo! Rambut-rambut cepat lah panjang! Bulan 2 ni aku nak hair do! Cepat la..Korang tak dapat la tengok, aku pakai tudung :P. Hanya suami je boleh tengok! hahahaha tak boleh blah ayat aku :B.