Monday, November 11, 2013

Salmon Swedish Sauce, ala-ala Ikea.

Lega rasa bila Faris dah tidur. Sampai pukul berapa tak tahu lah tu. Boleh la mama, jengah dan buat itu ini..termasuklah menulis blog :). Lain macam demam Faris kali ini. Manja kemain tau. Melekat je. Haih rasa nak patah pinggang. 


Lama dah Faris tak demam teruk. Since tahun lepas. Hurm, harap-harap demam kali ini demam nak dapat mulut. Bukan demam apa-apa ya anak?


Bangun pagi tengok tv pun nak berkepit dengan mama. Sampai mama mandi pun lambat :P. 


Tengok la ni, bukan main berkepitkan? Acaner nak tenching dan beri-beri kalau macam ini? Huhuhuhu. Pujuk sikit dengan mainan..dapatlah mama siapkan bubur. Buat bubur je dulu. Aku pun breakfast sekali dengan bubur Faris. Tak sempat nak buat itu ini.


.

Hidangkan sekali dengan air glukos. Bagi tambah tenaga. Itupun bubur dia tak mahu makan sangat ;(. Dah la beri sampai 3 kali. Kali kedua pujuk sambil joget-joget, dapatlah habis satu mangkuk. Lega sikit kan? Hati ibu mana tak risau kalau anaknya tak makan. Serik rasanya duduk hospital dulu.


Lepas itu, dalam pukul 2.45  petang cam tu aku masak untuk aku. Lapar dah macam orang kena parkinson. Pening pun ada sebab macam tak cukup tidur. Huhuhu. 


Nasi tak selera, maka dapat idea nak try resipi ni. Semua main kukus kecuali sos je la kena kacau-kacau sikit dalam kuali.


Yeay! Menjadi dan kenyang dannn sedap! Hahaha. Alhamdulillah. 



Ok resipi: 


- Taburkan garam kat kulit salmon, stim. Dan nak masak perahkan lemon atas salmon. 
(Lain-lain ikut suka lah nak stim apa ya)

Untuk cream :

-cairkan butter dalam kuali, masukkan whipping cream dan kacau. 
-agak-agak mendidih, perahkan lemon, letak garam dan daun pasley..kacau dan last tuang ke atas salmon. Siap!!



Cubalah, sedap ok :D. (ke perut aku yang lapar, semua sedaplah kan? Hahahaha)



Ok bye!



+ By +

No comments: